KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan P2 Asset Management Sdn Bhd meminda pernyataan tuntutan dalam samannya terhadap Entomo Malaysia Sdn Bhd, Revolusi Asia Sdn Bhd dan MYSJ Sdn Bhd berhubung pertikaian mengenai perjanjian penjualan saham berkaitan permohonan MySejahtera.
Peguam MYSJ Razlan Hadri Zulkifli, yang mengesahkan perkara itu, berkata keputusan tersebut disampaikan oleh Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin melalui e-mel.
Beliau berkata mahkamah turut menolak permohonan ketiga-tiga syarikat untuk membatalkan permohonan P2 Asset Management untuk meminda pernyataan tuntutan itu.
"MYSJ telah mengarahkan kami untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan," katanya.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif berkata sekitar April 2020, Entomo Malaysia mengemukakan cadangan penyelesaian berasaskan aplikasi mudah alih terhadap krisis COVID-19 yang sedang berlaku dan menggunakan perisiannya, KPISOFT Software untuk membangunkan aplikasi mudah alih dikenali sebagai 'MySejahtera'.
Menurut plaintif, disebabkan kejayaan aplikasi itu, Entomo Malaysia tidak lagi mahu menawarkan perisian dan aplikasi tersebut atas dasar tanggungjawab sosial korporat, sebaliknya bertekad untuk mengaut keuntungan perniagaan melalui perisian dan aplikasi berkenaan.
P2 Asset Management mendakwa pada 20 Sept 2020, Revolusi Asia memasuki suatu perjanjian dengan Entomo Malaysia, melibatkan Revolusi Asia akan memegang semua saham dalam MYSJ sebagai penama Entomo Malaysia, yang tidak dimaklumkan kepada plaintif pada masa pelaksanaan perjanjian dibuat.
Plaintif berkata pada 6 Okt 2020, MYSJ telah memasuki suatu perjanjian dengan Entomo Malaysia dan perjanjian itu antara lain menyatakan bahawa Entomo Malaysia akan memindahkan harta intelek aplikasi tersebut kepada MYSJ, memberikan MYSJ lesen untuk perisian tersebut dan MYSJ perlu membayar Entomo Malaysia RM338.6 juta, iaitu yuran agregat untuk pemindahan harta intelek aplikasi itu dan yuran pelesenan bagi perisian.
Menurut plaintif, sekitar November hingga Disember 2020, Entomo Malaysia telah mengemukakan cadangan dan menulis surat kepada kerajaan, merayu supaya bersetuju dengan model komersial untuk penggunaan berterusan aplikasi itu, sama ada melalui Perkongsian Awam-Swasta, atau kontrak perkhidmatan antara kerajaan dan MYSJ.
Tambah plaintif, pada masa material itu, kerajaan tidak membuat sebarang balasan terhadap cadangan tersebut dan MYSJ tidak akan menjana pendapatan sama sekali sekiranya kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan.
"Pada 31 Dis 2020, Revolusi Asia memasuki perjanjian penjualan saham (SSA) dengan plaintif di mana Revolusi Asia akan menjual saham MYSJ kepada plaintif berdasarkan terma-terma perjanjian antaranya plaintif akan merepresentasikan kepada Revolusi Asia bahawa ia akan memudahkan untuk mendapatkan surat award daripada kerajaan kepada MYSJ berkenaan dengan Perkongsian Awam-Swasta atau model komersial kontrak perkhidmatan untuk penggunaan berterusan aplikasi tersebut.
"Revolusi Asia juga akan memindahkan tambahan 3,579,237 saham biasa MYSJ, mewakili 10 peratus kepentingan ekuiti dalam MYSJ memihak kepada plaintif dengan syarat plaintif tidak melakukan pelanggaran material terhadap mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan.
"Sekiranya LOA (surat lantikan) oleh Kerajaan Malaysia dianugerahkan dan diterima oleh MYSJ dalam tempoh 60 hari dari tarikh perjanjian ini, defendan hendaklah dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penerimaan LOA, memindahkan 3,569,139 saham biasa MYSJ, mewakili 10 peratus kepentingan ekuiti dalam MYSJ kepada plaintif untuk dipegang sebagai amanah atau dipindahkan kepada penama yang akan dikenal pasti oleh plaintif," menurut plaintif dalam pernyataan tuntutan itu.
Bagaimanapun, plaintif mendakwa Entomo Malaysia dan Revolusi Asia telah secara salah berniat dengan cara yang menyalahi undang-undang, berkomplot dan bergabung bersama untuk menyebabkan Revolusi Asia melanggar SSA sehingga merugikan plaintif.
Oleh itu, plaintif antara lain memohon deklarasi bahawa Entomo Malaysia dan Revolusi Asia telah melakukan pelanggaran kontrak, terutamanya SSA terhadap plaintif, memohon deklarasi SSA adalah sah, kekal, terikat dan berkesan selain memohon Entomo Malaysia dan/atau Revolusi Asia dengan segera mengambil langkah untuk memindahkan saham 10 peratus kepada plaintif.
Menurut plaintif, Entomo Malaysia dan/atau Revolusi Asia bertanggungjawab secara bersama dan/atau berasingan untuk membayar kepada plaintif sejumlah RM5 juta sebagai ganti rugi khas, teruk dan/atau teladan, ganti rugi am yang akan ditaksirkan kemudian, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 15 2022

Peguam MYSJ Razlan Hadri Zulkifli, yang mengesahkan perkara itu, berkata keputusan tersebut disampaikan oleh Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin melalui e-mel. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Program Imunisasi Influenza warga emas bermula 18 Feb
Program Imunisasi Influenza Kebangsaan bagi warga emas akan dilaksanakan bermula 18 Feb ini.

Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
Lebih 10,000 pesakit menunggu dengan penuh harapan giliran untuk menerima sumbangan organ bagi memberi peluang mereka meneruskan kehidupan.

MyDigital ID diperlukan untuk log masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt
MyDigital ID Diperlukan Untuk Log Masuk Kedalam Aplikasi MyJPJ Bermula 10 Oktober Ini

Penyelidikan komponen penting tingkat status kesihatan pergigian - KKM
Persidangan NOHRI merupakan platform penting untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan pergigian melalui penyelidikan dan pendekatan inovatif berdasarkan data.

Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.

COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.

Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan
Sejak perkhidmatan modul MyMinda diperkenalkan pada 21 Okt menerusi aplikasi MySejahtera, sebanyak 17,300 saringan mental direkodkan.

PRN: Pengundi positif COVID-19 mula terima panduan keluar mengundi di MySejahtera
Individu positif COVID-19 yang layak mengundi akan menerima mesej di aplikasi MySejahtera bermula hari ini hingga Sabtu.

Janji temu rawatan pergigian melalui MySejahtera - KKM
KKM akan memperkenalkan fungsi peringatan secara automatik melalui aplikasi MySejahtera yang mana, orang awam akan diberi notifikasi untuk hadir pada masa dan tarikh yang telah ditempah.

COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.