GUA MUSANG: Lebih 3,000 masyarakat Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing di sini merayu agar aktiviti pertanian dan penerokaan tanah di kawasan berkenaan dihentikan seketika, sehingga musim tengkujuh berakhir.
Mereka kini hidup dalam keadaan berjaga-jaga setiap kali menjelang monsun timur laut, lebih-lebih lagi kerana masih trauma dengan kejadian banjir lumpur ekoran tanah runtuh di Kilometer 92, Jalan Gua Musang-Lojing, awal tahun lalu.
Seorang penduduk Jeksen Syarif, 53, berkata mereka sentiasa hidup dalam kebimbangan setiap kali musim tengkujuh, terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan tanah pertanian.
"Setiap malam kami tidak dapat tidur lena dan kena berjaga-jaga selalu, kerana tinggal di pinggir kawasan kebun dan akan menjadi mangsa jika berlaku banjir lumpur atau tanah runtuh.
"Jadi kami mohon para pekebun kurangkanlah aktiviti kerja tanah buat sementara waktu ini, bila habis musim tengkujuh mereka boleh mula menanam semulalah," katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Tinggi Lojing, di sini hari ini.
Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan Bidi Ronggeng berkata penduduk di kawasan tersebut terdedah dengan risiko kejadian bencana alam seperti tanah runtuh, hakisan bukit dan banjir lumpur setiap kali tiba musim hujan berpanjangan.
Beliau berharap pemantauan dijalankan oleh pihak berwajib, berkenaan aktiviti yang berisiko mendatangkan ancaman kejadian bencana di tempat tinggal mereka.
"Kita percaya aktiviti-aktiviti yang mengganggu struktur asal tanah boleh membawa risiko pada musim ini dan ia membahayakan bukan sahaja masyarakat Orang Asli tetapi juga pengguna jalan raya yang sering melalui jalan Lojing," katanya.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim, turut memberi perhatian terhadap kegusaran masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar berkenaan dan berharap pemantauan pihak berkuasa khususnya Jabatan Alam Sekitar dilaksanakan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
"Beberapa penempatan Orang Asli yang berisiko dengan ancaman tanah runtuh, banjir lumpur dan hakisan bukit adalah Kampung Jedip, Kampung Sengsang, Kampung Brooke Lama, Kampung King Kong, Kampung Sangwai A dan B, Kampung Sendrop dan Kampung Bahong," katanya.
Semalam, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah mengeluarkan amaran potensi berlakunya tanah runtuh di beberapa kawasan tumpuan di empat negeri termasuklah di Lojing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022

Lebih 3,000 masyarakat Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing di sini merayu agar aktiviti pertanian dan penerokaan tanah di kawasan berkenaan dihentikan seketika, sehingga musim tengkujuh berakhir.- Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.

JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok
JPS Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.