BUKIT GANTANG: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan akan memastikan bekalan ikan di seluruh negara mencukupi bagi menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi.
Walaupun bekalan ikan dijangka berkurangan kerana nelayan kurang turun ke laut, namun, masalah itu dijangka tidak seteruk krisis bekalan ayam sebelum ini.
Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, selain ikan laut, bekalan ikan darat dan kolam sebanyak 20 peratus serta ikan import turut digunakan untuk menampung bekalan.
Sekiranya berlaku Monson Timur Laut, beliau berkata, itu tidak bermakna tiada bekalan, sebaliknya, hanya akan menyebabkan kekurangan.
“Jikalau angin tidak kuat bot kapal C2 (kapal perikanan) boleh masih boleh lagi ke laut (dan) jika masih lagi berlaku kekurangan (bekalan), kita akan buka import supaya ikan import sejuk beku akan bertambah.
“Dengan cara itu, kita belum lagi berhadapan dengan krisis… kita masih lagi dapat mengawal dan juga memastikan bahawa bekalan protein daripada ikan mencukupi untuk kegunaan rakyat,” kata Syed Abu Hussin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan kotak ikan berinsulasi di Jeti Kampung Tebuk di Matang di sini, pada Rabu.
Syed Abu Hussin juga memberi jaminan, sekiranya masih berlaku kekurangan bekalan, import ikan sejuk beku akan ditambah.
Pada Selasa, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan tempoh Monsun Timur Laut 2021/2022 diramal bermula pada awal November ini sehingga Mac 2022.
MetMalaysia juga melaporkan empat hingga enam episod hujan lebat yang signifikan dan boleh menyebabkan kejadian banjir dijangka berlaku dalam fasa awal Monsun Timur Laut iaitu dari November ini hingga Januari 2022.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Oct 13 2021
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan akan memastikan bekalan ikan di seluruh negara mencukupi bagi menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi. - Gambar fail BERNAMA
AWANI Ringkas: Hyundai labur RM2.16 bilion bina kilang di Kulim
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
AWANI Tonight: M’sia, S.Korea elevate relations to strategic partnership
Malaysia and South Korea have elevated their bilateral relations to a strategic partnership after a meeting between its two Prime Ministers. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi shares the latest details from Seoul.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
AWANI Tonight: Australia : PM plays down privacy fears of social media ban
Australian PM Anthony Albanese has downplayed privacy concerns over a proposed social media ban for under-16s, which would use strict age verification methods like biometrics or government IDs.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
Petugas universiti parah dihempap pokok
Seorang petugas wanita sebuah universiti tempatan cedera parah di kepala selepas dihempap pokok di Bukit Kemuning, Kijal, kira-kira 9 pagi tadi.
Bomba beku cuti 6,000 pegawai, anggota di lima negeri
Cuti kira-kira 6,000 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di lima negeri akan dibekukan sekiranya bencana banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) memburuk.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Aktiviti cari remis jana pendapatan sampingan musim tengkujuh
Pantai Tok Bali menjadi tumpuan orang ramai yang melakukan aktiviti mencari remis selepas spesies hidupan laut bercengkerang itu muncul di pesisir pantai berkenaan sejak beberapa minggu lepas.
JKM mula agih barangan keperluan musim tengkujuh di Tumpat
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mula mengagihkan 28 barangan keperluan untuk kegunaan lebih 700 ketua isi rumah dari 13 kampung gugusan pulau di Tumpat.
Penduduk Pahang diminta bersiap siaga hadapi Monsun Timur Laut
Penduduk di negeri ini diminta bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) atau lebih dikenali musim tengkujuh di Malaysia yang dijangka bermula esok sehingga Mac tahun depan.
Rakyat Kelantan perlu berwaspada, siap sedia hadapi musim tengkujuh - Sultan
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah agar rakyat sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda.
Kerajaan Thailand percepat penilaian kerosakan banjir
Agensi terlibat diarahkan untuk mempercepat tinjauan, memeriksa kerosakan dan melaksanakan langkah-langkah untuk membantu penduduk.
JAKOA hadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda ke kawasan pedalaman Orang Asli
JAKOA mengehadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda kepada badan bukan kerajaan untuk ke kawasan pedalaman Orang Asli terutamanya pada musim tengkujuh.
Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan RM1 bilion - Ahmad Zahid
Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim tengkujuh atau monsun timur laut kali ini dianggarkan hampir RM1 bilion.