KUALA LUMPUR: 'Bahang' Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 Nov lepas beransur hilang dan kini diganti dengan cuaca nyaman dan dingin apabila purata suhu harian negara dilaporkan antara 22 hingga 30 darjah Celsius.
Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, fenomena cuaca sejuk itu dijangka berterusan hingga Februari tahun depan.
Katanya, ia adalah susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang melibatkan perubahan angin sejuk dari tanah besar China dan juga pembentukan awan hujan yang berterusan bermula awal November.
"Jadi apabila awan hujan banyak, dari segi pancaran matahari agak terlindung yang menyebabkan suhu akan lebih rendah berbanding tempoh masa yang lain," katanya kepada Bernama hari ini.
Ketika bertanya mengenai suhu terendah yang kemungkinan dialami negara, Mohd Hisham berkata, kawasan tanah rata di pedalaman seperti di Kelantan, Pahang dan Perak akan menjadi lebih sejuk berbanding kawasan lain.
"Sebelum ini, suhu di kawasan pedalaman Kuala Krai, Kelantan pernah dicatat antara 17 dan 18 Celsius pada 2014. Jadi, berkemungkinan di kawasan tersebut boleh berlaku lagi (suhu serendah itu)," katanya.
Pakar Meteorologi Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, angin dari China itu memasuki Malaysia bermula awal November dan boleh menyebabkan suhu serendah 22 darjah Celsius.
"Perubahan angin monsun ini memang akan memberi kesan kepada suhu dan situasi ini akan turut dipengaruhi oleh geografi atau kedudukan sesebuah kawasan, sekiranya berada di tanah tinggi seperti Genting Highlands suhunya lagi sejuk," katanya.
Beliau berkata cuaca dingin yang dirasai oleh rakyat Malaysia kini merupakan kesan peralihan angin MTL yang datang dari arah utara atau dikenali sebagai luruan monsun.
"Musim MTL ini memberi kesan kepada jumlah cahaya matahari yang diterima di Malaysia yang berkurang selain mendung dan hujan.
"Selain itu faktor sejuk yang dialami adalah berikutan angin Timur Laut yang dibawa dari Siberia," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022

Apabila awan hujan banyak, dari segi pancaran matahari agak terlindung yang menyebabkan suhu akan lebih rendah berbanding tempoh masa yang lain. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

'Musim sejuk' di Malaysia hingga Februari
Ia susulan Monsun Timur Laut yang melibatkan perubahan angin sejuk dari tanah besar China.