KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin masalah kekurangan beras putih tempatan di pasaran domestik akan dapat dipulihkan susulan musim menuai di negeri Kedah telah bermula.
Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin, berkata musim tuaian padi di kawasan jelapang negeri Kedah boleh menjadi pemangkin kepada usaha dan intervensi kerajaan menampung kekurangan bekalan beras menerusi Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) yang sedang giat dilaksanakan.
"Selepas beberapa langkah intervensi yang dilaksanakan termasuk Program Khas BPT, kekurangan beras di pasaran domestik dijangka dapat dipulihkan ekoran musim menuai padi yang baru bermula di Kedah," katanya ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) peringkat kementerian itu di Dewan Negara hari ini.
Sebelum ini, Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu, dilapor berkata bekalan beras putih tempatan di pasaran dijangka kembali stabil dalam masa sebulan, susulan pelbagai langkah intervensi dan pemantauan berterusan dilakukan kerajaan termasuk pelaksanaan Program Khas BPT.
Progran Khas BPT yang dilaksanakan secara dua fasa bermula 8 Sept lalu menyaksikan pengilang diminta meningkatkan 20 peratus bekalan beras putih tempatan di pasaran bagi penyelesaian jangka pendek bekalan makanan ruji itu.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, berkata peranan Pusat Komuniti Desa (PKD) akan diperkasakan sebagai platform pengumpulan dan pemasaran produk-produk usahawan luar bandar melalui program PKD Mobile.
Beliau berkata program PKD Mobile yang akan dilancarkan tahun ini akan meringankan beban usahawan luar bandar supaya tidak perlu berjalan jauh untuk memasarkan produk mereka.
Setakat ini, terdapat sebanyak 191 PKD aktif di seluruh negara yang antara lain berfungsi sebagai pusat latihan komuniti, pusat aktiviti dan pemerkasaan wanita, pusat perkhidmatan setempat dan kesukarelawan.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, ketika menggulung perbahasan, memaklumkan sejumlah 175 atau 40 peratus daripada 436 klinik yang dirancang untuk dinaik taraf di seluruh negara tahun ini, berjaya disiapkan setakat Khamis lalu.
Projek naik taraf baki 261 klinik daif yang lain akan dilaksanakan dan dijangka dapat diselesaikan tahun ini juga, katanya.
Persidangan disambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin masalah kekurangan beras putih tempatan di pasaran domestik akan dapat dipulihkan susulan musim menuai di negeri Kedah telah bermula. - Gambar hiasan/BERNAMA
2025 mungkin edisi terakhir Pesta Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong
Chow Kon Yeow berkata ia berikutan sebahagian daripada kawasan itu terlibat dengan projek pembangunan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, Pulau Pinang.
JS-SEZ permulaan transformasi era baharu hubungan ekonomi Malaysia-Singapura
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai pada Selasa dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Malaysia mahu tingkatkan Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas jadi hab perdagangan serantau
Pada 2025, Malaysia akan meneruskan dan mengembangkan projek-projek infrastruktur transformatif yang direka untuk meningkatkan kedudukan global negara.
Indonesia rancang peraturan nasional terperinci mengenai AI
Kerajaan Indonesia akan merangka peraturan yang lebih terperinci dan komprehensif mengenai penggunaan dan pengawalan kecerdasan buatan (AI).
Pulau Pinang antara tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara - Lonely Planet
Portal pelancongan terkenal dunia, Lonely Planet, menyenaraikan Pulau Pinang sebagai salah satu daripada tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara.
Singapura perkenal rang undang-undang kekalkan keharmonian kaum
Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu di Parlimen pada Selasa.
FGV, MPOB jalin kerjasama tingkat kebolehkesanan, perkasa pekebun kecil
FGV Holdings Bhd (FGV) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjalin kerjasama strategik dengan memeterai memorandum kerjasama (MoC) untuk meningkatkan kebolehkesanan dan memperkasa pekebun kecil.
Warga New York kongsi pendapat susulan pengenalan tol
Pelbagai reaksi disuarakan warga New York selepas kota metropolis perkenalkan tol bagi kenderaan yang memasuki kawasan kejiranan Manhattan bermula semalam.
Menteri Pengangkutan Korea Selatan nyata hasrat letak jawatan
Menteri Pengangkutan Korea Selatan menyatakan hasrat meletak jawatan dan berundur daripada kedudukannya sebagai mengambil tanggungjawab di atas berlakunya nahas pesawat Jeju Air baru-baru ini.
PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet
Paetongtarn berkata, walaupun beliau tidak berniat merombak kabinet, beliau merancang untuk bertemu setiap menteri secara individu bagi menilai prestasi mereka untuk tempoh tiga bulan lepas.
Musim perayaan: KPKM jamin bekalan kelapa mencukupi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa di negara ini mencukupi untuk menampung keperluan beberapa perayaan awal tahun depan.
KPKM diminta kaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan import
KPKM telah diminta untuk mengkaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan beras putih import beserta simulasi harga, kata Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu.
KPKM salur RM13.23 juta kepada pesawah terjejas banjir tahun ini
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menyalurkan bantuan sebanyak RM13.23 juta kepada 6,747 pesawah yang terjejas banjir pada tahun ini.
KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan
KPKM sedang mengkaji semula pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 (Akta 110), Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) serta Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).
PKPS lancar projek Bawang Rose Ehsan, catat tuaian tertinggi empat tan perekar
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah melancarkan Projek Bawang Rose Ehsan, sebuah inisiatif strategik yang menggabungkan teknologi moden Internet of Things (IoT).
Kerajaan kaji bantuan bersesuaian ringan beban petani terjejas banjir
Kerajaan komited untuk mengkaji jenis bantuan yang bersesuaian bagi meringankan beban petani yang terkesan akibat banjir.
Pendaftaran STTP masih rendah dalam kalangan pesawah - LPP
Pesawah di seluruh negara diseru mencarum dengan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) sebagai persediaan bagi menghadapi pelbagai risiko bencana alam.
KPKM pertimbang cadangan penetapan harga lantai belian padi RM1,500 per tan metrik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membincangkan cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM1,500 per tan metrik.
Pesawah digalak tingkat tanaman padi spesial
KPKM menggalakkan pesawah mengusahakan tanaman padi spesial kerana ia mempunyai nilai komersial dan harga jualan yang lebih tinggi berbanding beras putih biasa.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.