Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman menzahirkan rasa syukur kes semakan rayuannya sebagai Ketua Menteri yang sah diberi kebenaran Mahkamah Persekutuan.
Beliau dalam kenyataan medianya hari ini berkata, mahkamah telah mengambil pendirian bahawa dapatan kes tersebut adalah sangat signifikan bukan melibatkan seorang individu, tetapi untuk semua rakyat di Sabah.
Jelasnya lagi, kes terhadap Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bukan bersifat akademik dan wajar diperdengarkan.
"Mahkamah Persekutuan mengambil ketetapan bahawa kes terhadap TYT Sabah dan Mohd Shafie bukan bersifat akademik, justeru wajar diperdengarkan.
BACA: Musa Aman peroleh kebenaran teruskan rayuan cabar pelantikan Shafie Apdal
BACA: Bubar DUN Sabah: Musa Aman bawa ke mahkamah
"Ini supaya Mahkamah Persekutuan dapat menentukan keabsahan langkah menolak saya sebagai Ketua Menteri, susulan pelantikan Mohd Shafie sebagai penyandang jawatan berkenaan," katanya.
Jelas Musa, rakyat Sabah mempunyai hak untuk mengetahui sama ada langkah penyingkiran terhadap beliau sebagai Ketua Menteri dibuat selaras Perlembagaan Sabah atau sebaliknya.
"Seperti saya nyatakan sebelum ini bahawa kes ini bukan berkisar mengenai diri saya. Ia adalah berhubung perjuangan menuntut kebenaran, keadilan dan memartabatkan Perlembagaan Sabah.
"Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada pasukan perundangan saya yang memberikan dedikasi sepenuhnya terhadap kes ini dan saya yakin bahawa mereka akan terus berbuat demikian pada masa depan," katanya.
Untuk rekod, Musa membawa cabaran kes terbabit sejak tahun 2018 dan dua kali ditolak di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu sebelum ini.
Ruzaini Zulkepli
Wed Aug 26 2020
![Musa Aman syukur kes semakan rayuan sebagai Ketua Menteri diberi kebenaran mahkamah Musa Aman syukur kes semakan rayuan sebagai Ketua Menteri diberi kebenaran mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61592559771_TBMUSAAMANx.jpg)
Jelas Musa, rakyat Sabah mempunyai hak untuk mengetahui sama ada langkah penyingkiran terhadap beliau sebagai Ketua Menteri dibuat selaras Perlembagaan Sabah atau sebaliknya. - Gambar fail
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Jenazah ADUN Sungai Sibuga selamat dikebumikan Jenazah ADUN Sungai Sibuga selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737357494_DatukMohamadHamsan.jpg)
Jenazah ADUN Sungai Sibuga selamat dikebumikan
Mohamad Hamsan, 65, meninggal dunia pada 11.20 malam tadi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
![ADUN Sungai Sibuga, Mohamad Hamsan Awang Supain meninggal dunia ADUN Sungai Sibuga, Mohamad Hamsan Awang Supain meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737328687_tbMohamadHamsanAwa.jpg)
ADUN Sungai Sibuga, Mohamad Hamsan Awang Supain meninggal dunia
Mohamad Hamsan Awang Supain, 65, menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.20 malam tadi di Hospital Pakar KPJ Kota Kinabalu akibat serangan jantung.
![Musa Aman syukur kes semakan rayuan sebagai Ketua Menteri diberi kebenaran mahkamah Musa Aman syukur kes semakan rayuan sebagai Ketua Menteri diberi kebenaran mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/61592559771_TBMUSAAMANx.jpg)
Musa Aman syukur kes semakan rayuan sebagai Ketua Menteri diberi kebenaran mahkamah
Tan Sri Musa Aman bersyukur kes semakan rayuannya sebagai Ketua Menteri yang sah diberi kebenaran Mahkamah Persekutuan.
![Selepas setahun menyepi, Musa Aman akhirnya turun kawasan Selepas setahun menyepi, Musa Aman akhirnya turun kawasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81559521142_MusaAman.jpg)
Selepas setahun menyepi, Musa Aman akhirnya turun kawasan
Selepas kira-kira setahun tidak bertemu rakyat di Libaran, Tan Sri Musa Aman akhirnya turun ke kawasan untuk mengadakan program berbuka puasa sempena Ramadan.
![Akhirnya, Musa Aman pulang ke Sabah, angkat sumpah petang ini? Akhirnya, Musa Aman pulang ke Sabah, angkat sumpah petang ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41536125387_TBMUSAAMAN.jpg)
Akhirnya, Musa Aman pulang ke Sabah, angkat sumpah petang ini?
Lebih 1,000 penyokong Tan Sri Musa Aman menyambut kepulangan bekas ketua menteri itu yang tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 12.40 tengah hari tadi.
![Musa Aman bukan tak mahu angkat sumpah tapi masih jalani rawatan - Peguam Musa Aman bukan tak mahu angkat sumpah tapi masih jalani rawatan - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81533110183_MusaAman.jpg)
Musa Aman bukan tak mahu angkat sumpah tapi masih jalani rawatan - Peguam
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman membuat permohonan kepada Yang Di Pertua DUN, Datuk Syed Abbas Syed Ali supaya melanjutkan tempoh angkat sumpah beliau sebagai ADUN Sungai Sibuga.