Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman selesai mengundi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Manila, dekat sini, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila pada jam 11.04 pagi tadi.
Musa, yang tidak mempertahankan kerusi DUN Sungai Sibuga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini, tiba di pusat mengundi berkenaan tepat jam 11 pagi dengan diiringi sepasukan anggota keselamatannya.
Setibanya di sana, petugas SPR mengimbas suhu bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu sebelum dibenarkan memasuki perkarangan pusat mengundi selepas didapati tidak bergejala.
Beliau sempat beramah mesra dengan para pengundi yang teruja menemuinya.
"Sudah mengundi?... Alhamdulillah. Jaga diri ya," antara pesanan Musa kepada pengundi yang menyapanya.
Walaupun dikawal ketat pasukan keselamatannya, Musa sempat menunaikan permintaan media yang ingin mengambil foto jari telunjuknya bercalit dakwat kekal, sebelum ke kenderaannya.
DUN Sungai Manila menyaksikan persaingan enam penjuru masing-masing daripada calon Barisan Nasional (BN) Mokran Ingkat; Mahmud Sudin (Warisan); M D Anuar MA Yusuf (Parti Liberal Demokratik); Sahidzan Ag Salleh (Parti Cinta Sabah); Mohd Arshad Abdul (Parti Perpaduan Rakyat Sabah); dan K Zulkipli @ K Zulkifli Harrith (Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu).
DUN baharu itu mempunyai seramai 12,761 pengundi berdaftar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 26 2020

Kehadiran Musa dikawal ketat pasukan keselamatannya. - Facebook musaamanofficial

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Musa Aman selesai mengundi di DUN Sungai Manila
Musa tiba di pusat mengundi berkenaan tepat jam 11 pagi dengan diiringi sepasukan anggota keselamatannya.

Bekas mejar Zaidi Ahmad berhasrat sertai PAS
Bekas mejar TUDM, Zaidi Ahmad yang dibuang dari kerja kerana mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam PRU13 akan menyertai PAS.

Isu dakwat kekal: Seorang lagi anggota tentera dihukum langgar protokol
Anggota TUDM itu menerima hukuman tersebut kerana membuat laporan polis bersama Mejar Zaidi Ahmad berhubung masalah dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13.

'Kenyataan saya cukup untuk disaman SPR' -- Rafizi
Kenyataan yang dibuat oleh MP Pandan Rafizi Ramli untuk kali pertama di luar Dewan Negara sudah memadai untuk satu tindakan undang-undang diambil.

SPR cabar Rafizi ulang tuduhan di luar Dewan Rakyat
SPR cabar Rafizi Ramli ulang tuduhan di luar Dewan Rakyat bahawa Pengerusi dan Timbalannya mempunyai hubungan baik dan mengenali rapat pembekal dakwat kekal.

'Ikut proses perbendaharaan negara dan prosedur' - Wan Ahmad
Syarikat pembekal dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 telah melalui proses perbendaharaan negara dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan shisha haram
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia membuat keputusan itu dalam sidangnya pada 17 Julai.

Rafizi yakin SPR ada kaitan dengan syarikat pembekal dakwat kekal
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli terus yakin bahawa syarikat pembekal dakwat kekal mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin tertinggi SPR.

Pastikan tangan tidak berminyak sebelum celup ke dalam dakwat - SPR
Bagi menjamin dakwat itu kekal di jari pengundi dinasihatkan agar memastikan jari mereka tidak berminyak sebelum dicelup ke dalam dakwat.

Kerajaan pertimbang cadangan hapus guna dakwat kekal
Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan untuk menghapuskan penggunaan dakwat kekal dan menukar kepada sistem biometric semasa pilihan raya.