Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat sarjan diturunkan pangkat kerana melanggar protokol, lapor The Malaysian Insider.
Portal tersebut memetik kenyataan sumber mendakwa anggota TUDM itu menerima hukuman tersebut kerana membuat laporan polis bersama Mejar Zaidi Ahmad berhubung isu dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei 2013.
Arahan kepada juruteknik Jamil Ibrahim yang berpangkalan di kem TUDM Butterworth, Pulau Pinang dikeluarkan beberapa hari lalu, selepas Zaidi dipecat pada 12 Januari, 2015 kerana didapati bersalah di atas dua pertuduhan melanggar protokol kerana mendedahkan masalah berhubung dakwat kekal.
“Zaidi didapati bersalah dan secara automatiknya Jamal juga. Dia tidak dibicarakan di mahkamah tetapi tetap dihukum kerana pertuduhan itu,” sumber itu dipetik sebagai berkata.
Difahamkan, Jamal hanya dibicarakan di hadapan Pegawai Pemerintah di Kem TUDM Butterworth dan diberikan pilihan sama ada membawa kesnya ke Mahkamah Tentera atau dibicarakan Pegawai Pemerintah dan dia memilih pilihan kedua.
Jamal, yang sudah berkhidmat bersama TUDM selama 20 tahun dijangka akan bersara pada 2016 mungkin kehilangan peluang kenaikan pangkat pada masa akan datang.
Sumber tersebut memberitahu The Malaysian Insider, gaji Jamal akan diturunkan dan berkemungkinan tidak akan melawan kesnya kerana hanya tinggal setahun sebelum bersara.
Portal itu juga menghubungi Zaidi, dan bekas pegawai tentera itu memberitahu Jamal hanya memaklumkan kepada media bahawa beliau juruteknik kem TUDM Butterworth
“Dia didakwa kerana bercakap dengan media. Tetapi, satu-satunya perkara yang dia beritahu media adalah dia juruteknik kem TUDM Butterworth,” katanya.
Manakala Bersih 2.0 memberitahu mereka cuba mendekati Jamal dan bertanya jika dia memerlukan peguam untuk kesnya tetapi ditolak.
“Dia beritahu kita dia mahu tunggu hingga kes Mejar Zaidi selesai,” kata Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Astro Awani
Wed Jan 28 2015
![Isu dakwat kekal: Seorang lagi anggota tentera dihukum langgar protokol Isu dakwat kekal: Seorang lagi anggota tentera dihukum langgar protokol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/81365679923_295x200.jpg)
Isu dakwat kekal: Seorang lagi anggota tentera dihukum atas dakwaan langgar protokol. - Gambar Fail
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
![Musa Aman selesai mengundi di DUN Sungai Manila Musa Aman selesai mengundi di DUN Sungai Manila](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71601095605_MUSAAMAN.jpg)
Musa Aman selesai mengundi di DUN Sungai Manila
Musa tiba di pusat mengundi berkenaan tepat jam 11 pagi dengan diiringi sepasukan anggota keselamatannya.
![Bekas mejar Zaidi Ahmad berhasrat sertai PAS Bekas mejar Zaidi Ahmad berhasrat sertai PAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/41421044156_295x200.jpg)
Bekas mejar Zaidi Ahmad berhasrat sertai PAS
Bekas mejar TUDM, Zaidi Ahmad yang dibuang dari kerja kerana mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam PRU13 akan menyertai PAS.
![Isu dakwat kekal: Seorang lagi anggota tentera dihukum langgar protokol Isu dakwat kekal: Seorang lagi anggota tentera dihukum langgar protokol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/81365679923_295x200.jpg)
Isu dakwat kekal: Seorang lagi anggota tentera dihukum langgar protokol
Anggota TUDM itu menerima hukuman tersebut kerana membuat laporan polis bersama Mejar Zaidi Ahmad berhubung masalah dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13.
!['Kenyataan saya cukup untuk disaman SPR' -- Rafizi 'Kenyataan saya cukup untuk disaman SPR' -- Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/41367992633_295x200.jpg)
'Kenyataan saya cukup untuk disaman SPR' -- Rafizi
Kenyataan yang dibuat oleh MP Pandan Rafizi Ramli untuk kali pertama di luar Dewan Negara sudah memadai untuk satu tindakan undang-undang diambil.
![SPR cabar Rafizi ulang tuduhan di luar Dewan Rakyat SPR cabar Rafizi ulang tuduhan di luar Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/81360054544_295x200.jpg)
SPR cabar Rafizi ulang tuduhan di luar Dewan Rakyat
SPR cabar Rafizi Ramli ulang tuduhan di luar Dewan Rakyat bahawa Pengerusi dan Timbalannya mempunyai hubungan baik dan mengenali rapat pembekal dakwat kekal.
!['Ikut proses perbendaharaan negara dan prosedur' - Wan Ahmad 'Ikut proses perbendaharaan negara dan prosedur' - Wan Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/81365679923_295x200.jpg)
'Ikut proses perbendaharaan negara dan prosedur' - Wan Ahmad
Syarikat pembekal dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 telah melalui proses perbendaharaan negara dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.
![Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan shisha haram Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan shisha haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51373253556_295x200.jpg)
Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan shisha haram
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia membuat keputusan itu dalam sidangnya pada 17 Julai.
![Rafizi yakin SPR ada kaitan dengan syarikat pembekal dakwat kekal Rafizi yakin SPR ada kaitan dengan syarikat pembekal dakwat kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/81367290137_295x200.jpg)
Rafizi yakin SPR ada kaitan dengan syarikat pembekal dakwat kekal
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli terus yakin bahawa syarikat pembekal dakwat kekal mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin tertinggi SPR.
![Pastikan tangan tidak berminyak sebelum celup ke dalam dakwat - SPR Pastikan tangan tidak berminyak sebelum celup ke dalam dakwat - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/71374127234_295x200.jpg)
Pastikan tangan tidak berminyak sebelum celup ke dalam dakwat - SPR
Bagi menjamin dakwat itu kekal di jari pengundi dinasihatkan agar memastikan jari mereka tidak berminyak sebelum dicelup ke dalam dakwat.
![Kerajaan pertimbang cadangan hapus guna dakwat kekal Kerajaan pertimbang cadangan hapus guna dakwat kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/81365679923_295x200.jpg)
Kerajaan pertimbang cadangan hapus guna dakwat kekal
Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan untuk menghapuskan penggunaan dakwat kekal dan menukar kepada sistem biometric semasa pilihan raya.