Datuk S. Murugesan berkata beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung MIC pagi ini.

Peletakan jawatan berkenaan berikutan kekalahan Murugesan dalam pilihan raya baru-baru ini.

"Saya telah memaklumkan pendirian saya kepada Datuk Seri G. Palanivel minggu lalu. Saya beri tempoh kepada beliau beberapa hari bagi mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan setiausaha agung parti," menurut Murugesan dalam satu kenyataan media tengahari ini.

Murugesan berkata parti memerlukan pembaharuan dan nafas baru agar lebih relevan kepada generasi muda.

Walaubagaimanapun, beliau akan kekal sebagai ahli MIC.

"Saya akan mengambil cuti singkat dan kembali berkhidmat dalam jawatankuasa gerak kerja MIC dan pengerusi cawangan," kata Murugesan.