KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 apabila bekalannya sampai di Malaysia hujung bulan ini.
Perkara itu disahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.
"Ya saya sahkan PM adalah orang pertama disuntik vaksin Pfizer sebab nak beri keyakinan kepada orang ramai bahawa vaksin selamat diguna pakai," katanya dalam rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam semalam (Khamis).
Pada 4 Feb lepas, Muhyiddin berkata, kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini, dengan kerajaan menyasarkan 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin yang akan diberikan secara percuma dalam tiga fasa.
Fasa pertama dari Feb hingga April adalah untuk sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam memerangi wabak itu, fasa kedua dari April-Ogos adalah bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU).
Fasa ketiga pula adalah bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan.
Menjawab dakwaan kononnya Malaysia menerima vaksin COVID-19 agak lewat berbanding negara maju lain serta negara jiran, Khairy menjelaskan, ini kerana Malaysia lebih fokus kepada perancangan program imunisasi vaksinasi yang lebih cekap dan berkesan untuk dijalankan sepanjang tahun sebaik sahaja vaksin diterima akhir bulan ini.
"Kita tidaklah lambat sangat seperti Australia, Korea Selatan dan Jepun yang masih mengkaji (vaksin yang sesuai). Saya suka mempercepatkan proses pembelian dan penghantaran dan selama ini mengikut perjanjian termeterai, kita akan terima pada Februari," tambah beliau.
Khairy berkata, Indonesia mendapat vaksin Sinovac awal kerana negara itu merupakan tempat ujian manakala Singapura membuat pelaburan dengan pengeluar vaksin Pfizer-BioNTech.
Disebabkan itu, katanya, kedua-dua negara berkenaan mendapat keutamaan dari pengeluar.
"Saya rasa Malaysia tidaklah lewat sangat kerana kita tepati perjanjian. Apabila kita menerimanya (vaksin), kita akan dapat buat program vaksinasi. Tidak guna ada vaksin yang banyak tetapi tidak dapat membuat suntikan berkesan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 12 2021
Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi orang pertama di Malaysia disuntik vaksin Pfizer untuk memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa vaksin berkenaan selamat diguna pakai, kata Khairy Jamaluddin. - Gambar fail
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
AstraZeneca berjaya batalkan saman 12 individu berhubung isu suntikan vaksin COVID-19
Hakim Mahkamah Tinggi Dr Suzana Muhamad Said membenarkan permohonan Astrazeneca untuk membatalkan saman itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
JKNK sasar lebih 50,000 kanak-kanak terima suntikan vaksin pneumokokal
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menyasarkan lebih 50,000 kanak-kanak di negeri ini yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 menerima suntikan vaksin pneumokokal secara percuma.
1,142,104 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
47.7 peratus daripada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Lebih 2.8 juta remaja di Malaysia lengkap vaksinasi
Sejumlah 22,951,201 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka.
Lebih 400,000 populasi kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19
Sejumlah 13,924,411 atau 59.2 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19.
Vaksin COVID-19: 10.257 bilion dos didaftarkan seluruh dunia
China mendahului dengan lebih tiga bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Itali mansuh arahan pelitup muka di luar rumah
Arahan pemakaian pelitup muka masih terpakai di tempat awam yang tertutup dan dalam pengangkutan awam.
Vaksin COVID-19: 10.11 bilion dos didaftarkan seluruh dunia
China mendahului dengan lebih tiga bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Vaksin COVID-19: 10.04 bilion dos didaftarkan seluruh dunia
China mendahului dengan lebih tiga bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Vaksin COVID-19: 10.02 bilion dos didaftarkan seluruh dunia
China mendahului dengan lebih 3 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.