Mudah percaya kepada perwatakan 'orang alim' dan teruja untuk berkunjung ke tanah suci Mekah menyebabkan ramai umat Islam di negara ini mudah menjadi mangsa penipuan sindiket umrah.
Menurut statistik Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, sebanyak 1,826 kes dengan kos kerugian melebihi RM10 juta berhubung penipuan pakej umrah dilaporkan sejak tahun 2010 sehingga tahun lepas.
Malah kebimbangan itu turut dibangkitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam khutbah Jumaat semalam bertajuk "Taqwa asas keluhuran pekerja" berhubung urusan yang melibatkan ibadah pun tidak sunyi daripada gejala tidak bermoral, seperti kes penipuan dalam pakej pelaksanaan ibadah umrah.
Untuk itu, pelbagai pihak menasihati umat Islam supaya berhati-hati memilih agensi untuk mengendalikan urusan mengerjakan umrah.
Menurut Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd Datuk Md Daud Che Ngah, yang banyak mengendalikan pakej umrah dan haji, umat Islam perlu berhati-hati serta tidak mudah percaya dengan agensi yang tidak dikenali untuk menguruskan urusan ibadah ini.
Antara perkara mudah yang boleh dilakukan untuk mengelak daripada ditipu adalah dengan memastikan agensi yang menawarkan perkhidmatan umrah diiklan di surat khabar, katanya kepada Bernama.
Ini kerana kos untuk membeli iklan di surat khabar bukannya murah kerana ada masanya ia boleh mencecah ratusan ribu ringgit untuk setahun, selain nombor lesen perniagaan perlu disertakan, katanya.
"Jika mereka (syarikat yang mengiklankan perkhidmatan itu) ini menipu, individu yang ditipu sudah pasti membuat laporan polis dan syarikat juga mudah dikesan kerana ada nombor perniagaan," katanya.
Md Daud, yang telah menguruskan jemaah ke Makkah sejak 1975 turut mengingatkan umat Islam supaya tidak mudah percaya kepada 'tawaran luar biasa' pakej umrah dengan tawaran harga yang terlalu rendah dengan alasan sebahagian kos ditanggung oleh 'orang kaya' yang mahu 'bersedekah'.
"Pengusaha agensi umrah juga perlu berhati-hati. Kami juga pernah didatangi individu membuat bayaran muka RM300 seorang untuk 200 individu, dan apabila diminta membayar jumlah penuh RM4,900 seorang, kami diberitahu ada dermawan yang berjanji akan menanggung sebahagian kos," katanya.
"Sedangkan tiada perjanjian perkara itu diberikan, dan sebagai jalan penyelesaian, kami pulangkan wang pendahuluan yang dibayar, kerana tidak mahu dianggap bersubahat dalam penipuan itu," katanya.
Beliau kesal penipuan itu tetap berlaku setiap tahun walaupun kisah seumpamanya sering dihebahkan media, dan menyifatkan individu yang mengaut keuntungan dengan menipu dalam soal ibadah dilaknat Allah.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman menasihatkan orang ramai untuk melakukan penyelidikan berhubung agensi umrah yang mahu digunakan, termasuk menyemak harga pakej yang ditawarkan.
"Jika diberikan diskaun RM200 boleh dianggap normal, namun jika harga terlampau murah, kita mesti ada sikap was-was kerana urusan pengangkutan, penginapan dan makan minum semuanya menggunakan wang," katanya.
Beliau juga berharap supaya tribunal menjadikan aduan melibatkan kes penipuan sebagai keutamaan, selain memberikan hukuman yang berat untuk dijadikan pengajaran kepada mereka yang melakukan kegiatan sama.
"Jika denda sudah tidak dapat memberi pengajaran, kita patut kenakan hukuman penjara kerana orang yang menipu dalam umrah ini mempermainkan imej agama kita," katanya.
Maamor berkata individu yang memiliki rekod melakukan kesalahan itu juga perlu dipantau dan disenaraihitamkan supaya tidak dapat menubuhkan sebuah syarikat baharu atau menggunakan nama individu lain yang berhubung kait dengannya.
Bernama
Sat May 03 2014
![Mudah percaya 'orang alim' punca ramai tertipu dengan agensi Umrah Mudah percaya 'orang alim' punca ramai tertipu dengan agensi Umrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/41378772916_295x200.jpg)
Mudah percaya 'orang alim' punca ramai tertipu dengan agensi Umrah. --gambar fail
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![Misi Haji 2024: Kayuhan suci ke Haramain dari Kuala Lumpur Misi Haji 2024: Kayuhan suci ke Haramain dari Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719980788_kayuhanbasikal.jpg)
Misi Haji 2024: Kayuhan suci ke Haramain dari Kuala Lumpur
Perjalanan 12,000 kilometer mereka melalui jalan darat memakan masa tujuh bulan merentasi tujuh negara.
![Penduduk dakwa gua Safarwadi boleh 'tembus' ke Mekah Penduduk dakwa gua Safarwadi boleh 'tembus' ke Mekah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719014975_tbSafarwadiPamijaha.jpg)
Penduduk dakwa gua Safarwadi boleh 'tembus' ke Mekah
Warga maya menyifatkan dakwaan itu sebagai dogengan serta mengingatkan kepada masyarakat jangan mudah terpedaya dengan dakwaan pelik.
![Media antarabangsa dibawa lawat kilang air zamzam, pusat kad nusuk Media antarabangsa dibawa lawat kilang air zamzam, pusat kad nusuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717994666_tbv.jpg)
Media antarabangsa dibawa lawat kilang air zamzam, pusat kad nusuk
Zamazemah Co ialah satu daripada syarikat yang dipertanggungjawabkan kerajaan Arab Saudi untuk memproses air zamzam bagi diedarkan kepada jemaah.
![Johan hampir terlepas pesawat tunai haji Johan hampir terlepas pesawat tunai haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717939484_JohanRajaLawak.jpg)
Johan hampir terlepas pesawat tunai haji
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud isu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya.
![Arab Saudi keluarkan 1.7 juta Kad Nusuk untuk Haji 2024 Arab Saudi keluarkan 1.7 juta Kad Nusuk untuk Haji 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717939805_kadNusukHaji.jpg)
Arab Saudi keluarkan 1.7 juta Kad Nusuk untuk Haji 2024
Sebagai persediaan menghadapi musim haji 1445H/2024, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan 1.7 juta Kad Nusuk sebagai langkah bagi memastikan kelancaran proses haji.
![Polis tubuh pasukan petugas khas jemaah haji terkandas di Mekah Polis tubuh pasukan petugas khas jemaah haji terkandas di Mekah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716805300_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Polis tubuh pasukan petugas khas jemaah haji terkandas di Mekah
JSJK Bukit Aman menubuhkan pasukan petugas khas yang berperanan melakukan siasatan dan tindakan awal terhadap sebarang aduan jemaah haji negara ini terkandas di Mekah.
![Tidak tahu duit raya ke mana, rupa-rupanya... Tidak tahu duit raya ke mana, rupa-rupanya...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716767013_NoorfarhanahAhmadS.jpg)
Tidak tahu duit raya ke mana, rupa-rupanya...
Noorfarhanah seorang daripada 315 Sahabat Maktab yang terpilih untuk membantu petugas haji dan jemaah lain yang lebih memerlukan.
![Stres di Tanah Suci? Peluang jemaah tulis luahan perasaan di Ranting Hati Stres di Tanah Suci? Peluang jemaah tulis luahan perasaan di Ranting Hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716213540_TBNAJIBHARUN.jpg)
Stres di Tanah Suci? Peluang jemaah tulis luahan perasaan di Ranting Hati
Inisiatif Ranting Hati ini bertujuan memberi peluang kepada jemaah untuk berkongsi perasaan mereka melalui tulisan.
![Rezeki lapan sekeluarga tunai haji bersama kerana pengorbanan ibu bapa menabung Rezeki lapan sekeluarga tunai haji bersama kerana pengorbanan ibu bapa menabung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715959880_TBHaji.jpg)
Rezeki lapan sekeluarga tunai haji bersama kerana pengorbanan ibu bapa menabung
Menabung sejak awal usia, membawa lima beradik ke Tanah Suci secara serentak pada tahun ini, musim 1445H/2024M.
![Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705482136_TBSPH.jpg)
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.