SHAH ALAM: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menyokong cadangan kerajaan mewujudkan jawatan Menteri Kewangan II bagi membantu tugas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerajui kementerian itu.
Presidennya, Tan Sri Dr Abdul Aziz Rahman berkata, tidak timbul masalah bagi Perdana Menteri untuk terus kekal sebagai Menteri Kewangan walaupun berdepan jadual tugas harian yang padat jika jawatan baharu berkenaan diwujudkan.
“Dalam keadaan ekonomi (yang mencabar) sekarang, elok sangat Perdana Menteri menerajui Kementerian Kewangan kerana beliau boleh mengawasi dan membuat keputusan secara terus berkaitan keperluan rakyat melibatkan kewangan secara keseluruhannya.
“Kalau Perdana Menteri tidak pegang jawatan Menteri Kewangan, beliau tidak dapat mengawasi kementerian itu secara terus kerana setiap portfolio kementerian ditadbir urus atau berfungsi secara sendiri,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan MCA supaya Perdana Menteri melepaskan jawatan sebagai Menteri Kewangan untuk memberi tumpuan kepada pentadbiran negara susulan wujud desas-desus mengenai rombakan kabinet.
Jurucakap parti itu, Mike Chong berkata, Anwar boleh melantik Menteri Kewangan II yang mampu memberi tumpuan kepada hal-hal ekonomi sekali gus membolehkan Anwar memberi tumpuan kepada urusan pentadbiran negara.
Abdul Aziz memberitahu, dalam kabinet kerajaan sebelum ini juga pernah diwujudkan jawatan Menteri Kewangan II yang dilantik dalam kalangan pemimpin pakar bidang ekonomi secara makro atau keseluruhannya.
Ditanya calon yang layak untuk mengisi jawatan Menteri Kewangan II, Abdul Aziz berpendapat Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani adalah tokoh yang tepat untuk dilantik ke jawatan berkenaan.
Katanya, ia kerana Johari memiliki pengalaman luas dalam bidang kewangan dan dunia korporat selain pernah menggalas jawatan Menteri Kewangan II pada 2016 hingga 2018 serta memegang antara jawatan tertinggi dalam UMNO yang menjadi sebahagian parti komponen Kerajaan Perpaduan.
“Beliau bekas menteri kanan yang memegang jawatan Naib Presiden UMNO dan menyokong Kerangka Ekonomi Madani nak dibawa oleh Anwar. Jadi selayaknya beliau diberi keutamaan dalam senarai calon Menteri Kewangan II,” ulasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 05 2023

Abdul Aziz (gambar) berpendapat Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani adalah tokoh yang tepat untuk dilantik ke jawatan Menteri Kewangan II. - Foto Facebook/Mubarak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mubarak sokong wujudkan Menteri Kewangan II
Katanya, jika jawatan itu wujud, tidak timbul masalah bagi PM untuk terus kekal sebagai Menteri Kewangan walaupun berdepan jadual padat.

Mubarak Johor harap elaun wakil rakyat dinaikkan
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Johor berharap agar kadar elaun wakil rakyat di negeri ini dikaji semula dan dipertimbangkan untuk kenaikan.

Dakwaan 'royal coup' hina institusi diraja - Pakar Perlembagaan
Segala tindakan diambil Yang di-Pertuan Agong dalam menyelesaikan krisis politik negara baru-baru ini, adalah berpandukan kuasa yang diperuntukkan kepada Seri Paduka.

Patahkan sebarang cubaan guling kerajaan - Mubarak
Mubarak akan bekerjasama dan menyokong dengan cara yang dibenarkan undang-undang sebarang langkah yang diambil mana-mana pertubuhan dan organisasi untuk menggagalkan cubaan seumpama itu.

MUBARAK perlu lebih lantang
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) lebih lantang bersuara dalam menepis politik kebencian yang dilihat berlaku sekarang.

Mubarak perlu dekati pengundi muda dengan cara baharu- TPM
Ia berikutan golongan muda hari ini tidak lagi berminat dengan nostalgia, sebaliknya, mereka mempunyai kemahuan dan kehendak yang berbeza.

Mubarak mohon kerajaan seragamkan pencen, faedah persaraan bekas wakil rakyat
Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) meminta kerajaan menimbangkan penyeragaman pencen dan faedah persaraan kepada bekas wakil rakyat di seluruh negara.

Mubarak sedia jadi orang tengah antara Mahathir dan Najib
Mubarak bersedia menjadi orang tengah bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mubarak akan wujudkan kumpulan pemikir bantu BN menjelang PRU14
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan mewujudkan kumpulan pemikir bagi membantu Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).