Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) mahu kerajaan bertindak tegas termasuk menguatkuasakan pelbagai undang-undang sedia ada untuk mematahkan cubaan menggulingkan kerajaan secara tidak demokratik.
Menurut Mubarak, ia akan bekerjasama dan menyokong dengan cara yang dibenarkan undang-undang sebarang langkah yang diambil mana-mana pertubuhan dan organisasi untuk menggagalkan cubaan seumpama itu.
"Mubarak berikrar untuk terus mendukung kepimpinan kerajaan sedia ada yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," menurut ketetapan yang diambil Perhimpunan Agung Mubarak selama dua hari yang berakhir di sini hari ini.
Mubarak menarik perhatian bahawa ada usaha berterusan pihak tertentu untuk mempengaruhi kuasa asing dan media antarabangsa supaya campur tangan dalam hal ehwal negara yang turut boleh menjejaskan prestasi ekonominya.
Persidangan itu turut mengambil maklum dan membahaskan antaranya tentang kedegilan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan diterajui Najib melalui cara tidak demokratik, serta cubaan mempengaruhi institusi raja.
Selain itu, Mubarak meminta UMNO dan Barisan Nasional (BN) menetapkan tugas yang perlu dilaksana anggota Majlis itu di setiap peringkat bagi memastikan kemenangan besar BN pada pilihan raya umum ke-14.
Mubarak juga menggesa tokoh politik dari semua parti, tokoh korporat, ahli perniagaan, pegawai kerajaan serta rakyat supaya patuh kepada peruntukan Perlembagaan Malaysia, Rukun Negara, sistem demokrasi berparlimen dan konsep perkongsian kuasa antara kaum yang diamalkan sejak merdeka.
Selain itu, Mubarak juga menyokong semua dasar dan program nasional yang dirangka serta dilaksanakan kerajaan selaras dengan prinsip demokrasi yang diamalkan kerajaan. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2016
![Patahkan sebarang cubaan guling kerajaan - Mubarak Patahkan sebarang cubaan guling kerajaan - Mubarak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41476546130_MakanMalamMubarak.jpg)
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beramah mesra dengan anggota Mubarak semasa hadir pada Majlis Makan Malam sempena Perhimpunan Agung Tahunan Mubarak Ke-13 semalam, 15 Oktober, 2016. - fotoBERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Cubaan gulingkan kerajaan Guinea-Bissau mungkin berkait dengan sindiket dadah Cubaan gulingkan kerajaan Guinea-Bissau mungkin berkait dengan sindiket dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61643771906_GuineaBissau.jpg)
Cubaan gulingkan kerajaan Guinea-Bissau mungkin berkait dengan sindiket dadah
Presiden Umaro Cissoko Embalo berkata, situasi ketika ini terkawal.
![PM Armenia beri amaran cubaan rampasan kuasa oleh tentera PM Armenia beri amaran cubaan rampasan kuasa oleh tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614255879_NikolPashinyan.jpg)
PM Armenia beri amaran cubaan rampasan kuasa oleh tentera
Nikol Pashinyan memberi amaran keras kepada cubaan rampasan kuasa yang dilakukan tentera untuk menggulingkan kerajaan pimpinannya.
![Patahkan sebarang cubaan guling kerajaan - Mubarak Patahkan sebarang cubaan guling kerajaan - Mubarak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41476546130_MakanMalamMubarak.jpg)
Patahkan sebarang cubaan guling kerajaan - Mubarak
Mubarak akan bekerjasama dan menyokong dengan cara yang dibenarkan undang-undang sebarang langkah yang diambil mana-mana pertubuhan dan organisasi untuk menggagalkan cubaan seumpama itu.