Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) bersedia menjadi orang tengah bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata penyelesaian segera perlu dilakukan agar ia tidak membuka ruang kepada Pembangkang untuk menyerang Kerajaan Persekutuan dan UMNO.
"Kami (Mubarak) hormati pandangan Tun Dr Mahathir yang menyuarakan beberapa isu berkenaan cumanya mungkin cara (secara terbuka) tidak kena, apa salahnya beliau berjumpa Perdana Menteri dan berbincang secara baik bagi mencari jawapan.
"Sepatutnya ia diselesaikan dalam semangat kekeluargaan dan bukan secara terbuka seperti sekarang ini.
"Pihak-pihak di sana (Pembangkang) memang menunggu peluang ini untuk mereka serang kita (kerajaan)," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung kali ke-14 Mubarak Pulau Pinang, di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas.
Sementara itu, Reezal Merican berkata semua pihak diminta memberi ruang kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, antara yang ditimbulkan Dr Mahathir.
Reezal Merican berharap Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed dapat menyegerakan siasatan itu tanpa perlu menunggu keputusan Ketua Audit Negara.
Ini kerana PAC sendiri memiliki kuasa untuk memanggil mereka yang terlibat dalam isu 1MDB ini untuk menjawab segala persoalan.
Bernama
Sun Apr 19 2015

Mubarak bersedia menjadi orang tengah bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut di antara Najib dan Dr Mahathir. -Gambar fail

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Pemimpin UMNO jangan abai realiti masalah Melayu - Penganalisis
Kemelut yang melanda rakyat ketika tempoh pandemik ini sepatutnya diberi perhatian kepimpinan UMNO.

Sumareh kembali ke Malaysia selepas empat bulan bersama kelab Thailand
Pemain naturalisasi Malaysia berusia 26 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada kelab Thailand itu yang memberinya peluang selain merawat kecederaannya semasa bersama kelab berkenaan.

Sekretariat Muafakat Nasional puji penyelesaian kemelut di Perak
Annuar berkata, mesyuarat malam tadi menyentuh mengenai penyelesaian masalah di Perak serta beberapa perkara rutin yang lain.

Felda dan FGV berhentilah 'bercakar' - Bekas CEO
Pertelingkahan antara Felda dan FGV hanya akan mengundang masalah besar.

PRN Sabah: Zahid bertanggungjawab jika KM bukan dari UMNO - Lokman
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab jika wakil UMNO gagal menjadi Ketua Menteri Sabah yang akan diumum dalam tempoh terdekat.

Suntikan fiskal harus digandakan - Anwar Ibrahim
Ini menandakan bahawa negara mungkin menuju ke arah kemelut yang berpanjangan atau kemelesetan ekonomi.

Lubnan perlu adakan pilihan raya awal - Hassan Diab
Dalam ucapannya pada Sabtu, beliau turut merancang mencadangkan perkara tersebut dalam satu draf rang undang-undang pada Mesyuarat Kabinet, Isnin ini.

Pilihan Raya Negeri jalan terbaik lerai kemelut politik Sabah - Penganalisis
Pilihan Raya Negeri (PRN) merupakan jalan terbaik bagi meleraikan kemelut politik di Sabah dengan mengembalikan hak memilih kerajaan kepada rakyat, demikian menurut penganalisis politik.

Institusi kewangan disaran lupus faedah terakru dalam tempoh moratorium - Tengku Zafrul
Kementerian Kewangan sedia bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan sektor perbankan bagi memastikan pelaksanaan saranan itu.

"Saya harap Kak Ogy lunaskan bayaran dalam masa terdekat" - Khir Rahman pula bersuara
Semoga kemelut Ogy Ahmad Daud dengan team produksi teater Korupsi Dewan Semandung akan berakhir dalam suasana yang elok.