Pilihan Raya Negeri (PRN) merupakan jalan terbaik bagi meleraikan kemelut politik di Sabah dengan mengembalikan hak memilih kerajaan kepada rakyat, demikian menurut penganalisis politik.
Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata berdasarkan senario ketika ini, tiada pihak yang mempunyai majoriti kukuh dan mampu menjamin kestabilan politik negeri.
"Sesiapa pun yang menjadi ketua menteri kesudahannya tidak ada kestabilan kerana (masing-masing) mempunyai majoriti tipis dan jalan terbaik ialah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan membiarkan rakyat membuat keputusan," katanya ketika ditemu bual dalam program Buletin Bernama terbitan Bernama TV, hari ini.
Beliau juga yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mampu mengendalikan PRN Sabah mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19.
Ini katanya dibuktikan menerusi pengendalian Pilihan Raya Kecil DUN Chini pada 4 Julai lalu.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan PRN yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari.
Situasi politik di Sabah yang panas sejak kebelakangan ini memuncak semalam apabila bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mengadakan sidang akhbar, mendakwa memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Sementara itu, penganalisis politik Dr Oh Ei Sun berkata ada dua perkara yang akan menjadi faktor penentu bagi rakyat Sabah dalam PRN tersebut iaitu keperibadian Mohd Shafie dan Musa, serta perkembangan senario politik negara.
"Dalam erti kata lain, ini seakan-akan referendum mini senario politik negara kerana Musa bersekutu dengan Perikatan Nasional (PN), sementara Mohd Shafie bersama dengan Pakatan Harapan (PH)," katanya dalam program The Nation, terbitan Bernama TV hari ini.
Pakar antropologi, penulis dan penerbit filem Dr Vilashini Somiah pula berkata rakyat Sabah, khususnya generasi muda, akan mendapatkan pencerahan pihak mana yang dapat membawa pembangunan sebenar ke negeri itu dan rakyatnya.
"Kami berada di bawah kerajaan pimpinan Warisan selama dua tahun dan kami akan menilai apakah perkara baharu yang telah mereka bawa dan apa yang masih tidak berubah, ini antara isu yang akan dibicarakan," katanya yang juga ditemu bual dalam program sama.
Anak kelahiran Kota Kinabalu itu berkata rakyat juga akan memilih penggubal undang-undang yang boleh dipercayai, iaitu tidak pentingkan diri apabila berdepan keadaan sukar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 30 2020
AZMI: Sesiapa pun yang menjadi ketua menteri kesudahannya tidak ada kestabilan kerana masing-masing mempunyai majoriti tipis. - Gambar fail/BERNAMA
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Pemimpin UMNO jangan abai realiti masalah Melayu - Penganalisis
Kemelut yang melanda rakyat ketika tempoh pandemik ini sepatutnya diberi perhatian kepimpinan UMNO.
Sumareh kembali ke Malaysia selepas empat bulan bersama kelab Thailand
Pemain naturalisasi Malaysia berusia 26 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada kelab Thailand itu yang memberinya peluang selain merawat kecederaannya semasa bersama kelab berkenaan.
Sekretariat Muafakat Nasional puji penyelesaian kemelut di Perak
Annuar berkata, mesyuarat malam tadi menyentuh mengenai penyelesaian masalah di Perak serta beberapa perkara rutin yang lain.
Felda dan FGV berhentilah 'bercakar' - Bekas CEO
Pertelingkahan antara Felda dan FGV hanya akan mengundang masalah besar.
PRN Sabah: Zahid bertanggungjawab jika KM bukan dari UMNO - Lokman
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab jika wakil UMNO gagal menjadi Ketua Menteri Sabah yang akan diumum dalam tempoh terdekat.
Suntikan fiskal harus digandakan - Anwar Ibrahim
Ini menandakan bahawa negara mungkin menuju ke arah kemelut yang berpanjangan atau kemelesetan ekonomi.
Lubnan perlu adakan pilihan raya awal - Hassan Diab
Dalam ucapannya pada Sabtu, beliau turut merancang mencadangkan perkara tersebut dalam satu draf rang undang-undang pada Mesyuarat Kabinet, Isnin ini.
Pilihan Raya Negeri jalan terbaik lerai kemelut politik Sabah - Penganalisis
Pilihan Raya Negeri (PRN) merupakan jalan terbaik bagi meleraikan kemelut politik di Sabah dengan mengembalikan hak memilih kerajaan kepada rakyat, demikian menurut penganalisis politik.
Institusi kewangan disaran lupus faedah terakru dalam tempoh moratorium - Tengku Zafrul
Kementerian Kewangan sedia bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan sektor perbankan bagi memastikan pelaksanaan saranan itu.
"Saya harap Kak Ogy lunaskan bayaran dalam masa terdekat" - Khir Rahman pula bersuara
Semoga kemelut Ogy Ahmad Daud dengan team produksi teater Korupsi Dewan Semandung akan berakhir dalam suasana yang elok.