KUALA LUMPUR: Konsep perpaduan dan muafakat politik yang dipamerkan kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim harus dijadikan contoh dalam pentadbiran setiap kerajaan negeri.
Senator Datuk Noraini Idris ketika mencadangkan perkara itu berkata konsep Kerajaan Perpaduan termasuk aspek toleransi, merupakan kunci kepada politik lestari yang berupaya mewujudkan kekuatan baharu seterusnya menjelmakan manfaat kepada rakyat.
"Sebab itu, kerajaan negeri perlu melaksanakan akta berkaitan antilompat parti, jika tidak wakil rakyat bebas melompat demi survival politik mereka, maka sampai bila rakyat nak berhadapan politik murahan," katanya pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.
Senator Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli pula berkata kerajaan melalui Kementerian Perpaduan perlu mencari jalan bagi mengatasi cubaan memecah-belah, cabar-mencabar hingga menimbulkan perbalahan kaum.
"Dahulu ada usaha untuk mewujudkan undang-undang mengelakkan perbalahan antara agama dan kaum supaya ada harmoni... saya harap kementerian ini memikirkan perkara ini dan perlu disegerakan supaya kita rasa selamat.
"Kita cuba cari apa lagi kesesuaian supaya kita boleh hidup bersama, misalnya dalam konteks pembangunan kawasan baharu, elakkan pembangunanan sesuatu kawasan itu daripada didominasi satu kaum," katanya.
Sementara itu, Senator Datuk Sivaraj Chandran mencadangkan agar kerajaan mewujudkan semula Jawatankuasa Kabinet Hal Ehwal India dan dipengerusikan sendiri oleh perdana menteri bagi memastikan kemajuan kaum itu di negara ini.
"Jawatankuasa ini bukan sahaja akan membantu menyelesaikan isu pendidikan, malah masalah asas yang dihadapi oleh masyarakat India," katanya.
Dalam pada itu, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya mencadangkan supaya kerajaan memberikan insentif dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menggalakkan penggunaan sumber tenaga hijau sekali gus mengurangkan emisi karbon, agar aspirasi mewujudkan bandar bebas karbon di Kuala Lumpur dan Putrajaya dapat dicapai.
"Ini satu langkah penting dalam memerangi perubahan iklim dan memastikan kelestarian bumi kita untuk generasi akan datang, namun ia memerlukan komitmen serta kerjasama meluas daripada pelbagai pihak, termasuk kerajaan, industri, masyarakat setempat dan individu," katanya.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023
Konsep Kerajaan Perpaduan merupakan kunci kepada politik lestari yang berupaya mewujudkan kekuatan baharu seterusnya menjelmakan manfaat kepada rakyat. - Foto BERNAMA/fail
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
Lawatan kerja PM: Malaysia dalam misi yakinkan Hyundai, OCI tingkatkan pelaburan
Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup bersama konglomerat Korea yang terdiri daripada syarikat Hyundai Motor dan OCI Holdings.
FTA Malaysia-Korea akan dimuktamadkan tahun depan - PM
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea akan dimuktamadkan pada tahun depan, dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk menyegerakan sebarang rundingan tertangguh.