KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang menyediakan data kontraktor 'culas' untuk digunakan bagi menyelesaikan isu pembayaran pelarasan kadar gaji minimum termasuk tunggakan secara terus kepada pekerja yang terkesan.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor, berkata tunggakan gaji setiap pekerja kontrak perkhidmatan kerajaan ini seperti pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan mencecah RM3,600, sejak kadar gaji minimum baharu RM1,500 dilaksanakan 1 Mei lalu.
"Walau apa pun sebab kegagalan majikan (kontraktor) membayar gaji minimum sama ada kelewatan kerajaan membayar pelarasan atau faktor kewangan kontraktor bermasalah, pekerja bawahan tidak boleh menjadi mangsa dengan kelemahan sistem yang dikuatkuasakan kerajaan.
"Kegagalan membayar gaji minimum mesti dilihat sebagai kelemahan sistem kontrak. Sikap tidak bertanggungjawab majikan menyebabkan pekerja tempatan menjadi mangsa buruh paksa, malah merencatkan perkembangan ekonomi negara dan melanggar perintah gaji minimum," katanya, dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Kamarul Bahrin berkata MTUC turut mencadangkan agar penahanan bon kontraktor dibuat sekiranya mereka gagal membayar pelarasan gaji minimum kepada pekerja.
"Kerajaan mesti mengambil tanggungjawab bagi memastikan majikan membayar tunggakan kepada pekerja dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) boleh menggunakan kuasa bagi memastikan semua pekerja di sektor di bawah kontrak kerajaan mendapat hak mereka," katanya.
Beliau juga menyarankan supaya KSM memanggil pihak berkepentingan bagi memastikan isu gaji minimum tidak menjadi beban serta barah sehingga menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan.
"Mekanisma pembayaran pelarasan kadar gaji perlu diwujudkan supaya menjadi panduan kepada pekerja dan kontraktor setiap kali perintah gaji minimum baharu diumumkan," katanya.
Beliau turut berharap pelarasan gaji minimum ini akan menjadi realiti kepada seluruh pekerja di bawah kontrak perkhidmatan kerajaan sempena Hari Pekerja nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2023

Kamarul Baharin berkata tunggakan gaji setiap pekerja kontrak perkhidmatan kerajaan ini seperti pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan mencecah RM3,600, sejak kadar gaji minimum baharu RM1,500 dilaksanakan 1 Mei lalu. - Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Presiden MTUC dilucutkan jawatan, dilarang bertanding dua penggal
Mohd Effendy turut dilarang bertanding pada pemilihan pegawai MTUC bagi tempoh dua penggal iaitu selama enam tahun.

HRD Corp: MTUC yakin Skim Gerak Insan Gemilang telus, bersih
MTUC yakin Skim Gerak Insan Gemilang yang dikendalikan HRD Corp telus dan bebas daripada unsur-unsur salah guna kuasa.

Ratifikasi Konvensyen C155 tingkat keselamatan, kesihatan pekerja
Tindakan kerajaan meratifikasi Konvensyen C155 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) akan meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja.

Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.

MTUC dakwa 900 pekerja MYAirline 'digantung tidak bertali'
MTUC mendakwa tindakan MYAirline mengeluarkan notis pemberhentian sementara operasi secara tiba-tiba sebagai tidak profesional.

PRN: MTUC cadang cuti khas Sabtu ini
MTUC mencadangkan Sabtu ini iaitu hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dijadikan sebagai cuti khas.

Gaji progresif harap dilaksana, bukan sekadar mainan politik - MTUC
Cadangan untuk memperkenalkan gaji progresif diharap mampu untuk direalisasikan dan bukan hanya sekadar mainan politik.

Gaji minimum RM1,500 seluruh sektor beri kelegaan kepada pekerja - MUTC
Lebihan gaji RM300 akan memberi kelegaan dan memberi kualiti hidup yang baik kepada pekerja.

Penetapan gaji minimum perlu berdasarkan pelbagai aspek - Kesatuan pekerja
Penetapan gaji minimum perlu dibuat berdasarkan pelbagai aspek termasuk sektor pekerjaan, kelayakan akademik, pengalaman dan kemahiran pekerja bagi memberi keadilan kepada semua pihak.

Kerajaan perlu segera ratifikasikan konvensyen ILO berkaitan hak pekerja berpesatuan - MTUC
Ia bagi memastikan pekerja dapat gaji yang bermaruah, kerja yang baik dan faedah yang layak menerusi rundingan dan perjanjian bersama.