KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebulat suara bersetuju untuk meminta kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia, kata Setiausaha Agung parti itu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata ia antara ketetapan yang dipersetujui dalam mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di sini malam ini.
"(Penubuhan Suruhanjaya ini) sekali gus (akan) memastikan aspek kebajikan dan hak pekerja ekonomi gig di Malaysia terpelihara," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu.
Terdahulu, Asyraf Wajdi menerima memorandum daripada Timbalan Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia Abdul Hakim Abdul Rani yang mengandungi beberapa tuntutan berhubung kebajikan golongan itu.
Beliau juga berkata mesyuarat itu turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Malaysia yang secara konsisten memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Beliau berkata komitmen Perdana Menteri dan kerajaan telah menghasilkan keputusan positif Mahkamah Keadilan Antarabangsa, berpandukan kes yang dibawa oleh Afrika Selatan, yang memerintahkan Israel untuk menghalang tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin dan membenarkan bantuan kemanusiaan.
"(Selain itu) UMNO Malaysia, melalui Majlis Ekonomi dan Kewangan UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani, akan mengadakan Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera pada 3 Feb 2024 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia.
"Resolusi Kolokium ini akan dibentangkan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera yang akan dianjurkan pada 29 Feb hingga 2 Mac 2024 kelak," katanya.
Asyraf Wajdi berkata mesyuarat itu juga menetapkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO pada 21 hingga 24 Ogos tahun ini manakala persidangan tahunan peringkat cawangan pada 22 April hingga 2 Jun dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 21 Jun hingga 29 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024
![MT UMNO setuju minta kerajaan tubuh Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia - Asyraf Wajdi MT UMNO setuju minta kerajaan tubuh Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694643921_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Asyraf Wajdi berkata ia antara ketetapan yang dipersetujui dalam mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Ahmad Zahid. - Gambar fail/Bernama
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739231486_BretBaier.jpg)
Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump
"Saya akan memilikinya (Gaza). Anggap ini sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan. Ia akan menjadi sebidang tanah yang indah. Tidak memerlukan perbelanjaan besar."
![Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738879833_IsraelKatz.jpg)
Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza
Kata Menteri Pertahanan Israel, rakyat Palestin boleh pergi "ke mana-mana negara yang sudi menerima mereka."
![Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731365356_NorthernGaza.jpg)
Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
Pemindahan paksa itu merupakan satu bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi PBB.
![White House buat ‘u-turn’, cadangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza bukan kekal, hanya sementara White House buat ‘u-turn’, cadangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza bukan kekal, hanya sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738797497_TBKarolineLeavitt.jpg)
White House buat ‘u-turn’, cadangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza bukan kekal, hanya sementara
White House dakwa, Trump hanya ingin pindahkan 1.8 juta penduduk Gaza buat sementara waktu bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan semula dilakukan.
![Hamas puji penubuhan kumpulan The Hague, anggap langkah penting akhiri penjajahan Israel Hamas puji penubuhan kumpulan The Hague, anggap langkah penting akhiri penjajahan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738364230_TBTheHague.jpg)
Hamas puji penubuhan kumpulan The Hague, anggap langkah penting akhiri penjajahan Israel
Kumpulan penentang Palestin, Hamas pada Ahad menyifatkan penubuhan sebuah pakatan melibatkan beberapa negara bagi menyelaraskan tindakan perundangan, diplomatik dan ekonomi terhadap pencabulan undang-
![Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738385462_PalestiniansGaza.jpg)
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
![Mesir tidak akan terlibat dalam pemindahan paksa rakyat Palestin Mesir tidak akan terlibat dalam pemindahan paksa rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735808765_DisplacedPalestinia.jpg)
Mesir tidak akan terlibat dalam pemindahan paksa rakyat Palestin
Presiden Mesir menegaskan, negaranya tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin.
![Lebih 3 juta rakyat Palestin dipenjara oleh pihak berkuasa Israel - Kementerian Lebih 3 juta rakyat Palestin dipenjara oleh pihak berkuasa Israel - Kementerian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735800427_PalestiniansGaza.jpg)
Lebih 3 juta rakyat Palestin "dipenjara" oleh pihak berkuasa Israel - Kementerian
Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin mendedahkan bahawa lebih tiga juta rakyat Palestin kini "dipenjarakan" di bandar, pekan, dan kem pelarian mereka oleh pihak berkuasa Israel.
![Malaysia atur hantar pulang 127 rakyat Palestin dalam tempoh gencatan senjata - TPM Ahmad Zahid Malaysia atur hantar pulang 127 rakyat Palestin dalam tempoh gencatan senjata - TPM Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737274920_ZahidHamidi.jpg)
Malaysia atur hantar pulang 127 rakyat Palestin dalam tempoh gencatan senjata - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan sedang mengatur penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang dibawa ke Malaysia sebelum ini bagi menerima rawatan.
![Kekecohan di WTKL: Duta Palestin kesal, insiden tak cermin etika sebenar rakyat Kekecohan di WTKL: Duta Palestin kesal, insiden tak cermin etika sebenar rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736063900_KecohWTKL.jpg)
Kekecohan di WTKL: Duta Palestin kesal, insiden tak cermin etika sebenar rakyat
Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali melahirkan rasa kesal yang mendalam terhadap kekecohan yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).