KUALA LUMPUR: Persatuan Pusat Beli-Belah Malaysia (MSMA) berharap kerajaan akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi peralihan ke fasa endemik lebih awal agar perniagaan mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan.
Presidennya Tan Sri Teo Chiang Kok berkata walaupun peralihan kepada fasa endemik tersebut merupakan berita baik kepada operasi perniagaan, namun mereka memerlukan masa yang mencukupi untuk memahami dan mematuhi SOP baharu.
"Berdasarkan kepada pengalaman kami sebelum ini, SOP diumumkan hanya 24 jam sebelum pelaksanaannya, menjadikan sukar kepada kami untuk melaksana dan menyesuaikan diri dengannya," katanya.
Teo berkata demikian sebagai ahli panel semasa sesi perbincangan meja bulat hibrid Pasukan Petugas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) mengenai 'Ekonomi Pasca Pandemik, Dasar Awam, dan Syarikat Berkaitan Kerajaan' di sini, semalam.
Sementara itu, Pengerusi Bersama PEMUDAH Datuk Andy Seo Kian Haw berkata pasukan petugas khas itu amat menyedari bahawa perniagaan dan industri Malaysia berdepan dengan pelbagai halangan dalam usaha menuju pemulihan.
"Tanpa aktiviti rancak perniagaan dalam pelbagai sektor ekonomi, tidak akan berlaku pemulihan ekonomi negara yang mampan dan meluas bagi menambah baik kebajikan Keluarga Malaysia," katanya dalam ucapan alu-aluan beliau.
Seo berkata perbincangan meja bulat itu adalah peluang yang tepat pada masanya bagi perniagaan dan industri untuk memberikan maklum balas mereka mengenai situasi terkini mereka, cabaran dan isu yang dihadapi dan cara-cara untuk menanganinya.
Menurutnya, PEMUDAH sentiasa proaktif menangani cabaran yang berkembang dan mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil kerajaan untuk mengekalkan aktiviti ekonomi, mengurangkan kesan teruk pandemik terhadap perniagaan dan rakyat, dan mempercepat pemulihan ekonomi.
"Sepanjang dua tahun lepas, pandemik telah memangkinkan perubahan transformasi yang besar dalam menjalankan perniagaan di Malaysia dan juga di dunia.
"Rantaian bekalan terganggu, kos meningkat, permintaan produk dan perkhidmatan berkurangan dan kekurangan pekerja mahir dan juga tidak mahir adalah satu cabaran besar; manakala pendigitalan menjadi semakin penting dalam menentukan sama ada perniagaan cukup kompetitif untuk meneruskan kelangsungan hidup atau berkembang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022

MSMA memerlukan masa yang mencukupi untuk memahami dan mematuhi SOP baharu. - Gambar hiasan

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Setia City Mall beroperasi semula selepas insiden tembakan
Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung, penyewa dan pekerja mereka adalah keutamaan pihaknya.

Insiden tembakan: Pusat beli-belah disahkan selamat, kata polis
Pemeriksaan lanjut di dalam pusat beli belah ini disahkan dalam keadaan selamat.

Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.

Insiden tembakan: Pengunjung pusat beli-belah di Shah Alam cemas
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.

Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah
Seorang pelancong warga asing cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney hari ini.

Polis kesan suami tampar isteri
Suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

92 PATI ditahan imigresen Selangor dalam Op Kutip
Kesemua mereka ditahan dalam operasi bersepadu Op Kutip di sebuah pusat beli-belah di Ampang.

Pusat beli-belah di ibu kota jadi tumpuan ramai menjelang Krismas
Pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong asing tidak melepaskan peluang cuti hujung minggu untuk bersama-sama berkongsi kemeriahan.

Pelayan restoran warga China didakwa bunuh rakan senegara
Seorang pelayan restoran wanita warga China dituduh membunuh rakan senegaranya dengan menikam mangsa beberapa kali di sebuah restoran.