KUALA LUMPUR : Sumbangan RM2.29 juta oleh Majlis Getah Malaysia (MRC) kepada Kementerian Kesihatan (KKM) adalah bertujuan untuk membantu meringankan tugas petugas barisan hadapan, selain memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang baik sepanjang pandemik COVID-19.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Nurul Islam Mohamed Yusoff, sumbangan yang dibuat menerusi Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) itu turut memperuntukkan RM1.5 juta untuk pembelian 10 mesin ventilator yang akan diagihkan kepada hospital-hospital terpilih.
"Melalui Program Bantuan Prihatin Untuk Institusi Kesihatan, MRC menerusi Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) menyalurkan sumbangan kepada Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah COVID-19 (PKRC) dan hospital-hospital serta pusat-pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih di seluruh negara.
"Sebanyak RM1.5 juta daripada jumlah sumbangan tersebut disediakan untuk pembelian 10 unit mesin ventilator kepada hospital-hospital terpilih.
"Manakala RM290,000 akan disalurkan kepada CAC dan PKRC untuk penyediaan alat pelindung diri (PPE) dan peralatan bukan perubatan seperti komputer riba.
"Bagi PPV pula, sumbangan sebanyak RM500,000 disalurkan," katanya dalam satu kenyataan.
Antara lokasi-lokasi yang terpilih adalah CAC di Seremban, Negeri Sembilan dan Sandakan, Sabah; PKRC di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang; PPV di Terengganu, Melaka, Kedah, Kelantan dan Selangor serta hospital-hospital di Lembah Klang iaitu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Selayang serta Hospital Kajang.
Ujar beliau, ini juga adalah merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) majlis itu.
Nickyson Nyambar
Mon Aug 09 2021
![MRC sumbang RM2.29 juta bagi bantu sektor kesihatan negara MRC sumbang RM2.29 juta bagi bantu sektor kesihatan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628511953_MRCLogo.jpg)
Sumbangan besar yang diberikan oleh MRC ini akan diagihkan buat pelbagai fasiliti kesihatan di negara ini. - Gambar fail
AWANI Borneo [17/07/2024] - Kebakaran awal pagi | 1.3 juta tenaga buruh | 829.4 kilometer
Awani Borneo 17 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
RM32.8 juta setahun selenggara rutin Lebuh Raya Pan-Borneo
Kementerian akan memperuntukkan sebanyak RM32.8 juta setahun bagi pelaksanaan penyenggaraan rutin di Lebuh Raya Pan-Borneo secara berperingkat mengikut serahan bagi penyenggaraan selepas kontrak projek siap sepenuhnya.
38 peratus isi rumah miskin tegar di Sabah
Rafizi menambah pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan di Sabah juga lebih tinggi iaitu RM1,218 sebulan berbanding kadar nasional sebanyak RM1,198.
![Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak tujuh hari lepas telah pulang ke rumahnya di Ampangan Tinggi malam tadi.
Pemenang Jutawan BSN derma 10 peratus kepada gereja
Rezeki tiga bulan menabung di Bank Simpanan Nasional (BSN) berbekalkan modal 10 ribu ringgit telah menukar hidup seorang paderi kepada seorang jutawan.
RM468.7 juta projek infrastruktur basmi kemiskinan di Sabah
Rafizi berkata peruntukan sebanyak RM468.7 juta bagi 2024 telah diwujudkan bagi projek-projek infrastruktur dalam usaha mengurangkan jurang kemiskinan di lapan daerah tersebut.
60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
Sebanyak 60 peratus atau 1.3 juta daripada 2.3 tenaga buruh di Sabah belum berdaftar sebagai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan berisiko tidak memiliki simpanan untuk persaraan.
RUU ordinan buruh Sabah 2024 dibentang
Pindaan Ordinan Buruh Sabah membabitkan 16 perkara utama meliputi 70 fasal untuk menyelaras undang-undang perburuhan yang merangkumi tiga akta utama yang dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia.
![Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721208356_Bangkokhotel.jpg)
Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok
Polis percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat, adalah dalang di sebalik tragedi itu.
![Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679899391_MASHUP.jpg)
Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi
Tiada dokumen yang menunjukkan bahawa Lim Guan Eng telah membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
![Eksport getah, produk cecah RM35.98 bilion tahun lepas - MRC Eksport getah, produk cecah RM35.98 bilion tahun lepas - MRC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628511953_MRCLogo.jpg)
Eksport getah, produk cecah RM35.98 bilion tahun lepas - MRC
Nilai eksport getah dan produk berasaskan komoditi itu mencecah RM35.98 bilion pada tahun lepas, kata Majlis Getah Malaysia (MRC).
![Produk tayar Malaysia mampu berkembang lebih luas lagi, eksport meningkat kepada RM883.2 juta Produk tayar Malaysia mampu berkembang lebih luas lagi, eksport meningkat kepada RM883.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662171421_Produktayar.jpg)
Produk tayar Malaysia mampu berkembang lebih luas lagi, eksport meningkat kepada RM883.2 juta
Tiga destinasi eksport utama bagi produk tayar ialah Amerika Syarikat dengan peningkatan 14.4% kepada RM403.3 juta, Brazil (36.9% kepada RM104.7 juta) dan Thailand (25% kepada RM44.6 juta).
![MRC sumbang RM2.29 juta bagi bantu sektor kesihatan negara MRC sumbang RM2.29 juta bagi bantu sektor kesihatan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628511953_MRCLogo.jpg)
MRC sumbang RM2.29 juta bagi bantu sektor kesihatan negara
Sumbangan yang dibuat menerusi PAPISMA itu turut memperuntukkan RM1.5 juta untuk pembelian 10 mesin ventilator bagi hospital terpilih.
![Dua sudah mati, virus bukan lagi misteri... 60 kes jangkitan kata China, pakar dakwa tiga kali ganda Dua sudah mati, virus bukan lagi misteri... 60 kes jangkitan kata China, pakar dakwa tiga kali ganda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41579444575_VirusChina.jpg)
Dua sudah mati, virus bukan lagi misteri... 60 kes jangkitan kata China, pakar dakwa tiga kali ganda
Saintis memberi amaran agar dunia berjaga-jaga kerana wujud kemungkinan virus terbaharu dari China menular pada kadar yang lebih teruk dari angka rasmi.