KUALA LUMPUR: Majlis Getah Malaysia (MRC) mendapati masih ada ruang untuk eksport produk tayar Malaysia berkembang memandangkan ia telah mencatatkan peningkatan sebanyak 6% kepada RM883.2 juta bagi separuh pertama tahun ini berbanding RM832.8 juta pada 2021.
Bagi tempoh itu, tiga destinasi eksport utama bagi produk tayar ialah Amerika Syarikat dengan peningkatan 14.4% kepada RM403.3 juta, Brazil (36.9% kepada RM104.7 juta) dan Thailand (25% kepada RM44.6 juta).
Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Nor Hizwan Ahmad berkata, MRC kini memberi tumpuan kepada pelaburan baharu, kemajuan teknologi dan produk yang lebih hijau untuk mengembangkan eksport.
“Industri tayar akan mendapat faedah daripada kemajuan teknologi, proses pengeluaran mesra alam, penggunaan dan juga rawatan tayar akhir hayat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat seperti dilapor Bernama.
Secara keseluruhan, eksport keluaran getah Malaysia berjumlah RM15.63 bilion pada separuh pertama 2022, lebih rendah berbanding RM39.83 bilion yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.
Bagaimanapun, eksport getah pada tempoh itu meningkat 1.01% kepada RM4.61 bilion daripada RM4.56 bilion tahun sebelumnya.
Produk-produk lateks yang lain (bukan sarung tangan) menunjukkan pengembangan positif sebanyak 35.5% kepada RM1.23 bilion bagi tempoh itu berbanding RM907 juta pada separuh pertama 2021, berikutan permintaan tinggi terhadap produk seperti tiub kateter, produk busa, kondom dan mainan getah.
Produk busa terutamanya tilam lateks merekodkan peningkatan tertinggi pada 182.4% pada separuh pertama tahun ini kepada RM202.5 juta daripada RM71.7 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
Sementara itu, Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengumumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) diaktifkan bagi pekebun kecil di Sabah pada Ogos tetapi tidak diaktifkan untuk Semenanjung dan Sarawak.
Menurut LGM, harga purata peringkat ladang bagi ‘cuplump’ atau getah sekerap pada Ogos di Sabah ialah RM2.30 sekilogram, dan bayaran oleh IPG ialah 20 sen sekilogram bagi 50% kandungan getah kering (KGK) dan 40 sen per kilo bagi 100% KGK. - DagangNews.com
Dagang News
Sat Sep 03 2022

Tiga destinasi eksport utama bagi produk tayar ialah Amerika Syarikat dengan peningkatan 14.4% kepada RM403.3 juta, Brazil (36.9% kepada RM104.7 juta) dan Thailand (25% kepada RM44.6 juta). -Dagang News

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Produk tayar Malaysia mampu berkembang lebih luas lagi, eksport meningkat kepada RM883.2 juta
Tiga destinasi eksport utama bagi produk tayar ialah Amerika Syarikat dengan peningkatan 14.4% kepada RM403.3 juta, Brazil (36.9% kepada RM104.7 juta) dan Thailand (25% kepada RM44.6 juta).