PORT DICKSON: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menyasarkan kedatangan sejuta pelancong ke daerah ini menjelang akhir tahun 2021 susulan Negeri Sembilan dijangka beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam waktu terdekat.
Yang Dipertua MPPD Mohd Zamri Mohd Esa berkata sasaran itu mampu dicapai berikutan kedatangan pelancong sekitar Negeri Sembilan semakin meningkat dengan Port Dickson merekodkan kira-kira 150,000 pengunjung selepas sektor pelancongan mula dibuka semasa Fasa Tiga PPN pada 4 Sept lepas.
Beliau berkata jumlah pengunjung dijangka terus meningkat apabila kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri tidak lama lagi memandangkan Port Dickson sememangnya menjadi tumpuan pelancong sebelum ini.
"Oleh itu, kita sudah melakukan segala persediaan bagi pembukaan semula operasi sektor pelancongan kepada pelancong domestik termasuk membaik pulih dan menaik taraf premis kawasan pelancongan di sini.
"Prasarana dan infrastruktur yang bakal siap akhir tahun nanti juga akan memberi lebih kemudahan serta keselesaan kepada pengunjung selain memastikan Port Dickson kembali dikunjungi orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke projek pelancongan di sini pada Jumaat.
Mohd Zamri berkata kerja naik taraf itu membabitkan pembinaan pusat penempatan semula penjaja di Pantai Bagan Pinang, Taman Sunggala Hartamas dan Pusat Perniagaan Lukut Utama selain membina kios baharu serta pembinaan arca di Pantai Saujana.
Beliau berkata pihaknya turut menambah baik infrastruktur di Dataran Telok Kemang dengan membina diod pemancar cahaya papan iklan sebagai hebahan kepada masyarakat selain memberi 'nafas baharu' kepada Port Dickson untuk kembali menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negeri.
Katanya pemantauan dan pengawasan di setiap lokasi tumpuan sentiasa dilakukan bagi memastikan orang ramai menjaga prosedur operasi standard yang ditetapkan dalam mengurangkan jangkitan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021

Port Dickson merekodkan kira-kira 150,000 pengunjung selepas sektor pelancongan mula dibuka semasa Fasa Tiga PPN pada 4 Sept lepas. - Foto fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pemandu ambulans tidak mengaku setubuhi anak tiri
Seorang pemandu ambulans yang juga penjawat awam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan dengan anak tiri perempuannya, tiga tahun lalu.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam ini.

Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.

Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati
Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Pantai Cermin.

Lelaki Pakistan lemas ketika mandi-manda di pantai Port Dickson
Percutian sekumpulan pekerja dari Klang, Selangor bertukar tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan lemas ketika mandi-manda di Pantai Batu 5, Port Dickson dekat sini semalam.

Sepasang kekasih ditahan sembunyikan kelahiran, kematian bayi
Polis Daerah Port Dickson menerima panggilan kecemasan daripada hospital mengenai seorang pesakit yang telah melahirkan anak tetapi bayinya gagal dikesan.

Mesyuarat ASEAN jadi pemangkin promosi pelancongan di Port Dickson
Pemilihan Port Dickson sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN dijangka memberi impak besar kepada sektor pelancongan di daerah itu.

Gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban pada 7 Januari
Penutupan sementara bekalan air akan dilaksanakan pada 7 Januari bermula 8 pagi hingga 8 pagi (8 Januari) bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan 'stop log guide' dan pemasangan paip.

Bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson mulai hari ini
Pengunjung yang berumur bawah enam tahun boleh masuk secara percuma.