Hasrat lebih 100 peniaga untuk menambah pendapatan pada bulan Ramadan tidak kesampaian selepas gerai dibina di tapak bazar Ramadan persendirian di Taman Kajang Raya dirobohkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Tindakan itu diambil kerana tapak itu tidak mendapat kebenaran MPKj dan kerajaan negeri untuk dijadikan pusat penjaja.
Dalam operasi oleh MPKj pada Jumaat, pihak berkuasa tempatan merobohkan 64 unit khemah penjaja.
Turut dirobohkan ialah bangunan surau dan tandas di tapak bazar berkenaan.
Pemilik tanah tapak berkenaan, Sam Ong meminta pihak berkuasa tempatan memberikan kebenaran kepada peniaga yang sudah melabur modal untuk berniaga di tapak itu.
Kejadian itu menyebabkan peniaga terlibat tertekan kerana semua modal bagi memulakan perniagaan itu diperoleh menerusi skim mikro 1 Bazar Ramadan yang diumumkan perdana menteri baru-baru sudah dibelanjakan.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Penguasa Kiosk Melayu Hulu Langat, Mohammad Hanapiah berkata, antara alasan MPKj merobohkan tapak itu adalah kerana ia terlalu hampir dengan ‘uptown’ Jalan Reko Kajang.
"Jadi kita amat kecewa pihak majlis dah roboh habis semua dan buka habis semua khemah-khemah kita jadi peniaga-peniaga kita yang ada 334 orang ini di mana depa nak meniaga ni baru lagi dua hari lagi mereka dah nak berniaga di bazar Ramadan, dengan pinjaman dah keluar, siapa nak ganti nak bayar mereka punya pinjaman ni yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini?" soalnya.
Pihak peniaga menyifatkan tindakan MPKj itu tidak wajar kerana mereka sudah membayar RM600 kepada penganjur tapak bazar Ramadan tersebut.
Astro Awani
Fri Jun 27 2014
![MPKj roboh gerai tapak Ramadan 100 peniaga MPKj roboh gerai tapak Ramadan 100 peniaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/61403872320_295x200.jpg)
Pihak berkuasa tempatan merobohkan 64 unit khemah penjaja - Foto Astro AWANI
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739720652_AmarDouglas.jpg)
Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
![Kelantan benarkan bazar, Madinah Ramadan Kelantan benarkan bazar, Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647677809_Pahang.jpg)
Kelantan benarkan bazar, Madinah Ramadan
Peniaga dan pelanggan bazar Ramadan serta peserta program Madinah Ramadan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.
![Peniaga bazar harap dapat kembali berniaga minggu akhir Ramadan Peniaga bazar harap dapat kembali berniaga minggu akhir Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61619778052_KepalaBatas.jpg)
Peniaga bazar harap dapat kembali berniaga minggu akhir Ramadan
Peniaga bazar Ramadan kampung Melayu, di Pulau Pinang yang diarah tutup selama tiga hari berharap dapat kembali berniaga.
![Penganjur diingat baiki aspek kelonggaran pematuhan SOP Bazar Ramadan, Aidilfitri Penganjur diingat baiki aspek kelonggaran pematuhan SOP Bazar Ramadan, Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51619567496_MajlisFitrahKasih.jpg)
Penganjur diingat baiki aspek kelonggaran pematuhan SOP Bazar Ramadan, Aidilfitri
Beliau juga mahu penganjur sentiasa peka kepada SOP dan tidak harus mengambil ringan sehingga ada tindakan daripada pihak berkuasa.
![Bazar Ramadan: Selangor larang bawa kanak-kanak 12 tahun ke bawah Bazar Ramadan: Selangor larang bawa kanak-kanak 12 tahun ke bawah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618974296_kanakkanakdilaran.jpg)
Bazar Ramadan: Selangor larang bawa kanak-kanak 12 tahun ke bawah
Perkara tersebut diputuskan setelah bermesyuarat bersama Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari pada Ahad berkenaan SOP di bazar Ramadan.
!['Tiada siapa paksa beli, kalau rasa mahal masak sendiri' 'Tiada siapa paksa beli, kalau rasa mahal masak sendiri'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618459187_BazarRamadan.jpg)
'Tiada siapa paksa beli, kalau rasa mahal masak sendiri'
Kebanyakan pengguna memberi pelbagai pandangan berkenaan perkongsian tersebut antaranya pemilik akaun Facebook, Nik Mohd Kamaruzaman yang kurang senang dengan tindakan individu yang menularkannya.
![Tarawih, bazar kembali 'hiasi' Ramadan tahun ini, masjid, peniaga diingat patuh SOP Tarawih, bazar kembali 'hiasi' Ramadan tahun ini, masjid, peniaga diingat patuh SOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71618245227_solatsunatterawih.jpg)
Tarawih, bazar kembali 'hiasi' Ramadan tahun ini, masjid, peniaga diingat patuh SOP
Ramadan kali ini kembali ceria bagi umat Islam apabila pergerakan rakyat yang terbatas tahun lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan tahun ini.
![Bazar tidak akan dibuka di Johor buat masa ini Bazar tidak akan dibuka di Johor buat masa ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71591880839_bazarjohor.jpg)
Bazar tidak akan dibuka di Johor buat masa ini
Keputusan itu adalah susulan persetujuan yang dicapai kerajaan negeri bersama semua PBT.
![Keahlian cecah 65,000, BROSS bakal dijenama semula Keahlian cecah 65,000, BROSS bakal dijenama semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61587877211_ebazar.jpg)
Keahlian cecah 65,000, BROSS bakal dijenama semula
Susulan sambutan yang cukup luar biasa BROSS bakal dijenamakan semula sebagai Bazar Rakyat Sarawakku Sayang.
![Normal baharu: Bimbang lambakan stok, penjual songkok nekad jual dalam talian Normal baharu: Bimbang lambakan stok, penjual songkok nekad jual dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81587775441_TBSONGKOKONLINE.jpg)
Normal baharu: Bimbang lambakan stok, penjual songkok nekad jual dalam talian
Pengusaha Sinar Songkok Melayu, Mohd Fahirurazi Yahya berkata, lazimnya dalam tempoh setahun beliau mampu menjual 25,000 songkok.
![Bazar online cabaran baharu peniaga di Kedah sepanjang PKP Bazar online cabaran baharu peniaga di Kedah sepanjang PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71587605466_MukhrizAlorSetar.jpg)
Bazar online cabaran baharu peniaga di Kedah sepanjang PKP
Ramadan tahun ini membuka peluang baharu kepada peniaga untuk menjual barangan mereka walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).