Ramadan ini, tiada bazar terbuka seperti kelaziman sebelum ini. Bagaimanapun, kini ada bazar atas talian atau e-bazar di Kedah.
Demikian dijelaskan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyatakan, Ramadan tahun ini membuka peluang baharu kepada peniaga untuk menjual barangan mereka walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Peniaga boleh berdaftar dengan e-bazar dan seterusnya memasarkan produk jualan mereka.
"Pelbagai platform diwujudkan menerusi laman sosial Facebook, WhatsApp, Telegram dan Twitter," katanya selepas mengadakan perbincangan bersama pengurus beberapa syarikat penghantar makanan di Wisma Darul Aman, di sini, pada Rabu.
Selain itu, kata Mukhriz, melalui platform e-bazar, para peniaga juga boleh saling bertukar pandangan dan menjana pendapatan melalui produk peniaga lain.
"Lanskap perniagaan kini akan lebih cenderung kepada perniagaan secara atas talian," katanya, sambil menambah, usahawan perlu bersedia untuk berubah dan menyesuaikan diri dengan perkembangan tersebut.
Jelas Mukhriz, kerajaan negeri telah membatalkan penganjuran Bazar Ramadan tahun ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Bagaimanapun, sepanjang tempoh PKP, perniagaan atau premis makanan dan minuman seperti restoran dan medan selera dibenarkan beroperasi bermula jam 3 petang hingga 8 malam sahaja.
Ia juga tertakluk kepada pentadbiran serta arahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing, berdasarkan situasi semasa.
Bagi memudahkan barangan jualan sampai kepada pelanggan, kerajaan negeri mengesa supaya proses penghantaran makanan dan minuman ini menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran makanan yang berdaftar.
Bagi tujuan itu, menurut Mukhriz, kerajaan negeri akan menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Foodpanda Malaysia Sdn Bhd, Sumhero Sdn Bhd (OdaMakan) dan Go Eat Sdn Bhd.
Peniaga yang menjalankan perniagaan secara 'cash on delivery' (COD) yang menggunakan penghantaran sendiri boleh memohon surat kebenaran daripada PBT masing-masing mengikut syarat yang ditetapkan.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Apr 23 2020

Mukhriz bergambar bersama wakil syarikat penghantaran makanan di Wisma Darul Aman, Alor Setar, 22 April, 2020. - Astro AWANI

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Kelantan benarkan bazar, Madinah Ramadan
Peniaga dan pelanggan bazar Ramadan serta peserta program Madinah Ramadan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Peniaga bazar harap dapat kembali berniaga minggu akhir Ramadan
Peniaga bazar Ramadan kampung Melayu, di Pulau Pinang yang diarah tutup selama tiga hari berharap dapat kembali berniaga.

Penganjur diingat baiki aspek kelonggaran pematuhan SOP Bazar Ramadan, Aidilfitri
Beliau juga mahu penganjur sentiasa peka kepada SOP dan tidak harus mengambil ringan sehingga ada tindakan daripada pihak berkuasa.

Bazar Ramadan: Selangor larang bawa kanak-kanak 12 tahun ke bawah
Perkara tersebut diputuskan setelah bermesyuarat bersama Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari pada Ahad berkenaan SOP di bazar Ramadan.

'Tiada siapa paksa beli, kalau rasa mahal masak sendiri'
Kebanyakan pengguna memberi pelbagai pandangan berkenaan perkongsian tersebut antaranya pemilik akaun Facebook, Nik Mohd Kamaruzaman yang kurang senang dengan tindakan individu yang menularkannya.

Tarawih, bazar kembali 'hiasi' Ramadan tahun ini, masjid, peniaga diingat patuh SOP
Ramadan kali ini kembali ceria bagi umat Islam apabila pergerakan rakyat yang terbatas tahun lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan tahun ini.

Bazar tidak akan dibuka di Johor buat masa ini
Keputusan itu adalah susulan persetujuan yang dicapai kerajaan negeri bersama semua PBT.

Keahlian cecah 65,000, BROSS bakal dijenama semula
Susulan sambutan yang cukup luar biasa BROSS bakal dijenamakan semula sebagai Bazar Rakyat Sarawakku Sayang.

Normal baharu: Bimbang lambakan stok, penjual songkok nekad jual dalam talian
Pengusaha Sinar Songkok Melayu, Mohd Fahirurazi Yahya berkata, lazimnya dalam tempoh setahun beliau mampu menjual 25,000 songkok.

Bazar online cabaran baharu peniaga di Kedah sepanjang PKP
Ramadan tahun ini membuka peluang baharu kepada peniaga untuk menjual barangan mereka walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).