NILAI: Seorang lelaki berusia 27 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangi hilang kawalan sebelum terbabas melanggar penghadang besi di Kilometer 29.8 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dari arah Seremban menghala ke Nilai, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata pada masa sama dua orang lelaki lain masing-masing berusia 26 dan 27 tahun yang menunggang motosikal dari arah sama cuba mengelak mangsa namun terbabas lalu terjatuh di atas jalan.
Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Muhamad Luqmanul Hakim Abdul Hadi, 27, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhammad Tat Termizi Yusof, 26, dan Muhammad Faris Ahmad Pauzi, 27, mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dan tangan.
"Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam telah berlaku satu kemalangan maut melibatkan tiga buah motosikal jenis yang sama iaitu Yamaha Y15.
"Muhamad Luqmanul Hakim yang menunggang motosikal dari arah Seremban menghala ke Kuala Lumpur telah hilang kawalan, lalu melanggar penghadang jalan di sebelah kanan lebuh raya.
"Susulan itu, Muhammad Tat Termizi dan Muhammad Faris yang datang arah sama cuba mengelak mangsa lalu terbabas jatuh di atas jalan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Jelasnya, Muhammad Tat Termizi dan Muhammad Faris yang mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk menerima rawatan lanjut, manakala mayat Muhamad Luqmanul Hakim dibawa ke Unit Forensik hospital yang sama untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021
![Motosikal terbabas, seorang maut dan dua parah di LEKAS Motosikal terbabas, seorang maut dan dua parah di LEKAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/81554253841_Bodies.jpg)
Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, berlaku satu kemalangan maut melibatkan tiga buah motosikal jenis yang sama iaitu Yamaha Y15. - Gambar hiasan
![Lebih ramai wanita Borneo perlu sertai PERANTIS - Nancy Lebih ramai wanita Borneo perlu sertai PERANTIS - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739267597_NancyShukri.jpg)
Lebih ramai wanita Borneo perlu sertai PERANTIS - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seru lebih ramai pemimpin wanita dari Borneo menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) tahun ini.
![CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739273384_MCWMalaysiaCorrup.jpg)
CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW
Pembaharuan menyeluruh termasuk mempercepat agenda reformasi institusi, perlu dilaksanakan dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
![Mayat lelaki warga asing disyaki dibunuh ditemukan dalam parit Mayat lelaki warga asing disyaki dibunuh ditemukan dalam parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724430848_TBMAYATNILAI.jpg)
Mayat lelaki warga asing disyaki dibunuh ditemukan dalam parit
Mayat seorang lelaki disyaki dibunuh ditemukan di dalam parit di Pekan Lama Nilai hari ini.
![Anggota polis ditemui mati di tandas hentian R&R Anggota polis ditemui mati di tandas hentian R&R](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705564912_mayat.jpg)
Anggota polis ditemui mati di tandas hentian R&R
Polis Daerah Nilai menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 5.45 petang.
![Bayi empat bulan maut akibat cedera di kepala Bayi empat bulan maut akibat cedera di kepala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703139212_Babyhands.jpg)
Bayi empat bulan maut akibat cedera di kepala
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala pada Jumaat lepas.
![Warga emas kerugian lebih RM200,000 ditipu 'pegawai BNM' Warga emas kerugian lebih RM200,000 ditipu 'pegawai BNM'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701919723_scmageneric.jpg)
Warga emas kerugian lebih RM200,000 ditipu 'pegawai BNM'
Seorang wanita warga emas kerugian RM212,951.20 akibat terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung penggunaan kad kredit.
![Suami isteri berdepan detik cemas rumah dipecah masuk empat lelaki bersenjata Suami isteri berdepan detik cemas rumah dipecah masuk empat lelaki bersenjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650550491_parang.jpg)
Suami isteri berdepan detik cemas rumah dipecah masuk empat lelaki bersenjata
Seorang pemandu bas dan isterinya berdepan detik cemas apabila rumah mereka dipecah masuk empat lelaki dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Nilai pagi tadi.
![Bas persiaran terbakar di lebuh raya Bas persiaran terbakar di lebuh raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653481118_TBBAS.jpg)
Bas persiaran terbakar di lebuh raya
Sebuah bas persiaran terbakar 90 peratus dalam kejadian di Kilometer 279.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, mengakibatkan kesesakan sepanjang kira-kira 9 kilometer petang tadi.
![Motosikal terbabas, seorang maut dan dua parah di LEKAS Motosikal terbabas, seorang maut dan dua parah di LEKAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/81554253841_Bodies.jpg)
Motosikal terbabas, seorang maut dan dua parah di LEKAS
Muhamad Luqmanul Hakim mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
![Selebriti wanita dicekup positif dadah Selebriti wanita dicekup positif dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607688236_LogoPDRM.jpg)
Selebriti wanita dicekup positif dadah
Seorang selebriti wanita ditahan polis selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet, di sini semalam.
![Kelindan lori maut tercampak selepas kemalangan Kelindan lori maut tercampak selepas kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41606495101_TBMAUTTERCAMPAKLOR.jpg)
Kelindan lori maut tercampak selepas kemalangan
Mangsa berusia 32 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Melaka sebelum dilanggar oleh sebuah van jenis Toyota Hiace.