TUMPAT: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyokong penuh perancangan untuk mencalonkan Masjid Kampung Laut yang berusia 300 tahun sebagai Tapak Warisan Dunia dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementerian juga menyambut baik hasrat untuk mencalonkan Laman Warisan Serunding Kampung Laut sebagai Tapak Warisan Kebangsaan.
"Kedua-dua projek ini berpotensi besar untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah UNESCO kerana ia memenuhi kriteria pencalonan iaitu lokasi tradisi budaya yang unik dan juga contoh seni bina luar biasa.
"Negeri Kelantan kaya dengan budaya dan warisan yang unik dan perlu dipulihara serta diketengahkan ke persada antarabangsa," katanya dalam ucapan pada Majlis Penyerahan Laman Warisan Serunding Kampung Laut daripada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kepada MOTAC, di sini hari ini.
Majlis penyerahan kunci telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Baidzawi Che Mat kepada Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Dr Noor Zari Hamat.
Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
Mengulas lanjut, Nancy berkata pembangunan semula Kampung Laut dan pulangnya Masjid Kampung Laut ke tapak asalnya adalah bertepatan dengan pendekatan baharu MOTAC apabila seni dan budaya diberi keutamaan sebagai elemen utama produk pelancongan dalam usaha mempromosi Malaysia.
"Ia selaras dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 yang baru sahaja kita lancarkan pada 26 Okt lepas.
"DAKEN 2021 menggariskan wawasan menjadikan Malaysia 'Negara Maju Rakyat Berbudaya'. Dasar ini akan menjadi inspirasi dan iltizam kepada MOTAC untuk memastikan kelestarian seni, budaya dan warisan dapat diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya," katanya.
Laman Warisan Serunding Kampung Laut menyediakan ruang niaga untuk sembilan usahawan tempatan Kampung Laut yang menjual makanan istimewa tempatan seperti serunding, dodol dan gelembung buaya.
Pakej 2 Projek Pembangunan Semula Kampung Laut Laut dijangka siap awal tahun depan, terdiri daripada Laman Warisan Seni Kampung Laut dan pemindahan semula Masjid Kampung Laut berusia 300 tahun, masjid tersebut sebelum ini ia terletak di kampung tersebut namun dipindahkan ke Nilam Puri, Kota Bharu selepas tapak asalnya ditenggelami air akibat banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 31 2021
Negeri Kelantan kaya dengan budaya dan warisan yang unik dan perlu dipulihara serta diketengahkan ke persada antarabangsa. - Bernama
MHL 2025 peluang pemain bukti kehebatan untuk sertai Speedy Tigers - Sarjit
Liga Hoki Malaysia (MHL) 2025 menjadi platform pemilihan pemain untuk menyertai skuad hoki kebangsaan, kata Ketua Jurulatih Sarjit Singh.
Ringgit ditutup rendah berikutan ekonomi AS menunjukkan tanda pemulihan
Ringgit meneruskan trend penyusutan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan ekonomi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
Sze Fei-Nur Izzuddin layak jadi pasangan nombor satu negara - Aaron
Pemain beregu lelaki negara Aaron Chia mengakui bahawa Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani layak menjadi pasangan utama negara ketika ini.
AWANI Ringkas: PM Singapura tiba di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penghantar barang rugi RM63,826 akibat 'love scam'
Akibat termakan pujuk rayu seorang wanita yang dikenali hanya dalam tempoh 20 hari, seorang penghantar barang terpaksa berputih mata selepas kerugian sebanyak RM63,826 kerana diperdaya 'love scam'.
AWANI Ringkas: Remaja perempuan akan didakwa pada Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Juruterbang rugi RM1.36 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang juruterbang terpaksa menanggung kerugian lebih RM1.36 juta selepas terpedaya dengan penipuan skim pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Instagram.
Titah Adendum: "Apakah reaksi dan tindakan lanjut UMNO?"- Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah membangkitkan beberapa persoalan susulan keputusan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung Titah Adendum.
#AWANIRingkas 6 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 6 Januari 2025
1️⃣ Remaja perempuan akan didakwa pada Selasa
2️⃣ Jabatan Penjara tidak pernah terima perintah tahanan rumah Najib
3️⃣ Telegram dapat lesen penyedia media sosial
#awaniringkas
1️⃣ Remaja perempuan akan didakwa pada Selasa
2️⃣ Jabatan Penjara tidak pernah terima perintah tahanan rumah Najib
3️⃣ Telegram dapat lesen penyedia media sosial
#awaniringkas
Kontroversi rekod 100m Zaidatul Husniah berterusan, masih belum diiktiraf WA
Olahraga Dunia (WA), masih belum mengiktiraf rekod tersebut dalam kemas kini terbarunya.
Kerajaan sokong Masjid Kampung Laut diwarta, jadi Tapak Warisan Dunia UNESCO - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Masjid Kampung Laut bakal menjadi warisan sejarah yang bernilai tinggi.
Laman Warisan Kampung Laut dibuka kepada pengunjung
Projek seluas 1.04 hektar di tepi Sungai Kelantan itu melibatkan dua fasa pembinaan.
Mimbar Masjid Kampung Laut tertua di Malaysia
Ada perancangan untuk mencalonkan Masjid Kampung Laut sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Masjid Kampung Laut dipindah ke lokasi asal
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menjelaskan, urusan dan perbelanjaan pemuliharaan warisan ini dikendalikan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).