SUBANG JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyeru agar semua pemain industri pelancongan untuk terus yakin menggunakan mata wang Malaysia bagi caj bilik penginapan dan perkhidmatan kepada pelancong.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, sekiranya mereka menggunakan mata wang dolar Amerika Syarikat (USD), ia tidak memberi jaminan dapat terus kukuh dalam memberi manfaat kepada industri berkenaan.
"Saya berpandangan kita mesti mempunyai keyakinan dengan negara kita sendiri dan mesti ingat sekarang USD kukuh tapi belum tahu selama mana nilai mata wang ini akan kekal, mana tahu suatu hari nanti semua orang tidak mahu lagi menggunakan mata wang ini... apa yang akan berlaku?.
"Hal ini kerana kita tahu di beberapa negara, USD tidak berapa kukuh kerana terdapat beberapa bank telah 'gulung tikar'. Kita memahami keadaan ini (nilai ringgit menurun berbanding USD) dan sebab itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang sedaya upaya melihat bagaimana cara untuk menyelesaikan isu ini," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (Mybha), di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian susulan hasrat Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) yang mahu mengenakan caj bilik dalam matawang USD.
Beliau berkata, oleh itu pihaknya memohon kerjasama daripada rakyat untuk bersama-sama kerajaan mempromosikan Malaysia dalam meyakinkan para pelabur untuk datang dan melabur di negara ini.
Pada 20 Jun lepas, Presiden MAHO, Teo Chiang Hong menggesa hotel-hotel meningkatkan kadar bilik dalam usaha meningkatkan hasil, dan mempertimbangkan untuk mengenakan bayaran dalam USD kepada pelancong bagi mengurangkan kos yang lebih tinggi daripada kenaikan gaji minimum, bayaran lebih masa dan caj elektrik.
Dalam pada itu, Tiong turut menyalurkan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Mybha bagi membantu ahli persatuan itu untuk memperbaiki perkhidmatan mereka dengan mengadakan kursus atau dialog berkaitan industri.
Sementara itu, Tiong turut memaklumkan pihaknya akan meneliti semula syarat-syarat permohonan inisiatif program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dengan mencadangkan supaya mewujudkan tiga kategori permohonan bagi program tersebut.
"Kita akan meneliti semua perkara ini secara menyeluruh dan akan memastikan inisiatif itu fleksibel dan memberi berpeluang kepada mereka yang layak.
"Dengan mencadangkan tiga kategori iaitu platinum, emas dan biasa dengan setiap kategori itu mempunyai syarat permohonan yang berbeza-beza," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023

Datuk Seri Tiong King Sing berkata sekiranya mereka menggunakan mata wang dolar Amerika Syarikat (USD), ia tidak memberi jaminan dapat terus kukuh dalam memberi manfaat kepada industri berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Tipu umrah: Polis terima 141 laporan libatkan kerugian lebih RM3 juta
Syarikat berkenaan berdaftar dan memperoleh lesen daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menjalankan aktiviti umrah bermula 2023 hingga Mac 2027.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).

MOTAC batal lesen Al Quds Umrah & Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Syarikat Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Januari lalu.

MOTAC promosi budaya sarapan Malaysia melalui program dianjurkan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan terus memartabatkan budaya sarapan dan makanan warisan negara melalui program dianjurkan.

Tipu umrah: MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti secara menyeluruh pelaksanaan mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000.

Tipu umrah: Polis terima 31 laporan termasuk daripada MOTAC
Polis menerima 31 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta setakat hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.

MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.

ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.