KLANG: Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam usaha untuk mempergiatkan lagi peranan Pelabuhan Klang sebagai hab penghantaran barangan utama di rantau ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Beliau berkata pertemuan bersama empat syarikat perkapalan terkemuka dunia iaitu MSC, Maersk, CMA-CGM, dan Hapag Lloyd menerusi lawatan kerja selama satu minggu di Eropah baru-baru ini merupakan antara usaha kerajaan untuk mengukuhkan peranan pelabuhan utama negara.
"Tujuan pertemuan ini untuk menarik minat mereka supaya bukan sahaja meningkatkan pelaburan tetapi juga kehadiran mereka di Malaysia.
"Pertemuan ini membuahkan hasil yang menarik dan saya yakin, dalam tempoh beberapa tahun akan datang, mereka akan mempunyai kehadiran yang lebih besar di Malaysia, khususnya di Pelabuhan Klang, begitu juga di Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor.
"Kita mempunyai rancangan untuk mempergiatkan lagi peranan Pelabuhan Klang sebagai hab penghantaran barangan utama di ASEAN.
"Ini sudah tentu memerlukan kerjasama daripada semua pihak supaya kita dapat meningkatkan lagi daya saing Pelabuhan Klang," katanya dalam ucapan pada Majlis Gala Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) di sini malam tadi.
Dalam pada itu, Loke berkata di peringkat nasional, pembangunan Sistem Tunggal Maritim Malaysia (MMSW) sedang giat dijalankan dan akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada 1 Jan 2024 selaras dengan ketetapan Pertubuhan Maritim Antarabangsa.
Katanya MMSW ialah pangkalan data digital dan sumber data yang akan memudahkan aliran informasi di hujung jari dan menjadi satu nilai tambah kepada pengguna pelabuhan, pemain logistik dan agensi kerajaan untuk kemudahan pengangkutan.
"Portal sehenti itu dijangka dapat membantu menyelesaikan isu pertindihan maklumat yang sama kepada pelbagai agensi.
"Ia mampu memproses aktiviti perdagangan antarabangsa sekali gus mengurangkan masa menunggu pelepasan kargo, kos perniagaan serta meningkatkan daya saing dan kecekapan," katanya.
Loke berkata dari segi kapasiti, LPK merancang untuk meningkatkan pengendalian kontena sebanyak 13 juta TEU dalam tempoh 10 tahun akan datang dengan pembangunan Westports 2, terdiri daripada pembangunan dermaga sepanjang lima kilometer, yang dilengkapi dengan kemudahan terkini.
"Bagi perancangan jangka panjang, cadangan pembangunan pelabuhan ketiga di Pulau Carey di Kuala Langat akan membawa kapasiti tambahan sebanyak 30 juta TEU dalam tempoh 25 tahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023

Anthony Loke berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) di sebuah hotel malam tadi. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

MOT bentang permohonan projek KXP kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat
MOT akan membentangkan memorandum permohonan lesen aerodrom bagi projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk keputusan selanjutnya.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Parlimen: Tiga syarikat alternatif Puspakom bukan 'syarikat RM2' - Loke
Beliau berkata syarikat itu merupakan syarikat bertujuan khas (SPV) yang ditubuhkan untuk memasuki permohonan PPKM.

Pelabuhan Klang sasar kendali 15 juta TEU kontena pada 2025 - Loke
Loke berkata ini disokong oleh pertumbuhan positif ekonomi domestik, pembangunan projek-projek infrastruktur dan pertumbuhan kargo menerusi sektor pembuatan dan logistik.

ECRL: Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar libat jajaran di Pelabuhan Klang
Loke berkata kos pembinaan landasan berkembar itu tidak memerlukan peruntukan tambahan oleh kerajaan serta tidak akan meningkatkan kos pembangunan keseluruhan Projek ECRL.

Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.

Pemeriksaan kenderaan: Anthony Loke umum 3 syarikat baharu, henti monopoli Puspakom
MOT lantik tiga syarikat baharu untuk melaksana pemeriksaan kenderaan, menamatkan monopoli Puspakom. Pelantikan ini diyakini dapat meningkatkan daya saing dan mudahkan pengguna.

Parlimen: MOT umum syarikat baharu pusat pemeriksaan kenderaan motor esok - Loke
Kementerian Pengangkutan akan mengumumkan beberapa syarikat baharu yang akan diberi kelulusan untuk membuka Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) yang baharu esok.

MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.

Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.