PUTRAJAYA: Semua syarikat penerbangan di negara ini perlu segera menurunkan harga tambang penerbangan, tanpa perlu melibatkan campur tangan kerajaan secara berlebihan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Gesaan tersebut dibuat beliau menerusi catatan di laman Facebook miliknya hari ini, sambil menyifatkan harga tambang yang dikenakan syarikat penerbangan khususnya ke Sarawak ketika ini amat membebankan pengguna.
"Secara khususnya, ramai yang telah melahirkan rasa marah terhadap harga tambang penerbangan ke Sarawak yang amat tinggi, lebih-lebih lagi menjelang cuti hujung tahun dan awal 2022.
"Situasi ini memberi kesan kepada orang ramai, daripada pengembara hinggalah kepada ahli keluarga yang mereka rindui untuk bertemu semula setelah lama berpisah akibat pandemik COVID-19," katanya.
Baru-baru ini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Sarawak telah melahirkan kekesalan berhubung harga tambang dan kekerapan penerbangan ke bumi kenyalang itu.
Menurut Wee, MOT telah mengadakan mesyuarat dengan Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo, bagi membincangkan mengenai keperluan menurunkan harga tambang penerbangan bagi membolehkan penumpang menikmati kadar harga rendah menjelang akhir tahun ini.
"Sejurus pertemuan ini, Malaysia Airlines telah berjanji untuk menambah penerbangan ke Sarawak dan mengurangkan harga tambang ke Sarawak pada Disember, sekali gus berupaya mengurangkan kadar tambang ke negeri tersebut.
"MAVCOM (Suruhanjaya Penerbangan Malaysia) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) juga bersedia untuk meluluskan lebih banyak kekerapan penerbangan," katanya.
Bagaimanapun, Wee mengingatkan pemain industri agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikan harga tambang bagi menampung kerugian yang dialami sebelum ini.
Di peringkat negeri Sarawak pula, beliau berkata MOT telah mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan dan beberapa kerajaan negeri termasuk Sarawak, bagi mencari jalan penyelesaian isu tersebut, dengan mengambil kira usaha berterusan dalam membendung penularan COVID-19 di seluruh negara.
Wee turut memaklumkan beliau telah berhubung dengan rakan sejawatannya di Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin, untuk meminta kerajaan negeri mengembalikan operasi mengawal selia frekuensi perkhidmatan penumpang udara kepada MAVCOM .
"MOT memahami keperluan Sarawak untuk membendung COVID-19, kerajaan negeri dan agensi berkaitan mesti memainkan peranan masing-masing bagi memastikan perkhidmatan serta permintaan bergerak seimbang selain membenarkan syarikat penerbangan meningkatkan frekuensi perkhidmatan mereka berdasarkan pengoperasian yang dipacu oleh pasaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 27 2021
![MOT gesa syarikat penerbangan segera turunkan harga tambang MOT gesa syarikat penerbangan segera turunkan harga tambang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/41521865756_Plane.jpg)
Harga tambang yang dikenakan syarikat penerbangan khususnya ke Sarawak ketika ini amat membebankan pengguna. - Gambar hiasan
[TERKINI] Prestasi ekonomi: KDNK ST2 2024 tumbuh kukuh 5.9 peratus
Pengembangan ekonomi pada suku ini didorong terutamanya oleh peningkatan ketara dalam perbelanjaan isi rumah dan pasaran buruh yang kukuh.
![Pertumbuhan suku kedua ekonomi Malaysia kukuh pada 5.9 peratus Pertumbuhan suku kedua ekonomi Malaysia kukuh pada 5.9 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-01/51579437232_KosSaraHidupBUDGET.jpg)
Pertumbuhan suku kedua ekonomi Malaysia kukuh pada 5.9 peratus
Pertumbuhan ekonomi pada suku kedua ini didorong terutamanya oleh peningkatan ketara dalam perbelanjaan isi rumah dan pasaran buruh yang kukuh.
![5 maut selepas pesawat kecil terhempas di Hutan Amazon Brazil 5 maut selepas pesawat kecil terhempas di Hutan Amazon Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723780048_policeline.jpg)
5 maut selepas pesawat kecil terhempas di Hutan Amazon Brazil
Lima orang maut pada Khamis apabila sebuah pesawat enjin berkembar terhempas di sebuah ladang di bandar Apiacas, Hutan Amazon di negeri Mato Grosso, barat Brazil.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi Bursa Malaysia dibuka tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721994407_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi, disokong oleh minat belian yang menyeluruh dengan kenaikan semalaman di Wall Street.
![Ringgit dibuka rendah berikutan sentimen berhati-hati Ringgit dibuka rendah berikutan sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
Ringgit dibuka rendah berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan peniaga mengambil pendekatan berhati-hati.
![EPL: Teknologi ofsaid separa automatik sedang diperkenalkan EPL: Teknologi ofsaid separa automatik sedang diperkenalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723777452_Teknologiofsaid.jpg)
EPL: Teknologi ofsaid separa automatik sedang diperkenalkan
Hampir semua pengurus pasukan EPL menolak cadangan pengadil untuk mengumumkan setiap keputusan VAR menggunakan mikrofon untuk makluman peminat.
![Pelarasan gaji penjawat awam: Pegawai Kumpulan Pelaksana, Pengurusan Profesional naik 15 %, pegawai tertinggi 7% Pelarasan gaji penjawat awam: Pegawai Kumpulan Pelaksana, Pengurusan Profesional naik 15 %, pegawai tertinggi 7%](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723779223_AnwarIbrahim.jpg)
Pelarasan gaji penjawat awam: Pegawai Kumpulan Pelaksana, Pengurusan Profesional naik 15 %, pegawai tertinggi 7%
Pelaksanaan pemberian gaji akan diberikan secara berfasa iaitu fasa 1 pada 1 Disember 2024 manakala fasa 2 pula pada 1 Januari 2026.
![Projek pembajaan tepat dijangka tingkat hasil 20,000 hektar jelapang Projek pembajaan tepat dijangka tingkat hasil 20,000 hektar jelapang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723778186_Padi.jpg)
Projek pembajaan tepat dijangka tingkat hasil 20,000 hektar jelapang
Jangkaan itu dapat dicapai kerana pemilihan kawasan bagi projek tersebut dibuat berdasarkan maklumat dan data status kesuburan tanah.
![Lelaki tolak isteri jatuh gaung didakwa ugut, cuba bunuh Lelaki tolak isteri jatuh gaung didakwa ugut, cuba bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723781595_MohdAzzuanAhmad.jpg)
Lelaki tolak isteri jatuh gaung didakwa ugut, cuba bunuh
Tertuduh, Mohd Azzuan Ahmad, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa 1 Disember 2024
Kerajaan bersetuju agar Sistem Saraan Malaysia (SSM) diganti kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.
#AWANInews
#AWANInews
![Lebih murah, tambang baharu Rapid Mobiliti di KL, Pulau Pinang diselaras Lebih murah, tambang baharu Rapid Mobiliti di KL, Pulau Pinang diselaras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720781400_TBRapidMobility.jpg)
Lebih murah, tambang baharu Rapid Mobiliti di KL, Pulau Pinang diselaras
Kadar tambang baharu perkhidmatan Rapid Mobiliti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang kini diselaraskan kepada RM7 bagi dua penumpang untuk setiap tempahan.
![MOT gesa syarikat penerbangan segera turunkan harga tambang MOT gesa syarikat penerbangan segera turunkan harga tambang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/41521865756_Plane.jpg)
MOT gesa syarikat penerbangan segera turunkan harga tambang
Harga tambang yang dikenakan syarikat penerbangan khususnya ke Sarawak ketika ini amat membebankan pengguna.
![Teruskan kadar baharu atau tanggung kos selaras meter - pemandu teksi Teruskan kadar baharu atau tanggung kos selaras meter - pemandu teksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/71426982892_295x200.jpg)
Teruskan kadar baharu atau tanggung kos selaras meter - pemandu teksi
Ramai pemandu teksi berkeputusan untuk meneruskan kadar baharu tambang meskipun Kabinet sudah meminta SPAD menangguhkan kenaikan tersebut.
![Persatuan bas sekolah tidak akan masuk campur harga tambang Persatuan bas sekolah tidak akan masuk campur harga tambang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41387023771_295x200.jpg)
Persatuan bas sekolah tidak akan masuk campur harga tambang
Presiden GPBSM Mohd Rofik berkata persatuannya tidak akan masuk campur lagi harga tambang bas dan tidak akan mengumumkan lagi kenaikan secara kumpulan selepas ini.