Amaran Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kepada pengendali-pengendali bas sekolah yang menaikkan harga tambang boleh dikenakan denda baru-baru ini mendapat reaksi daripada pelbagai persatuan bas sekolah di Malaysia.
Presiden Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) Mohd Rofik Mohd Yusof berkata persatuannya tidak akan masuk campur lagi harga tambang bas dan tidak akan mengumumkan kenaikan secara kumpulan selepas ini.
Beliau berkata kenaikan harga tambang bas tetap akan berlaku namun ia tetap bergantung kepada budi bicara pengusaha bas dan ibu bapa.
“Saya sudah pun mendapat amaran daripada MyCC berhubung meminta kenaikan harga tambang bas sebanyak 30 peratus mulai tahun depan itu.
“Sebenarnya permintaan kenaikan harga tambang bas sekolah itu bermula sejak dari tahun lepas lagi memandangkan tiada kenaikan sejak tahun 2009. Namun kerajaan asyik menangguhkan dan akhirnya membuat keputusan untuk memansuhkan harga siling bagi tambang bas sekolah,” tambah beliau ketika dihubungi Astro Awani.
Sementara itu Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) Amali Manif berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) patut lebih mengambil berat tentang perkara ini.
Beliau berkata sikap SPAD yang memberi kuasa 'rundingan' kepada ibu bapa dan pengusaha bas bagaikan lepas tangan.
“Sikap yang dianggap seperti lepas tangan ini seperti mengelak kemarahan orang ramai mengenai kenaikan harga tambang bas sekolah.
“Memandangkan ketika ini tiada badan yang memantau, harga tambang asas bermula daripada berapa pun tidak diketahui,” tambah beliau.
Beliau berkata jika mahu harga tambang bas sekolah dikurangkan, kerajaan patut mengadakan insentif seperti mengurangkan harga diesel untuk mengurangkan kos operasi bas sekolah.
Baru-baru ini MyCC memberi amaran kepada pengendali-pengendali bas sekolah yang menaikkan harga tambang boleh dikenakan penalti kewangan sehingga 10 peratus daripada jumlah keseluruhan perolehan dari kenaikan harga tambang di bawah Akta Persaingan 2010.
Mariah Ahmad
Fri Oct 24 2014
![Persatuan bas sekolah tidak akan masuk campur harga tambang Persatuan bas sekolah tidak akan masuk campur harga tambang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41387023771_295x200.jpg)
Kenaikan harga tambang bas tetap akan berlaku namun ia tetap bergantung kepada budi bicara pengusaha bas dan ibu bapa. - Gambar Fail
![Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723767192_TBquranhour.jpg)
Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.
![Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723767295_WalidLachkar.jpg)
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
!['Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar 'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723766033_RakamanCCTVNidza.jpg)
'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar
Abang ipar kepada Allahyarham, Muhammad Effrie Amron berkata, itu antara rakaman CCTV premis yang dikatakan diterima pihak keluarga.
Aktres veteran Gena Rowlands meninggal dunia
Aktres veteran Amerika Syarikat (AS), Gena Rowlands, yang membintangi filem box-office The Notebook dan Another Woman, meninggal dunia pada Rabu di usia 94 tahun.
Bintang Friends: Lima termasuk dua doktor dituduh penyebab kematian Matthew Perry
Lima individu termasuk dua doktor dan seorang pembantu peribadi kepada pelakon Matthew Perry didakwa membekalkan bintang 'Friends' itu dengan ketamin iaitu ubat penenang kuat yang menyebabkan kematiannya akibat terlebih dos setahun lalu.
![Hakim AS digantung tugas kerana menggari remaja yang tertidur semasa melawat mahkamah Hakim AS digantung tugas kerana menggari remaja yang tertidur semasa melawat mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723765317_JudgeKennethKing.jpg)
Hakim AS digantung tugas kerana menggari remaja yang tertidur semasa melawat mahkamah
Hakim Kenneth King memaksa gadis 15 tahun pakai gari dan pakaian penjara kerana 'kesalahannya' tertidur semasa mengikuti lawatan ke mahkamah.
Virus mpox: WHO sahkan jangkitan pertama di luar Afrika
Jangkitan dengan jenis baru virus mpox dikesan di Sweden, pada Khamis.
Keputusan bawa pulang angkasawan diumum hujung bulan
Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) akan membuat keputusan akhir bulan ini berhubung misi membawa pulang dua angkasawan, Barry Wilmore dan Sunita Williams yang terperangkap di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selepas kapal angkasa Starliner dinaiki mereka mengalami kerosakan.
Trump dan Elon Musk 'berjoget'
Kempen pilihan raya Amerika Syarikat terus hangat apabila calon presiden republikan, Donald Trump dilihat 'menari' bersama usahawan terkemuka Amerika Syarikat Elon Musk.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Suspek kes tolak isteri ke gaung akan didakwa hari ini
Lelaki berusia 39 tahun dipercayai menolak isterinya hingga jatuh gaung berhampiran KM31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada 27 Julai lalu akan didakwa di mahkamah, hari ini.
![Persatuan bas sekolah tidak akan masuk campur harga tambang Persatuan bas sekolah tidak akan masuk campur harga tambang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41387023771_295x200.jpg)
Persatuan bas sekolah tidak akan masuk campur harga tambang
Presiden GPBSM Mohd Rofik berkata persatuannya tidak akan masuk campur lagi harga tambang bas dan tidak akan mengumumkan lagi kenaikan secara kumpulan selepas ini.