Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengkaji teknologi yang dapat digunakan untuk memantau tahap pencemaran sumber air yang membolehkan amaran awal dikeluarkan sebelum keadaan menjadi serius.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata beliau sudah meminta Ketua Setiausaha MOSTI , Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir untuk berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Dr Zaini Ujang, mengenainya.
“Perkara-perkara sebegini (pencemaran sumber air) mesti dikesan dengan lebih awal. Sudah ada teknologi sedemikian, tapi saya rasa belum cukup baik.
"Saya berharap kami dapat melihat peranan teknologi yang berkesan untuk memantau pencemaran air secara proaktif," katanya pada sidang media selepas melancarkan Geran Padanan Impal Sosial di Pusat Sains Negara, Bukit Damansara pada Jumaat.
Beliau mengulas mengenai gangguan bekalan air di1,292 kawasan di Lembah Klang yang berpunca daripada pencemaran di Sungai Gong, Rawang, yang menyebabkan loji rawatan air (LRA) terpaksa ditutup.
Sementara itu, beliau berkata Jabatan Kimia akan menyerahkan keputusan analisis sampel air mentah yang tercemar di kawasan sungai berkenaan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS), dalam masa beberapa hari lagi.
BACA: Operasi Air Selangor: Gangguan bekalan air dijangka lebih lama
Katanya, Jabatan Kimia sudah menerima sampel sebenar daripada kilang yang disyaki terbabit melakukan pencemaran itu daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Kementerian Kesihatan dan JAS.
“Jabatan Kimia sedang membuat analisis Volatile Organic Compound (VOC) bagi empat sampel yang diterima daripada Kementerian Kesihatan, analisis VOC Hidrokarbon bagi empat sampel daripada LUAS dan analisis mengenai buangan terjadual bagi sampel JAS.
“Semua ini sedang dianalisis Jabatan Kimia dan saya sudah arahkan mereka mempercepatkan analisis ini.
"Sebaik saja keputusan diketahui, kita akan serahkan kepada JAS untuk tindakan lanjut," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melakukan pencemaran terhadap sungai di negara ini.
Beliau mengesyorkan kepada kementerian yang terlibat untuk mengadakan perbincangan dengan jemaah menteri untuk meningkatkan hukuman kepada pihak yang bertanggungjawab mencemarkan sumber air di negara ini.
Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula Khamis selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas ekoran insiden pencemaran bau berkenaan.
BACA: Loji Rawatan Air Sungai Selangor, Rantau Panjang masih ditutup
BACA: Kilang disyaki jadi punca pencemaran Sungai Selangor disita, dikompaun
Tujuh wilayah tersebut ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
Isabelle Leong
Fri Sep 04 2020

KHAIRY: Saya rasa hukuman sedia ada tidak mencukupi kerana bagi saya, ini adalah satu perkara yang berat dan melibatkan jutaan rakyat Malaysia. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.

Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP
LAP berkata, bekalan air daripada kolam LAP akan ditutup apabila air kolam habis dan para pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya.

3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air
Sebanyak 3,950 akaun pengguna PBAPP di Simpang Ampat, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Sabtu.

Bekalan air optimum di Pulau Pinang ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengoptimumkan perkhidmatan bekalan air ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina, bermula Rabu.

Gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban pada 7 Januari
Penutupan sementara bekalan air akan dilaksanakan pada 7 Januari bermula 8 pagi hingga 8 pagi (8 Januari) bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan 'stop log guide' dan pemasangan paip.

Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.

Bekalan air 37,000 pengguna terjejas SWSI pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan air yang dialami kira-kira 37,000 pengguna di kawasan tepi pantai utara di bahagian pulau di sini sejak pukul 10 malam tadi, telah pulih sepenuhnya sekitar pukul 10.45 pagi ini.

Banjir Kelantan: LRA Bukit Remah dihenti tugas kerana paip pecah, tanah mendap
Paip air mentah bersaiz 700mm pecah kerana hujan lebat berterusan di LRA Bukit Remah serta terdapat pergerakan tanah.

Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

3,500 akaun pengguna terjejas gangguan bekalan air berjadual - PBAPP
PBAPP dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu bermula 10 malam Jumaat (22 Nov) hingga 6 pagi Sabtu.