KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) telah menggerakkan pasukan siasatan khas hari ini untuk menyemak laporan penduduk di Pekan Sepupok Lama, Niah, Sarawak berkaitan penemuan serpihan objek di kawasan itu, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.
Ini berikutan kemasukan semula serpihan (debris) roket Long March 5B milik China yang dikesan berlaku pada 12.55 tengah malam Sabtu lepas di sekitar Laut Sulu.
Beliau berkata pasukan itu yang terdiri daripada Bahagian Penguasa Angkasa, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) akan bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri untuk menjalankan siasatan mengenai laporan berkenaan.
"Setakat ini, pasukan LPTA dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) telah ke lokasi untuk menyemak penemuan serpihan objek berkenaan.
"Pasukan MYSA dan Bahagian Penguasa Angkasa akan menyusul bagi tujuan pengesahan. Pihak kementerian akan melaporkan hasil siasatan dalam jangka masa terdekat," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Graphjet Technology Sdn Bhd dengan Toyoda Trike Corporation dan Asia Development Capital Ltd di sini.
Turut hadir Ketua Pengarah MYSA Azlikamil Napiah yang menjelaskan bahawa serpihan itu merupakan komponen roket pembawa kepada modul roket Long March 5B yang dilancarkan di China pada 24 Julai lepas.
"Apabila dah selesai melepaskan modul (roket) ke angkasa, sisa komponen itu akan mengorbit jatuh ke bumi, memasuki atmosfera dan terbakar, seterusnya pecah kepada kepingan halus dan melintasi ruang udara negara seperti yang dikesan berlaku," katanya.
Adham turut menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan tidak mengganggu proses siasatan selain tidak mendekati lokasi penemuan objek.
Semalam, tular di media sosial rakaman video dipercayai serpihan roket berkenaan yang berlaku di Kuching, Sarawak.
MYSA dilapor memaklumkan serpihan roket itu telah terbakar semasa memasuki ruang udara bumi dan pergerakannya turut melintasi ruang udara negara yang dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk di Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022

Dr Adham berkata, pasukan itu yang terdiri daripada Bahagian Penguasa Angkasa, MYSA dan LPTA akan bekerjasama dengan IPD Miri untuk menjalankan siasatan. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah
Planetarium Negara berhasrat menggabungkan elemen sains dan seni dalam produk pamerannya bagi menyemai minat orang ramai, terutama generasi muda, dalam bidang sains astronomi.

Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI
Kejayaan Uzma Berhad melancarkan satelit penderiaan jauh pertama miliknya UZMA SAT-1 awal pagi tadi, menjadi bukti pencapaian dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).

MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata impak yang mungkin timbul daripada hal itu boleh menjadi signifikan bagi Malaysia namun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan.

INNOVATHON 2: '4 Mix' ditabal pemenang minggu ke-3, pamer inovasi tampal jalan berlubang
Inovasi ini mampu menurap jalan berlubang dalam masa lima minit menggunakan campuran bahan batu kelikir yang dibuang.

NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.

Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI
Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam pembentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia.

MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.