PUTRAJAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) diarah meningkatkan kesiapsiagaan di 89 daerah yang berisiko tinggi dilanda banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, berdasarkan data yang diperolehi sepanjang MTL terdahulu, 77 daripada daerah tersebut kerap dilanda banjir berulang.
"Saya telah mengarahkan Nadma untuk memberi fokus terhadap 89 daerah ini bagi memastikan tahap kesiapsiagaannya.
"Ini termasuk aspek koordinasi dan komunikasi serta kebersamaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada di daerah-daerah tersebut.
"Saya tak ada senarai daerah itu sekarang tetapi keutamaan sudah pastilah daerah-daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor," katanya ketika ditemui selepas selepas merasmikan Majlis Penutup Program Latihan Simulasi Bencana Rakan Nadma, pada Jumaat.
Armizan turut menggesa Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah supaya mempergiatkan persiapan serta mekanisme bagi menghadapi banjir.
Jelasnya, Nadma juga sedang menjalankan sesi libat urus dalam merangka dasar pengurangan risiko bencana (DRR), serta melihat keperluan untuk mewujudkan satu akta khusus bagi memastikan adanya satu kerangka perundangan yang lengkap berkaitan pengurusan bencana.
Tambah Armizan lagi, semua keperluan berkaitan boleh diperolehi di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).
Berdasarkan rekod, sebanyak RM500 juta bantuan disalurkan kepada mangsa dalam tempoh MTL pada November 2022 hingga Mac lalu.
"Pada musim MTL 2018 - 2019, pemberian pada mangsa pada kadar RM1.6 juta tetapi dalam MTL 2022 - 2023, kadar bantuan mencecah lebih RM500 juta. Ini satu pertambahan yang besar.
"KWABBN juga digunakan untuk membantu negeri dan agensi terlibat dalam persiapan menghadapi banjir," katanya.
Minggu lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan negara kini sedang berada pada fasa peralihan monsun, sebelum memasuki MTL yang dijangka bermula pada November.
Namun begitu, kejadian banjir sudah berlaku apabila tujuh pusat penempatan sementara (PPS) dibuka di tujuh daerah membabitkan lima negeri setakat Khamis.
Madiha Abdullah
Fri Sep 22 2023

Armizan berkata, berdasarkan data yang diperolehi sepanjang musim MTL terdahulu, 77 daripada daerah tersebut kerap dilanda banjir berulang. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tiada DNA babi dalam sampel 'sandwich ham & cheese' - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai pihak yang berautoriti berkaitan isu berkenaan.

KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU
KPDN bersama Kementerian Perdagangan Turkiye, bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang akan memantau aspek pelaksanaan MoU yang dimeterai kedua-dua pihak.

Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang aktif menyiasat 13 kes berhubung dakwaan kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan dengan nilai mencecah RM2.3 bilion.

SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina
KPDN menambah lima barangan baharu dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.

Musim perayaan: Diskaun servis kereta hingga 30 peratus di Petronas AutoExpert - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) komited memperkenalkan Servis Ihsan MADANI@ Petronas AutoExpert atau SIM@PAX.

Isu sandwic ham: Henti spekulasi, jangan beri tekanan - Armizan
Armizan menegaskan bahawa siasatan akan dilakukan secara telus dan menyeluruh, termasuk oleh Jabatan Kimia dan pelbagai proses lain.

Lebih 3,600 laman sesawang sebar cetak rompak disekat - Armizan
Sebanyak 3,682 laman sesawang haram yang menyebarkan kandungan cetak rompak seperti filem dan muzik popular disekat dari 2021 hingga November 2024.

Kerajaan perkenal semula zon khas jual barangan tanpa subsidi di kawasan sempadan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata langkah itu bertujuan mengurangkan penyeludupan barangan bersubsidi ke negara jiran.

Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.

Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.