KUALA LUMPUR: Mogok secara tidak terancang bukan suatu jalan penyelesaian terbaik terhadap sebarang permasalahan yang timbul berkaitan dengan profesion pegawai perubatan atau mana-mana profesional lain, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Sebaliknya, beliau berkata permasalahan yang timbul perlu ditangani dengan penglibatan bersama serta cara yang lebih berhemah.
"Penganjuran mogok secara amnya boleh menyebabkan sesuatu perkhidmatan terjejas selama mana ianya dianjurkan. Lazimnya ia dianjurkan untuk menyampai mesej tertentu kepada pihak-pihak berkaitan.
"Namun, perkara ini perlu ditimbang dengan teliti. Ini memandangkan perkhidmatan kesihatan merupakan suatu perkhidmatan yang kritikal terutama kerana ia melibatkan nyawa manusia dan kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada desas-desus akan berlangsung mogok doktor kontrak pada 3 hingga 5 April ini dan laman Instagram DoctorsMalaysia menggesa doktor kontrak seluruh negara tampil menyertai mogok berkenaan atau meletak jawatan secara beramai-ramai pada 1 April.
Bagaimanapun, Dr Noor Hisham memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai mogok tersebut malah hanya menerima hebahan melalui saluran media sosial sahaja.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan dari semasa ke semasa telah memberi respons terhadap permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan oleh anggota kesihatan antaranya mewujudkan perjawatan tetap, penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan, kenaikan pangkat secara time-based, peluang kenaikan ke gred khas dan mewujudkan gred UD56 untuk pakar perubatan dan sebagainya.
Beliau percaya kerajaan akan memastikan segala permasalahan dan permintaan itu diteliti sesuai dengan isu semasa serta diberi penyelesaian sewajarnya berdasarkan kepada kemampuan ekonomi negara.
"Alhamdulillah, perkhidmatan kesihatan dilihat terus diberi keutamaan sewajarnya oleh pihak kerajaan sebagaimana yang dapat kita perhatikan melalui Belanjawan 2023: Membangun Malaysia MADANI. Semoga perkhidmatan kesihatan dapat terus diperkukuhkan lagi dalam tahun mendatang," katanya.
Dr Noor Hisham berkata perkhidmatan kesihatan di negara ini perlu terus dianggap sebagai sektor yang kritikal termasuk petugas kesihatan kerana kompleksiti, cabaran, risiko dan jerih perih perlu dihadapi oleh anggota kesihatan dalam menjalankan tugasan serta tanggungjawab mereka.
"Pandemik COVID-19 telah mengajar kita bahawa tanpa sistem kesihatan yang berdaya tahan, negara tidak mungkin dapat mengawal wabak tersebut dengan baik dan orang ramai tidak mungkin dapat meneruskan aktiviti kehidupan seperti biasa.
"Justeru, petugas kesihatan yang merupakan aset utama Perkhidmatan Kesihatan perlu terus diberi perhatian sewajarnya, termasuk imbuhan sewajarnya buat perkhidmatan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023
![Mogok bukan penyelesaian terbaik tangani isu sektor kesihatan - Dr Noor Hisham Mogok bukan penyelesaian terbaik tangani isu sektor kesihatan - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660571321_DatukDrNoorHisham.jpg)
Dr Noor Hisham percaya kerajaan akan memastikan segala permasalahan dan permintaan itu diteliti sesuai dengan isu semasa serta diberi penyelesaian sewajarnya berdasarkan kepada kemampuan ekonomi negara. - BERNAMA
AWANI Borneo [15/07/2024] – Hilang sejak 12 Julai | Sidang Parlimen | Elaun sara hidup
Awani Borneo Isnin, 15 Julai 2024 bersama Nickyson Nyambar:
1. Nelayan dilapor hilang sejak 12 Julai ditemui selamat
2. 81,791 guru di Sarawak sertai pembangunan digital
3. Nelayan Sandakan berharap bantuan ESH dinaikkan
1. Nelayan dilapor hilang sejak 12 Julai ditemui selamat
2. 81,791 guru di Sarawak sertai pembangunan digital
3. Nelayan Sandakan berharap bantuan ESH dinaikkan
Nelayan Sandakan berharap bantuan ESH dinaikkan
Golongan nelayan pesisiran pantai di Sandakan berharap bantuan Elaun Sara Hidup (ESH) dapat ditingkatkan jumlah nilainya bagi membantu meringankan beban yang ditanggung akibat kenaikan kos sara hidup pada masa kini.
![FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721041521_TBFGV.jpg)
FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang
FGV Holdings Bhd (FGV) melancarkan Rangka Kerja Kelestarian terbaharu yang diperkasa, sekali gus mengorak langkah ke arah komitmen berterusan FGV terhadap agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus.
![OPPO lancar siri terbaharu Reno12 F 5G, revolusi permainan mudah alih dengan kerjasama MLBB OPPO lancar siri terbaharu Reno12 F 5G, revolusi permainan mudah alih dengan kerjasama MLBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721041027_TBOPPO.jpg)
OPPO lancar siri terbaharu Reno12 F 5G, revolusi permainan mudah alih dengan kerjasama MLBB
OPPO memperkenalkan Reno12 F 5G yang baharu, direka khusus untuk pemain permainan mudah alih menerusi kerjasama julung kali dengan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) dengan ciri utama AI Link Boost.
![Bunuh: Lelaki Indonesia terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun, 12 sebatan Bunuh: Lelaki Indonesia terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Bunuh: Lelaki Indonesia terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun, 12 sebatan
Kes pegawai bank wanita yang sedang memindahkan wang tunai daripada peti besi ditembak mati pengawal keselamatan, pada tahun 2013.
![Panas melampau ragut lima nyawa di Itali - Laporan Panas melampau ragut lima nyawa di Itali - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720774947_TBITALYHEATWAVE.jpg)
Panas melampau ragut lima nyawa di Itali - Laporan
Kementerian Kesihatan mengumumkan tahap kecemasan cuaca tertinggi di 11 daripada 27 bandar terbesar pada hujung minggu.
![Trump imbau kembali cubaan bunuh, puji tindak balas pantas Perkhidmatan Rahsia Trump imbau kembali cubaan bunuh, puji tindak balas pantas Perkhidmatan Rahsia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720938687_DonaldTrump.jpg)
Trump imbau kembali cubaan bunuh, puji tindak balas pantas Perkhidmatan Rahsia
Trump, dalam satu wawancara eksklusif dengan New York Post, mengimbau kembali insiden yang hampir meragut nyawanya.
![Hanya 300 mohon jawatan jurubahasa mahkamah daripada 1,000 yang diiklankan Hanya 300 mohon jawatan jurubahasa mahkamah daripada 1,000 yang diiklankan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712065120_MKulasegaran.jpg)
Hanya 300 mohon jawatan jurubahasa mahkamah daripada 1,000 yang diiklankan
"Kekurangan permohonan itu antaranya disebabkan oleh tugasan multitugas yang perlu dilaksanakan di mahkamah."
Sarawak kaji pelaksanaan undang-undang keselamatan buli siber
Sarawak akan mengkaji sebarang pelaksanaan undang-undang untuk meletakkan tanggungjawab kepada pemilik platform media sosial sekiranya platform tersebut digunakan untuk aktiviti buli siber.
Awang Bemee dilantik sebagai Ahli Dewan Negara
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Sarawak Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Nur Jazlan Mohamed di Dewan Negara.
![Syarikat penerbangan kedua terbesar Kanada batal 150 penerbangan kerana mogok Syarikat penerbangan kedua terbesar Kanada batal 150 penerbangan kerana mogok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719719704_Westjet.jpg)
Syarikat penerbangan kedua terbesar Kanada batal 150 penerbangan kerana mogok
WestJet Group membatalkan 150 penerbangan pada Sabtu akibat mogok oleh jurutera penyelenggaraan pesawatnya.
![Korea Selatan gantung lesen dua doktor sertai mogok Korea Selatan gantung lesen dua doktor sertai mogok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710985258_TBsouthkoreanjp.jpg)
Korea Selatan gantung lesen dua doktor sertai mogok
Kedua-dua pegawai itu, masing-masing Kim Taek-Woo dan Park Myung-Ha menerima notis itu pada Selasa.
![Pekerja lapangan terbang Frankfurt lancar mogok, penerbangan dibatalkan Pekerja lapangan terbang Frankfurt lancar mogok, penerbangan dibatalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709801835_tbFrankfurtairport.jpg)
Pekerja lapangan terbang Frankfurt lancar mogok, penerbangan dibatalkan
Gangguan besar dijangka berlaku di Lapangan Terbang Frankfurt pada Khamis berikutan mogok kakitangan keselamatan.
![Mogok kereta api berulang di Jerman Mogok kereta api berulang di Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709802279_TBTrainsjpg.jpg)
Mogok kereta api berulang di Jerman
Perkhidmatan sebahagian besar rangkaian kereta api jarak jauh dan wilayah Jerman terhenti pada pagi Khamis apabila pemandu memulakan mogok 35 jam berikutan kegagalan dalam rundingan gaji.
![Operasi di lima lapangan terbang Jerman terjejas akibat mogok Operasi di lima lapangan terbang Jerman terjejas akibat mogok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707364358_TBGermanairports.jpg)
Operasi di lima lapangan terbang Jerman terjejas akibat mogok
Di lapangan terbang Frankfurt, sehingga 90 peratus daripada 600 jadual ketibaan dan pelepasan telah dibatalkan.
![Syarikat penerbangan Brazil batal penerbangan ke Argentina susulan mogok Syarikat penerbangan Brazil batal penerbangan ke Argentina susulan mogok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705849444_LandingPlane.jpg)
Syarikat penerbangan Brazil batal penerbangan ke Argentina susulan mogok
Sehingga 20 Januari, lebih 30 penerbangan antara Brazil dan Argentina telah dibatalkan.
![PM Iceland akan sertai mogok tuntut kesamarataan jantina PM Iceland akan sertai mogok tuntut kesamarataan jantina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698210508_KatrinJakobsdottir.jpg)
PM Iceland akan sertai mogok tuntut kesamarataan jantina
Wanita di seluruh Iceland pada Selasa melancarkan mogok menuntut kesamarataan jantina, protes pertama seumpamanya dalam tempoh hampir setengah abad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Kakitangan KLM Royal Dutch Airlines ugut mogok jika gaji tidak dinaikkan 14.3 peratus Kakitangan KLM Royal Dutch Airlines ugut mogok jika gaji tidak dinaikkan 14.3 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694139183_TBKLM.jpg)
Kakitangan KLM Royal Dutch Airlines ugut mogok jika gaji tidak dinaikkan 14.3 peratus
FNV menuntut gaji dinaikkan sebanyak 14.3 peratus bagi mengimbangi inflasi pada 2023 dan indeks gaji automatik pada 2024.
![Penganjur, peserta mogok lapar akan dipanggil polis Penganjur, peserta mogok lapar akan dipanggil polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689586476_TBJenayah.jpg)
Penganjur, peserta mogok lapar akan dipanggil polis
Peserta mogok lapar itu juga dilaporkan telah bersurai dan pihak polis akan memanggil mereka ini untuk membantu siasatan.
![Polis ada kuasa tahan peserta mogok lapar di Penjara Sungai Buloh Polis ada kuasa tahan peserta mogok lapar di Penjara Sungai Buloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51690973510_TBDATUKHUSSEINOMARKH.jpg)
Polis ada kuasa tahan peserta mogok lapar di Penjara Sungai Buloh
PDRM tidak menolak kemungkinan untuk menahan kumpulan perhimpunan yang masih berada di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh.