ANKARA: Bekas Presiden AS Donald Trump terselamat daripada cubaan pembunuhan semasa satu ceramah umum, ketika mencondongkan kepalanya seketika, dalam apa yang disifatkannya sebagai "pengalaman yang sangat luar biasa."
Agensi Anadolu melaporkan Trump, dalam satu wawancara eksklusif dengan New York Post, mengimbau kembali insiden yang hampir meragut nyawanya.
Bekas presiden itu yang memakai pembalut putih di telinga kanannya, menggambarkan detik peluru yang nyaris mengenai sasaran dan membunuhnya.
"Saya sepatutnya tidak berada di sini, saya sepatutnya sudah mati," kata Trump kepada Post, menyifatkan insiden itu sebagai "pengalaman yang sangat luar biasa."
Beliau berkata tindakan mencondongkan sedikit kepalanya untuk membaca carta mengenai "pendatang haram" telah menyelamatkan nyawanya, mengubah apa yang sepatutnya menjadi tembakan maut kepada satu kesan yang hanya merobek sedikit bahagian telinganya.
"Dengan nasib atau dengan kuasa Tuhan, ramai orang mengatakan ia adalah dengan kuasa Tuhan saya masih di sini," kata Trump, menekankan keajaiban yang menyelamatkannya.
Menerangkan bagaimana ejen Perkhidmatan Rahsia bertindak segera, Trump memuji mereka atas tindakan pantas dan tegas, membandingkan reaksi mereka dengan "pemain pertahanan" bola sepak Amerika, ketika mereka melindunginya.
Satu detik daripada insiden yang dirakam dalam video menunjukkan Trump berkata: "Tunggu, saya mahu mengambil kasut saya," ketika ejen-ejen itu bergegas membawanya turun dari pentas. Trump menjelaskan bahawa tindak balas pantas ejen-ejen itu menyebabkan kasutnya terjatuh, walaupun ia diikat ketat.
Bekas presiden itu memuji ejen-ejen berkenaan atas kepahlawanan mereka, terutamanya kerana berjaya menumpaskan penembak dengan satu tembakan dari jarak kira-kira 119 meter.
"Mereka menumpaskannya dengan satu tembakan tepat di antara kedua-dua matanya," kata Trump, sambil menunjuk ke batang hidungnya.
Mereka melakukan tugas yang hebat. Ia luar biasa bagi kita semua," beliau dipetik sebagai berkata.
Trump ditembak di telinga kanan tetapi keadaannya baik, dengan FBI mengeluarkan kenyataan yang mengenal pasti Thomas Matthew Crooks sebagai penembak yang disyaki dalam insiden pada Sabtu.
Perkhidmatan Rahsia, yang mengendalikan keselamatan bagi presiden semasa dan yang lepas, berkata penembak melepaskan beberapa tembakan ke arah pentas dari kedudukan tinggi di luar tempat kejadian. Selain penembak, seorang meninggal dunia dan dua lagi cedera parah.
Insiden itu berlaku hanya beberapa hari sebelum Trump dijangka dinamakan sebagai calon Parti Republikan untuk Pilihan Raya Presiden 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

Trump, dalam satu wawancara eksklusif dengan New York Post, mengimbau kembali insiden yang hampir meragut nyawanya. - AP

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Trump ulangi amaran kenakan lebih banyak tarif
Ancaman ini menandakan peningkatan lagi dalam perang perdagangan yang telah menggoncang pasaran kewangan.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Ketua NATO puji Trump atas kejayaan dalam rundingan damai Ukraine
Rutte memuji Trump kerana membantu mencapai kejayaan dalam usaha diplomatik bagi menyelesaikan konflik yang berlarutan di Ukraine.

Trump umum kenaikan tarif logam Kanada kepada 50 peratus
Trump berkata beliau telah mengarahkan setiausaha perdagangan untuk menambah 25 peratus lagi tarif ke atas produk berkenaan, yang akan berkuat kuasa mulai pagi Rabu.

Pelajar anti-Israel tidak akan dihantar pulang - Mahkamah AS
Seorang hakim Mahkamah Amerika Syarikat memerintahkan pelajar Universiti Columbia berketurunan Palestin, Mahmoud Khalil tidak dihantar pulang buat masa ini.

AS potong 83 peratus projek bantuan antarabangsa di bawah USAID
Daripada kira-kira 6,200 projek yang dibiayai USAID, hanya sekitar 1,000 akan diteruskan.

AS bincang dengan empat kumpulan berbeza mengenai penjualan TikTok - Trump
TikTok berdepan larangan jika perniagaannya di AS tidak dijual kepada pembeli Amerika sebelum 5 April.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

Trump nafi pergeseran Rubio-Musk berhubung pengurangan pekerja persekutuan
Trump menyatakan bahawa Elon Musk dan Marco Rubio menjalankan tugas dengan cemerlang dan tiada pergeseran di antara mereka.