KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperhalusi isu pangkat dan gaji jurubahasa di mahkamah yang menjadi antara punca perjawatan berkenaan kurang mendapat sambutan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran berkata beliau dimaklumkan terdapat 1,000 jawatan jurubahasa diiklankan tahun ini, namun hanya 300 yang memohon.
"Kekurangan permohonan itu antaranya disebabkan oleh tugasan multitugas yang perlu dilaksanakan di mahkamah, selain gaji yang tidak munasabah," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Sumpah dan Ikrar (Pindaan) 2024 sebelum ia diluluskan Dewan Rakyat hari ini.
Kulasegaran berkata beliau telah memberikan cadangan kepada pegawai-pegawainya supaya mengadakan perjumpaan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi membincangkan perkara itu.
"Sekarang L19 mungkin dinaikkan kepada L22 dan sebagainya dengan memperolehi diploma.
"Masalahnya ramai jurubahasa ada ijazah, kalau dia dinaikkan gaji setaraf ijazah, dia akan seimbang dengan Majistret pula, jadi saya kata jangan hukum mereka yang layak, kita mungkin boleh tingkatkan gaji Majistret dan sebagainya," katanya.
Kulasegaran berkata kekurangan jurubahasa itu juga menjadi antara sebab kebanyakan kes tertunda di mahkamah.
Dalam pada itu Dewan Rakyat turut meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Angkatan Tentera (Pindaan) 2024 yang berkaitan perundangan kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024
Kulasegaran telah memberikan cadangan kepada pegawai-pegawainya supaya mengadakan perjumpaan dengan JPA bagi membincangkan perkara itu. - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Jurubahasa perlu beri layanan baik kepada peguam, orang awam - Hakim Besar Malaya
Tiada seorang pun majistret atau hakim yang mampu menjalankan perbicaraan tanpa kehadiran jurubahasa.