JOHOR BAHRU: Seorang bekas pengawal keselamatan warga Indonesia terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 38 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh seorang pegawai bank pada 2013.
Panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan La Ode Ardi Rasila, 47, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 2(4) dan 3(1) Akta Semakan Hukuman mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
Tengku Maimun yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah, turut mengetepikan hukuman mati terhadap lelaki itu bagi satu lagi pertuduhan mengikut Akta Senjata Api dan menggantikannya dengan hukuman penjara 33 tahun dan 12 sebatan.
Kedua-dua hukuman penjara itu diperintahkan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap La Ode yang berasal dari Sulawesi dan memiliki tiga anak, iaitu pada 10 Nov 2013.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorhisham Mohd Jaafar, manakala lelaki itu diwakili Peguam Selvi Sandrasegaram.
Pada 14 Ogos 2014, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati terhadap La Ode selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan yang dilakukannya di premis cawangan Ambank Subang Jaya, Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya, antara 6 petang dan 6.30 petang pada 23 Okt 2013.
Rayuan lelaki itu ditolak Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 29 Julai 2015, sebelum Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman pada 29 Feb 2016.
La Ode didakwa membunuh Norazita Abu Talib, 37, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, selain didakwa melakukan rompakan dan melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun, dengan niat menyebabkan kematian kepada Norazita mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati.
Berdasarkan fakta kes, Norazita dan seorang lagi pegawai bank sedang memindahkan wang tunai daripada peti besi ke dalam tempat simpanan wang di dalam bilik kebal apabila La Ode, yang ketika itu menggantikan pengawal keselamatan lain yang bercuti sakit, melepaskan tembakan dan mengenai muka Norazita, menyebabkan mangsa rebah.
Terdahulu, sebanyak 28 kes melibatkan permohonan semakan hukuman mati dan permohonan semakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat, bersidang di Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini.
Persidangan Mahkamah Persekutuan itu berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga Rabu, melibatkan keseluruhan 98 kes bagi pesalah terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing termasuk Indonesia, Nigeria, Iran, India, Togo, Guinea, Pakistan dan Singapura, melibatkan mereka yang ditahan di Penjara Kluang dan Penjara Simpang Renggam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

Tertuduh yang merupakan pengawal keselamatan gantian menembak mati pegawai bank wanita yang sedang memindahkan wang tunai daripada peti besi pada tahun 2013. - Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

K9 tidak dapat petunjuk kehilangan Zayn Rayyan sebelum jasad ditemukan
K9 dikatakan tidak mendapat sebarang petunjuk ekoran kawasan itu telah tercemar dengan kesan penduduk meredah kawasan berkenaan.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memperdagang dan memiliki senjata api secara haram, termasuk 14 pistol dan satu sub machine gun di Desa ParkCity.

Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.

Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas prosiding semakan status hujahan semua pihak diadakan pada Isnin.

Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.

Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi
Tiga cek tersebut merupakan bayaran balik bagi perjalanan Azlan dan keluarganya ke London pada 2013, 2014 dan 2015 yang dibatalkan.

Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.

Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah
Bagaimanapun, Along Cham dituduh semula di Mahkamah Majistret di Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah.