PETALING JAYA: OPPO memperkenalkan Reno12 F 5G yang baharu, direka khusus untuk pemain permainan mudah alih menerusi kerjasama julung kali dengan Mobile Legends Bang Bang (MLBB).

Peranti ini dilengkapi teknologi canggih memastikan pengalaman permainan optimal dan lancar dengan ciri utama AI Link Boost untuk sambungan 360° yang mengoptimumkan jalur frekuensi serta algoritma AI yang menjamin pertukaran antena lancar dalam setiap situasi permainan.

Menurut Pengurus Pemasaran OPPO, Jonathon Lim, siri Reno12 F 5G menggunakan MediaTek Dimensity 6300 dan Trinity Engine, yang menggabungkan teknologi permainan termaju dengan mendelegasikan thread render MLBB kepada FPSGO untuk kecekapan tenaga yang dipertingkatkan seterusnya memperoleh pengalaman permainan lebih baik.

“Ini adalah kerjasama pertama kami dengan Mobile Legends Bang Bang dan siri Reno12 F 5G direka khusus untuk sesi permainan yang lama, menampilkan AI Link Boost untuk kesalingan 360° dengan mengoptimumkan jalur frekuensi untuk semua situasi.

“Manakala Algoritma AI pula memastikan pertukaran antena yang lancar semasa permainan,” katanya selepas pelancaran kerjasama OPPO Reno12 F 5G dengan Mobile Legends Bang Bang (MLBB).

Sementara itu, pemain Mobile Legends terbaik kawasan Klang Valley, Shamirul Iqmal Sahhidan dan Muhammad Razin Amrulmaiki turut meluahkan keterujaan serta berpuas hati dengan prestasi menakjubkan peranti itu.

“Saya sukakan reka bentuk yang ringan dan sambungan yang lancar, menjadikan sesi permainan yang lama selesa.

“Pengecasan pantas memang menakjubkan kerana hanya 10 minit pengecasan membolehkan saya bermain Mobile Legends Bang Bang selama hampir 2 jam,” ujar Shamirul Iqmal Sahhidan.

OPPO Reno12 F FG turut dilengkapi kadar segar semula yang tinggi, paparan menarik, dan ciri perlindungan mata pintar menjadikan pengalaman bermain lebih menyeronokkan.

“Memang terbaik bermain Mobile Legends dengan OPPO Reno12 F yang baharu ini! Telefon ini menawarkan pengalaman permainan yang lancar dan tahan lama dengan kecekapan kuasa yang cemerlang dan kelajuan 5G yang lebih pantas,” tambah Muhammad Razin Amrulmaik.

Tersedia melalui dua warna amber orange dan olive green, ia kini boleh didapati di semua rangkaian atau laman web rasmi OPPO Malaysia bermula sekarang.

OPPO Reno12 F 5G berharga RM1,399 untuk RAM 12GB + storan 256GB, RM1,799 untuk RAM 12GB + storan 512GB dan segala pembelian sebelum 10 Ogos akan menerima hadiah bernilai RM129.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau laman Facebook OPPO Malaysia. - Gambar OPPO Malaysia