KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah memberikan keterangan serta penjelasan yang terperinci berhubung lima syor yang dikemukakan dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan Datuk Dr Shahrazat Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif LADA Datuk Haslina Abdul Hamid memberikan keterangan itu pada prosiding tindakan susulan pembangunan hartanah LADA yang berlangsung lebih tiga jam bermula 10 pagi di Langkawi, hari ini.
"Pada prosiding berkenaan, LADA telah mengaturkan satu lawatan kerja bagi membolehkan jawatankuasa ini meninjau dan melihat sendiri tindakan susulan yang telah diambil agensi berkenaan terhadap syor-syor yang terkandung dalam Laporan PAC yang telah dibentangkan di Parlimen pada 19 Mac lepas.
"Hasil lawatan kerja serta penjelasan dan keterangan daripada saksi dalam prosiding tindakan susulan berkenaan, PAC mengambil maklum usaha positif yang diambil LADA dan MOF bagi memastikan Langkawi terus menjadi destinasi geopelancongan (geotourism) utama di rantau ini sekali gus menjadi tumpuan pelancong dunia," katanya dalam kenyataan di sini.
Mas Ermieyati berkata PAC juga turut dibawa melawat produk pelancongan terkini selain dimaklumkan perancangan masa depan LADA untuk memperhebatkan promosi Langkawi termasuk menyediakan kemudahan awam yang baharu.
Syor berkenaan termasuk MOF dan LADA mengambil tindakan segera bagi memuktamadkan status tanah Hotel St. Regis Langkawi dan MOF perlu mengemukakan pelan penyelamatan komprehensif Hotel St. Regis Langkawi kepada PAC.
Syor lain adalah LADA perlu meningkatkan tahap kompetensi pengurusan projek yang sedang dilaksanakan dan memastikan segala perancangan pembangunan dan promosi pelancongan pada masa akan datang ditadbir urus dengan baik, selain MOF perlu lebih efektif dalam memantau dan mengawal selia syarikat-syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) supaya tidak berlaku kecuaian yang boleh menjejaskan kepentingan kerajaan.
Mas Ermieyati berkata PAC akan memberikan ulasan bagi setiap maklum balas daripada MOF dan LADA berhubung lima syor berkenaan termasuk isu hartanah Hotel St. Regis serta Kampung Tok Senik.
Beliau berkata laporan tindakan susulan itu dijangka dibentangkan di Parlimen pada 27 Jun ini dalam Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat yang bermula 24 Jun dan laporan boleh diakses di www.parlimen.gov.my/pac.
Menurut Mas Ermieyati, pada Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat, PAC juga dijangka akan membentangkan tujuh lagi laporan membabitkan tiga laporan PAC serta empat laporan tindakan susulan.
Dalam perkembangan lain, PAC akan memulakan prosiding membabitkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada 20 Jun ini dengan memanggil Kementerian Pertahanan dan pengurusan tertinggi LTAT.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024
Menurut Mas Ermieyati, pada Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat, PAC juga dijangka membentangkan tujuh lagi laporan membabitkan tiga laporan PAC serta empat laporan tindakan susulan. - Gambar FB @Mas Ermieyati Samsudin
UNGA 79: Kenyataan negara di pentas dunia
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyampaikan Kenyataan Negara sekitar jam 2.15 petang waktu New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79
Tiada kemungkinan perang besar, sokongan negara Arab hanya retorik
Malah, keupayaan perisikan Israel yang mampu menyusup masuk ke dalam organisasi sehebat Hizbollah dijangka memberi ketakutan kepada negara Arab lain untuk bertindak secara drastik.
Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hezbollah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dinaik taraf - PM
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri akan dinaik taraf bagi selari peningkatkan jumlah pengunjung selain menerima pesawat lebih besar.
Kebimbangan konflik Asia Barat bakal berlarutan
Jika benar tentera Israel berjaya membunuh Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, ia bukan saja satu kehilangan besar tetapi juga memberi ancaman dan kebimbangan bahawa konflik di Asia Barat akan terus berlarutan.
PRK DUN Mahkota: 53.84 peratus keluar mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini adalah 53.84.
DAP prihatin peratusan pengundi bukan Melayu rendah
Anthony berkata, mereka mengambil perhatian yang serius terhadap peratusan mengundi yang rendah dari kalangan pengundi bukan Melayu.
Hasil kerjasama satu keluarga BN-PH
Calon Barisan Nasional yang memenangi kerusi DUN Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah menyifatkan kemenangan itu adalah hasil kerjasama satu keluarga gandingan BN dan PH.
Kemenangan bukti sinergi berkesan kerajaan negeri dan pusat - Anwar
Anwar berkata kerjasama baik dengan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa impak dan berkesan.
Tumpuan Ahad – 29 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiada notis usul undi tidak percaya terhadap PM diterima setakat ini - Johari Abdul
Johari Abdul berkata sehingga kini, Parlimen belum menerima sebarang notis rasmi berhubung usul undi tidak percaya terhadap Anwar daripada mana-mana Ahli Parlimen, termasuk pihak pembangkang.
Penubuhan kerajaan hari ini berasaskan rundingan terbuka, keabsahannya dibuktikan
Penubuhan kerajaan hari ini adalah jelas berasaskan rundingan terbuka yang diikuti rapat oleh semua pemerhati sejak hari pertama dan keabsahannya juga telah dibuktikan.
Mengharap Bajet 2025 lebih 'hijau'
Bajet 2025 dinanti dengan penuh harapan oleh para pencinta alam sekitar dan biodiversiti agar kerajaan akan meneruskan agenda melindungi persekitaran negara.
Parlimen mahu ubah persepsi bersidang '70 hari setahun' sahaja
Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia akan bermula esok bagi memperjelas peranan menyeluruh institusi Parlimen dan Speaker di negara ini.
Kementerian Ekonomi akan mula inisiatif 'MADANI Mendengar', kumpul input rakyat untuk RMK-13
Kementerian Ekonomi bersedia untuk melancarkan siri sesi libat urus dan kumpulan berfokus di seluruh Malaysia bermula akhir bulan ini.
Pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya masih dalam peringkat kajian
Pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya masih dalam peringkat kajian dan belum dimuktamadkan bila ia akan dilaksanakan, kata Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Pindaan Akta 166 dijangka dibentang Oktober depan - BHEUU
Menurut BHEUU, satu Memorandum Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan persetujuan juga akan dibawa kelak bagi pindaan yang dicadangkan kepada Akta 166.
AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah bersiap sedia dalam segala aspek sejurus Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 diwartakan kelak.
Projek Pan Borneo Sabah: KKR akan kerap turun padang bantu kerajaan Sabah
KKR akan turun padang dengan lebih kerap untuk membantu kerajaan negeri Sabah memulihkan pakej-pakej kerja bagi Fasa 1A Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang dikategorikan bermasalah dan 'sakit'.
KSU kementerian diminta kemuka RUU baharu, pindaan 14 hari lebih awal
Ketua Setiausaha di semua kementerian diminta untuk mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) baharu atau pindaan RUU kepada Parlimen 14 hari lebih awal.