KUALA LUMPUR: Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI yang dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk meluaskan jangkauannya ke pelbagai sektor di seluruh negara berikutan penubuhannya sebagai projek perintis melibatkan pelajar sekolah menengah.
Modul dibangunkan oleh Akademi Kebangsaan Malaysia (AKM) ini bertujuan meningkatkan patriotisme dan pengetahuan mengenai negara dalam kalangan rakyat Malaysia dari semua peringkat umur dan latar belakang.
"Pelajar sekolah menengah adalah sebahagian daripada ujian rintis kami sebelum kami melancarkan modul tersebut secara rasmi, tetapi modul ini bukan khas untuk pelajar sekolah," kata jurucakap AKM Fetty Azura kepada Bernama.
Fetty menambah bahawa AKM yang berada di bawah Pejabat Perdana Menteri bertujuan menyampaikan dasar kerajaan secara komprehensif kepada pelbagai golongan termasuk belia, pegawai kerajaan, eksekutif, komuniti dan pengamal media.
"Oleh itu, modul ini direka bentuk untuk menjadi inklusif, menyasarkan pelbagai golongan dan ia terbuka kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat," menurut Fetty.
Modul ini disampaikan melalui gabungan kaedah konvensional dan pendigitalan untuk menarik pelbagai peserta terutamanya golongan belia. Ia termasuk kursus separuh hari, kursus sehari dan kursus 3 hari 2 malam.
Kaedah penyampaian termasuk kuliah, perbincangan, video interaktif, lakon peranan dan banyak lagi bagi memastikan program kekal relevan dan menarik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2024

Anwar beramah mesra bersama para pelajar yang hadir pada Majlis Peluncuran Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI di Dewan Seri Siantan Perbadanan Putrajaya, 5 Jun 2024. --fotoBERNAMA

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

150 pelatih sukarela lapor diri latihan percubaan PLKN 3.0
Ketibaan mereka di pekarangan kem berkenaan sejak 7.30 pagi diiringi ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan.

Penerbit diseru hasilkan lebih banyak karya semarakkan perpaduan, patriotisme
Aaron berkata seni perfileman mampu sampaikan mesej perpaduan dan jadi platform bagi mengingatkan semua tentang jati diri rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia di Thailand bersatu sambut Hari Kebangsaan dengan semangat patriotisme
Sekitar 200 rakyat Malaysia di Bangkok berkumpul hari ini di Dewan Dewan Perniagaan India-Thai (ITCC) untuk meraikan Hari Kebangsaan Malaysia.

Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI sedia dikembangkan ke seluruh negara - AKM
Modul ini bertujuan meningkatkan patriotisme dan pengetahuan mengenai negara dalam kalangan rakyat Malaysia dari semua peringkat.

Rakyat Malaysia di Indonesia digesa kekalkan perpaduan dan patriotisme
Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin menyeru perkara itu sewaktu Majlis Sambutan Hari Malaysia ke-60 di kompleks kedutaan di Kuningan, Jakarta Selatan.

Penjawat awam perlu memaknai kemerdekaan, tingkatkan prestasi dan semangat patriotisme - CUEPACS
Pastikan setiap dasar dan polisi yang dibawa kerajaan dapat memberi impak maksimum kepada rakyat dan negara.

Penganjuran Minggu Perpaduan penting dalam semarakkan semangat rakyat - PM
Ia mampu menyebarkan kefahaman dan penghayatan berkaitan kepelbagaian budaya dan segmen kenegaraan yang menerapkan semangat patriotisme.

Melaka perkasa semula pelancongan pendidikan
Inisiatif itu juga dilaksanakan bertujuan menjadikan generasi muda berkenaan celik sejarah.

Rakyat Malaysia diseru bersatu dan jiwai Hari Malaysia
Annuar berkata 16 September merupakan tarikh yang amat bermakna buat Keluarga Malaysia.

Kerajaan baharu diharap buka luas ruang rakyat kongsi pandangan - Penganalisis
Rakyat mengharapkan pentadbiran kerajaan akan datang membuka ruang seluasnya kepada masyarakat untuk berkongsi pandangan bagi mencadangkan penambahbaikan terhadap isu berkepentingan rakyat dan negara.