Perdana Menteri India, Shri Narendra Modi menyarankan ijazah pengajian tinggi yang diperolehi di Malaysia dan India diiktiraf kedua-dua negara.
Bagi merealisasikan perkara itu, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secepat mungkin.
"Malaysia dan India perlu segera mengiktiraf ijazah yang diberikan oleh kedua-dua negara itu. Saya bercadang untuk berbincang perkara ini dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak dengan segera," kata Modi.
Pada masa sama, sejumlah dana tambahan bagi pendidikan akan disediakan untuk komuniti India di Malaysia, tambah beliau.
Modi berkata, "Di Malaysia dan India dana amanah pelajar telah ditubuhkan pada tahun 1954 untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar masyarakat India Malaysia yang tidak mempunyai akses untuk pendidikan. Dana ini masih diperlukan oleh sebahagian daripada masyarakat India di Malaysia dan saya berbesar hati untuk mengumumkan geran tambahan berjumlah 1 juta dolar ke dana sedia ada."
Selain bidang perubatan, masyarakat India juga perlu menggunakan peluang ini untuk menceburi dalam bidang pengajian lain.
"Ramai anak-anak anda pergi ke India untuk menjadi doktor. Walaupun bidang perubatan merupakan keperluan kritikal, masyarakat kita, saya berharap anda akan mengambil peluang ini untuk menceburi bidang lain juga," ujar beliau.
Modi berucap pada majlis 'Malaysia Welcomes Modi' pada hari kedua lawatannya ke Malaysia selepas menghadiri sidang kemuncak ASEAN-India dan sidang kemuncak Asia Timur yang ke sepuluh di ibu kota.
Pada Isnin, Modi dijangka akan merasmikan 'Torana Gate' di Little India, Brickfields.
Sathesh Raj
Mon Nov 23 2015
![Modi akan jumpa Najib berhubung ijazah pengajian Modi akan jumpa Najib berhubung ijazah pengajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61448238134_modi.jpg)
erdana Menteri India, Narendra Modi meluangkan masa daripada kesibukan Sidang Kemuncak ASEAN ke 27 untuk merasmikan tugu Swami Vivekananda di pusat Ramakrishna Mission pada Ahad. - Foto Bernama
![Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723704773_TBkebakaran.jpg)
Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang
Kejadian bermula apabila penduduk melaporkan hubungan terlarang lelaki itu kepada suami wanita tersebut.
![Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi
Platform media sosial dikehendaki meletakkan notis 'Kecerdasan Buatan (AI)' dalam setiap kandungan AI yang dimuat naik.
![Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723702833_TBKhairulAming.jpg)
Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan
Khairul Aming meluahkan kebimbangan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia.
MBSB Bank bekerjasama dengan INSKEN, MAIJ lancar program untuk komuniti asnaf
Program tersebut bertujuan untuk mentransformasikan kewangan sosial Islam dengan memperkasakan individu dalam komuniti asnaf melalui latihan intensif, sokongan kewangan dan bimbingan berterusan.
![Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723696968_SophiaAlbarakbah.jpg)
Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti
Aktres Sophia Albarakbah kini giat mengumpul bukti untuk mengheret pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembuli siber ke muka pengadilan.
![Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723706198_TBsurirumahmaut.jpg)
Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik
Seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota di sini pada petang Rabu.
![Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723294016_FaisalHalim.jpg)
Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti
Faisal Halim layak dilabel pejuang sejati apabila mampu bangkit walaupun berdepan trauma selepas menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu.
![Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723705839_TBHilang.jpg)
Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Beranang, Selangor.
![Simbah cat merah, orang suruhan ah long didenda RM3,000 Simbah cat merah, orang suruhan ah long didenda RM3,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723705134_TBAhLong.jpg)
Simbah cat merah, orang suruhan ah long didenda RM3,000
Seorang orang suruhan ah long mengaku bersalah atas pertuduhan menyimbah cat merah di rumah keluarga peminjam, Januari lalu.
![Latihan berstruktur sektor ekonomi digital berjaya stabilkan pendapatan, perniagaan asnaf Latihan berstruktur sektor ekonomi digital berjaya stabilkan pendapatan, perniagaan asnaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723705177_TBMyREF.jpg)
Latihan berstruktur sektor ekonomi digital berjaya stabilkan pendapatan, perniagaan asnaf
Lebih daripada 30 asnaf bersama ahli keluarga mereka telah diraikan di Majlis Graduasi MyREF Hijrahpreneur Skills Program (MyREF HSP) di Auditorium High Impact Research, Universiti Malaya.
![India, Maldives ucap tahniah kepada Muhammad Yunus India, Maldives ucap tahniah kepada Muhammad Yunus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723168824_MohammedShahabuddi.jpg)
India, Maldives ucap tahniah kepada Muhammad Yunus
Presiden Mohammed Shahabuddin memimpin upacara angkat sumpah Yunus, yang kini mengetuai Kabinet sementara terdiri daripada 16 anggota.
![Pengerusi anak syarikat IHH Healthcare di India letak jawatan Pengerusi anak syarikat IHH Healthcare di India letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722994210_RaviRajagopal.jpg)
Pengerusi anak syarikat IHH Healthcare di India letak jawatan
Rajagopal memaklumkan kepada lembaga pengarah mengenai kesediaannya meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah berkuat kuasa 30 September.
![India digesa hentikan eksport senjata ke Israel India digesa hentikan eksport senjata ke Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722554261_ArundhatiRoy.jpg)
India digesa hentikan eksport senjata ke Israel
Kumpulan masyarakat sivil mendakwa beberapa syarikat tempatan diberi permit untuk mengeksport senjata, dron dan bahan letupan ke Israel.
![Penduduk terselamat gempa bumi Kerala berlindung di sekolah Penduduk terselamat gempa bumi Kerala berlindung di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722426286_TBINDIALANDSLIDE.jpg)
Penduduk terselamat gempa bumi Kerala berlindung di sekolah
Penduduk yang terselamat daripada kejadian gempa bumi di Kerala India mencari perlindungan di sebuah sekolah di daerah Wayanad.
![Tanah runtuh Wayanad: Pasukan penyelamat teruskan operasi cari mangsa Tanah runtuh Wayanad: Pasukan penyelamat teruskan operasi cari mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722404851_Wayanadlandslides.jpg)
Tanah runtuh Wayanad: Pasukan penyelamat teruskan operasi cari mangsa
Pasukan penyelamat memulakan operasi mencari mangsa terperangkap di bawah runtuhan sehari selepas gempa bumi di Wayanad, Kerala, India pada Rabu.
![Tanah runtuh Wayanad: Angka korban meningkat lebih 70 orang Tanah runtuh Wayanad: Angka korban meningkat lebih 70 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722334389_TanahruntuhKerala.jpg)
Tanah runtuh Wayanad: Angka korban meningkat lebih 70 orang
Kerajaan Kerala dalam kenyataan terbaharunya mengisytiharkan tempoh berkabung dua hari pada 30 dan 31 Julai bagi menghormati mangsa.
![India raikan pingat pertama di Sukan Olimpik Paris India raikan pingat pertama di Sukan Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722212635_ManuBhaker.jpg)
India raikan pingat pertama di Sukan Olimpik Paris
Berasal dari negeri Haryana di utara India, Bhaker menjadi penembak wanita pertama negara yang memenangi pingat Olimpik.
![India dan Britain lancar inisiatif keselamatan teknologi India dan Britain lancar inisiatif keselamatan teknologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721878547_DAVIDLAMMY.jpg)
India dan Britain lancar inisiatif keselamatan teknologi
Ia merangkumi bidang seperti telekomunikasi, kecerdasan buatan, kuantum, kesihatan dan bioteknologi, bahan termaju dan semikonduktor.
![India kekal negara paling ramai penduduk abad ini - PBB India kekal negara paling ramai penduduk abad ini - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720771313_TBPonggal.jpg)
India kekal negara paling ramai penduduk abad ini - PBB
India dijangka kekal sebagai negara paling ramai penduduk di dunia dan berdepan tekanan ekonomi dan alam sekitar.
![Wanita paling ramai terkorban dalam tragedi rempuhan perhimpunan keagamaan di India Wanita paling ramai terkorban dalam tragedi rempuhan perhimpunan keagamaan di India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720003970_stampede.jpg)
Wanita paling ramai terkorban dalam tragedi rempuhan perhimpunan keagamaan di India
Kebanyakan mangsa rempuhan di sebuah perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Selasa adalah wanita, menurut senarai kematian.