KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengambil langkah-langkah terancang khususnya dalam membantu pembukaan semula sektor ekonomi secara berfasa serta selamat bagi mengurangkan kadar pengangguran.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pembukaan sektor pengilangan masih tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard yang ketat dan kadar vaksinasi pekerja, diambil berdasarkan kepada keperluan ekonomi negara untuk kekal berdaya saing serta memastikan rantaian bekalan tidak terencat dan pelaburan tidak terjejas.
"Saya ingin mengambil contoh satu sektor iaitu sektor elektrik dan elektronik (E&E). Keputusan kerajaan untuk membenarkan sektor E&E dibuka sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), PKP Diperketatkan (PKPD) di Selangor, Seremban dan Senai serta Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah berdasarkan fakta dan data bagi mengimbangi keperluan kesihatan awam dan kelangsungan kehidupan rakyat," tambahnya.
Azmin berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan lisan (Pejuang-Jerlun) Datuk Seri Utama Mukhriz Tun Dr Mahathir mengenai rasional lebih banyak kilang dibenarkan untuk beroperasi ketika jumlah kes COVID-19 di dalam negara semakin meningkat.
Sektor E&E penyumbang utama kepada ekonomi negara, dengan nilai RM20.77 bilion atau 25.4 peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor pembuatan pada suku kedua tahun 2021.
Manakala segi eksport sehingga Jun 2021, sektor tersebut menyumbang sebanyak RM386.29 bilion atau kira-kira 40 peratus daripada nilai keseluruhan eksport barangan dan telah menyediakan lebih 400,000 pekerjaan.
"Sekurang-kurangnya 20,000 syarikat berstatus PKS terlibat di dalam rantaian bekalan kepada pengilang-pengilang tersebut. Fakta-fakta ini memperlihatkan kepentingan kesinambungan operasi sektor ini bagi menjamin kelangsungan ekonomi negara terutamanya dalam sektor pengilangan," kata Azmin.
Beliau turut menjelaskan kes positif baharu yang dilaporkan dalam sektor E&E adalah 9,026 kes, merangkumi hanya 2.2 peratus daripada bilangan keseluruhan kes harian terkumpul yang direkodkan dalam tempoh di antara 1 Jun hingga 23 Julai 2021, mengikut data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan.
"Oleh yang demikian, saya berpendapat pendekatan penutupan atau lockdown secara bersasar adalah lebih efektif daripada kita mengambil pendekatan mudah dengan menutup semua kilang, walaupun tidak berlaku lonjakan kes, yang mana tindakan ini boleh menjejaskan mata pencarian ramai rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021

Mohamed Azmin berkata pembukaan sektor pengilangan masih tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat dan kadar vaksinasi pekerja. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

MITI ambil langkah terancang bantu buka ekonomi secara berfasa
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pembukaan sektor pengilangan masih tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard yang ketat dan kadar vaksinasi pekerja.

Anggap pembukaan sektor ekonomi sebagai tanggungjawab, jangan salah guna - Nanta
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia perlu diambil sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul sebaik-baiknya dan bukan kebebasan yang boleh disalah guna.