IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan meneruskan program MBI Prihatin walaupun selepas pandemik COVID-19 berakhir, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Menurutnya, program yang dilancarkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lalu itu, adalah bagi membantu meringankan beban warga kota Ipoh dalam mengharungi kehidupan dalam tempoh pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, beliau berpendapat, program itu perlu diteruskan bagi membantu menangani masalah miskin bandar.
“Kemiskinan bandar ini melampaui tempoh. Kita yakin, lepas COVID pun akan ada isu kemiskinan bandar, cuma ketika COVID ini memang ramai tetapi ia akan berlaku dan kita akan teruskan juga.
“Mungkin bentuk (bantuan) lain, ketika ini kita banyak beri bantuan makanan, mungkin selepas ini mungkin bantuan rumah, bantuan pendidikan dan macam-macam lagi, ikut keadaan semasa,” katanya.
Beliau ditemui selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) rakan strategi MBI Prihatin dengan Econsave di sini, pada Jumaat.
Rumaizi berkata, selain daripada bantuan makanan kepada golongan yang terkesan dengan COVID-19, pihaknya berusaha membuka dan mencari peluang pekerjaan kepada mereka.
Menurutnya, MBI sendiri telah mengambil lebih 200 orang pekerja di samping rakan-rakan strategik mereka, termasuk kontraktor dan kilang-kilang di sekitar Ipoh.
“Secara keseluruhannya sekitar 1,000 orang telah kita ambil bekerja dalam tempoh pandemik dan apa yang penting saya beritahu pengusaha, jika mahukan pekerja, ambillah pekerja tempatan,” ujarnya.
Mengulas mengenai program MBI Prihatin, beliau memberitahu, setakat ini, hampir RM1 juta bantuan makanan diedarkan kepada kira-kira 10,000 warga bandar raya Ipoh.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Oct 22 2021
RUMAIZI: Kemiskinan bandar ini melampaui tempoh. Kita yakin, lepas COVID pun akan ada isu kemiskinan bandar, cuma ketika COVID ini memang ramai tetapi ia akan berlaku dan kita akan teruskan juga. - Gambar fail
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
Bersih sedia jadi perantara antara kerajaan, pembangkang
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sekali lagi menyataan kesediaan untuk menjadi perantara antara kerajaan dengan pembangkang bagi memastikan CSA atau MoU dijayakan dengan sebaik mungkin.
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho, Kuala Lumpur pada Sabtu.
KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
Dari 'bandar pencen' ke pelancongan, Ipoh perlu keluar dari kepompong miskin bandar
Rumaizi berkata, Ipoh antara bandar raya yang penduduknya berpendapatan rendah.
Raja Permaisuri Agong sampai sumbangan Aidiladha kepada 500 miskin bandar
Raja Permaisuri Agong berkenan menyampaikan sumbangan kotak makanan dan wang tunai kepada 500 penerima miskin bandar.
Isu kemiskinan, peniaga kecil keutamaan majukan Wilayah Persekutuan - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata antara fokus beliau adalah membawa misi dan visi yang sebelum ini dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
'Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar'
Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai B40 apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.
Isu miskin bandar: Polisi dan program kerajaan perlu berkesan bantu golongan rentan - Pakar
Setiap program yang dilakukan selama ini perlu dinilai semula keberkesanannya dalam membantu golongan rentan.
PM bertemu wakil rakyat Wilayah Persekutuan bincang usaha tangani masalah miskin bandar
Tekad utama pentadbiran kerajaan ketika ini adalah usaha untuk membantu meringankan beban hidup rakyat.
Miskin bandar: Program MBI diteruskan selepas pandemik COVID-19
Selain bantuan makanan kepada golongan yang terkesan dengan COVID-19, MBI berusaha membuka dan mencari peluang pekerjaan.
COVID-19: Fokus golongan miskin bandar mengejut - Datuk Bandar Ipoh
Miskin bandar mengejut bermaksud sebelum ini ada kerja atau punca pendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan, namun, kini semuanya lenyap apabila dibuang kerja atau tidak boleh berniaga.
Jejak Prihatin: 1,400 sukarelawan digerak santuni golongan miskin di ibu kota
Kementerian Wilayah Persekutuan akan menggerakkan kira-kira 1,400 sukarelawan dan 1,000 ahli Majlis Perwakilan Penduduk bagi menyantuni lebih 7,000 keluarga miskin di ibu negara.
COVID-19: Pusat saringan pandu lalu dirancang buat warga Wilayah Persekutuan
Dua pusat ujian saringan secara pandu lalu sedang dirancang sebagai inisiatif tambahan kepada saringan komuniti secara percuma di kawasan perumahan awam dan PPR yang dijangka bermula 7 Jun ini.