SERDANG: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memandang serius teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 berhubung pengurusan air negara.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata PETRA mempunyai pasukan untuk melihat segala laporan termasuk LKAN berhubung kait dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Beliau berkata Ketua Setiausaha (KSU) PETRA Datuk Mad Zaidi Mohd Karli akan mengetuai pasukan itu dan mengambil tindakan terhadap setiap teguran berhubung isu air negara.
"KSU sendiri akan mengetuai untuk pastikan segala teguran audit diambil tindakan dan diharapkan tidak akan berulang untuk masa-masa akan datang," katanya.
Laporan Ketua Audit Negara 2/2024 antaranya melaporkan sembilan pengauditan melibatkan 11 kementerian dengan kos keseluruhan diaudit berjumlah RM41.97 bilion dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Antara perkara berbangkit yang berkaitan dengan pengurusan air negara adalah 145 daripada 712 projek pembangunan infrastruktur air didapati lewat daripada jadual asal antara 86 hingga 1,076 hari, melibatkan kos berjumlah RM6.150 bilion.
Turut dibangkitkan sasaran 13.5 peratus Rizab Margin Air Terawat Kebangsaan tidak dapat dicapai oleh empat negeri sampel yang dilawati pada 2022.
Turut ditekankan dalam laporan itu ialah Air Tidak Berhasil (NRW) yang mendapati sasaran 35 peratus pada 2020 dan 32 peratus pada 2023 tidak tercapai.
"Kadar NRW bagi negeri sampel Kedah, Kelantan, Perlis dan Sabah tidak mencapai sasaran kebangsaan iaitu 51.5 peratus hingga 61.5 peratus pada 2022," menurut laporan itu.
Sehubungan itu Jabatan Audit Negara memberi syor kepada PETRA dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam agar meningkatkan pemantauan terhadap penyiapan projek dan program pembangunan dan naik taraf bagi sumber air, bekalan air terawat dan kualitiair dalam tempoh ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024
Fadillah berkata PETRA mempunyai pasukan untuk melihat segala laporan termasuk LKAN berhubung kait dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). -Gambar fail/Bernama
PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda
Dasar Rwanda akan dibatalkan kerana hanya kira-kira 1 peratus pemohon suaka akan dikeluarkan dan ia akan gagal bertindak sebagai penghalang.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [07 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar
Negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.
Tergamak pukul ibu kandung depan jiran
Kejadian itu dipercayai berlaku di Kecamatan Stabat, Kabupaten Langkat di Sumatera Utara, Indonesia.
Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu
Demonstrasi yang dilakukan hampir setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik atau menjatuhkan Netanyahu.
PM baharu Britain kata rancangan hantar migran ke Rwanda dimansuhkan
Perdana Menteri baharu Britain, Keir Starmer berkata, rancangan kontroversi kerajaan terdahulu untuk menghantar migran ke Rwanda kini "dimansuhkan".
Ribuan warga Israel gesa pilihanraya baharu
Ribuan penunjuk perasaan anti-kerajaan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu menggesa pilihan raya baharu yang berpotensi menggantikan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang memimpin salah satu gabungan berhaluan kanan paling dalam sejarah Israel.
Demonstrasi yang kerap dilakukan setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik, dan Netanyahu masih menguasai majoriti stabil di parlimen.
Demonstrasi yang kerap dilakukan setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik, dan Netanyahu masih menguasai majoriti stabil di parlimen.
Kekejaman zionis: 16 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel di sekolah
Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi keluarga Palestin akibat kehilangan tempat tinggal di tengah Gaza pada Sabtu.
Kekejaman zionis: UK cari keseimbangan dalam perang di Gaza
Britain mahukan kedudukan seimbang dalam perang di Asia Barat dan akan menggunakan usaha diplomatik untuk memastikan gencatan senjata dicapai dan tebusan yang dipegang oleh Pejuang Hamas dibebaskan.
Kekejaman zionis: Hamas terima cadangan A.S runding tebusan - Laporan
Hamas telah menerima cadangan Amerika Syarikat untuk memulakan perbincangan mengenai pembebasan tebusan Israel, 16 hari selepas fasa pertama perjanjian yang bertujuan menamatkan perang Gaza.
Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah
Fadillah berkata peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang sebenarnya adalah bagi kawasan Parlimen dan tidak ada dikatakan spesifik untuk ahli Parlimen.
LKAN: PETRA pandang serius teguran terhadap pengurusan air negara - Fadillah
PETRA mempunyai pasukan untuk melihat segala laporan termasuk LKAN berhubung kait dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Banci Pertanian 2024: Pengukuhan sistem statistik pertanian negara
Pelaksanaan Banci Pertanian dapat mewujudkan kerangka data pertanian yang merangkumi pelbagai aspek.
Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong
Cadangan itu merupakan langkah mewujudkan persekitaran industri mineral yang kondusif dan menyokong perkembangan industri.
Orang Asli di Gua Musang dijangka pindah ke penempatan baharu pada pertengahan 2026
Setakat ini, sejumlah 250 daripada 280 ketua isi rumah telah bersetuju dengan pakej pampasan dan penempatan semula manakala bakinya masih dalam proses rundingan.
Fadillah ketuai delegasi ke UK, hadiri London Climate Action Week 2024
Fadillah dijangka menghadiri London Climate Action Week 2024 dan akan menyampaikan ucaptama dalam sesi High-Level Dialogue on Coal Phase-Out.
TPM Fadillah, Ahmad Zahid ucap Selamat Hari Bapa
Timbalan Perdana Menteri Fadillah ucap Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.
Sistem pendidikan KAFA perlu dinamik - TPM Fadillah
Peranan pendidikan KAFA sangat relevan dalam mendukung aspirasi pendidikan negara ke arah melahirkan modal insan yang berakhlak tinggi.
Rang undang-undang berhubung perdagangan karbon dibentang sebelum akhir tahun ini - TPM Fadillah
Kerajaan Persekutuan merancang untuk membentangkan satu rang undang-undang berhubung perdagangan karbon sebelum akhir tahun ini.
Malaysia amal pendekatan menyeluruh tangani pencemaran sungai - Fadillah
Malaysia mengamalkan pendekatan menyeluruh dan bukan sekadar merawat dalam menyelesaikan masalah pencemaran sungai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.