LONDON: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menutup tirai misi pelaburannya ke Minggu Teknologi London (LTW) 2023 dengan pengumuman penganjuran Malaysia Digital Expo 2023 (MDX2023).
Menterinya Fahmi Fadzil berkata penting untuk mengekalkan momentum susulan pencapaian besar yang dicapai ketika LTW 2023.
Semasa misi pelaburan ke LTW 2023, Malaysia meraih komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion dalam pelbagai sektor teknologi digital.
Menurutnya, maklum balas yang diterima semasa Minggu Teknologi London 2023 akan digunakan sebagai asas bagi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memantapkan lagi keupayaannya menarik pelaburan asing ke Malaysia.
MDX2023 yang berlangsung selama seminggu akan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti persidangan, pameran, acara pelancaran dan majlis anugerah dengan penampilan penceramah terkenal antarabangsa dan tokoh terkemuka daripada bidang teknologi dan digital.
Ia akan berfungsi sebagai platform kerjasama dan saluran perniagaan bagi pelawat dan pemain industri, domestik dan antarabangsa, untuk menyelami trend digital terkini, kemajuan dan inisiatif yang membentuk ekonomi digital Malaysia.
Bercakap pada Malam Jaringan Pelabur Digital Malaysia sebelum ini, Fahmi mempelawa semua pelabur untuk meneroka peluang pelaburan yang luas yang ditawarkan Malaysia.
Majlis anjuran MDEC itu yang diadakan sempena LTW berlangsung di Battersea Power Station.
Fahmi berkata Malaysia melaksanakan dasar dan inisiatif yang cenderung kepada inovasi dan progresif untuk memupuk inovasi digital, mewujudkan ekosistem pemboleh dan menarik pelaburan yang akan memacu ekonomi digital ke hadapan.
Ketika negara mengharungi landskap dinamik Revolusi Perindustrian Keempat, Malaysia telah menerima guna teknologi pesat membangun seperti kecerdasan buatan (AI), 'blockchain' dan Internet Pelbagai Benda (IoT).
Malaysia menawarkan persekitaran kondusif untuk syarikat teknologi berkembang maju, dengan rangka kerja pengawalseliaan yang menggalakkan, insentif fiskal yang menarik selain kerajaan yang menyokong dan komited untuk memudahkan syarikat digital beroperasi, berkembang maju atau melabur di mana-mana sahaja di Malaysia.
Selain itu, berada di lokasi strategik dalam Asia Tenggara meletakkan Malaysia sebagai pintu masuk ke pasaran yang mempunyai lebih 650 juta orang penduduk ditambah dengan peningkatan kadar penggunaan digital maka, peluang untuk inovasi teknologi dan pelaburan tidak terbatas.
Terdahulu, Fahmi berkunjung ke kawasan kejiranan baharu tepi sungai di tengah London termasuk Battersea Power Station mercu tanda Gred II yang baru dibuka dan dipulihkan.
"Saya telah berkunjung ke Battersea Power Station sebanyak tiga kali iaitu pada 2019, 2020 dan hari ini. Sungguh mengagumkan melihat usaha ini dan perkara yang boleh direalisasikan dengan modal dan bakat Malaysia, dilaksanakan dengan kerjasama UK.
"Apabila kita bekerjasama, kita boleh mencapai lebih banyak lagi, dan Battersea Power Station adalah buktinya. Tahniah!," katanya.
Battersea Power Station adalah satu daripada kawasan kejiranan baharu di tepi sungai yang terbesar di London.
Projek pembangunan semula itu menyaksikan kewujudan destinasi guna bercampur yang menyediakan komuniti kediaman, kedai, restoran, pejabat, tempat budaya dan riadah serta 7.689 hektar ruang awam dengan semua perkhidmatan dihubungkan melalui sambungan ke laluan London Underground Northern.
Hadir sama dalam sesi lawatan itu ialah Pengerusi Battersea Project Holding Company Ltd Tan Sri Jagan Sabapathy, Pengarah Urusan kumpulan Sime Darby Property Datuk Azmir Merican, Lembaga Pengarah SP Setia Jiv Sammanthan, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Charles Hay dan Ahli Parlimen Gloucester yang juga Wakil Perdagangan Perdana Menteri United Kingdom ke Malaysia, Richard Graham.
Sejak dibuka pada Oktober 2022, Battersea Power Station telah menerima ketibaan hampir enam juta pengunjung dan kejayaan tersebut akan diteruskan lagi dengan lebih banyak pembukaan premis runcit pada musim panas ini termasuk Apple Battersea.
Antara jenama lain yang baru dibuka adalah LEGO(R) dan restoran pasta Noci.
Battersea Power Station turut menempatkan jenama Malaysia seperti pakar piuter Royal Selangor dan restoran citarasa Malaysia, Roti King.
Di bawah tanggungjawab pemegang saham Malaysia seperti Sime Darby Property, S P Setia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) -- yang bersama-sama membentuk Battersea Project Holding Company, Battersea Power Station telah dibaik pulih dan kawasan yang luas telah ditransformasikan sebagai komuniti yang bertenaga.
Pada 2019, syarikat pengurusan dana Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan KWSP menjadi pemegang aset komersial jangka panjang yang menjamin masa depan mercu tanda itu untuk generasi akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
![Misi pelaburan ke Minggu Teknologi London berjaya, KKD kekalkan momentum - Fahmi Misi pelaburan ke Minggu Teknologi London berjaya, KKD kekalkan momentum - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686843068_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menutup tirai misi pelaburannya ke Minggu Teknologi London (LTW) 2023 dengan pengumuman penganjuran Malaysia Digital Expo 2023 (MDX2023). - BERNAMA
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Pelabur semakin yakin, lebih banyak pelaburan bakal masuk ke Malaysia - Fahmi Pelabur semakin yakin, lebih banyak pelaburan bakal masuk ke Malaysia - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687235352_FahmiFadzil.jpg)
Pelabur semakin yakin, lebih banyak pelaburan bakal masuk ke Malaysia - Fahmi
Keyakinan pelabur terhadap Malaysia kini semakin baik, dan ia akan mendorong lebih banyak pelaburan masuk ke negara ini tidak lama lagi, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
![Misi pelaburan ke Minggu Teknologi London berjaya, KKD kekalkan momentum - Fahmi Misi pelaburan ke Minggu Teknologi London berjaya, KKD kekalkan momentum - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686843068_FahmiFadzil.jpg)
Misi pelaburan ke Minggu Teknologi London berjaya, KKD kekalkan momentum - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menutup tirai misi pelaburannya ke Minggu Teknologi London (LTW) 2023 dengan pengumuman penganjuran Malaysia Digital Expo 2023 (MDX2023).
![Malaysia peroleh komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion semasa Minggu Teknologi London Malaysia peroleh komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion semasa Minggu Teknologi London](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686584655_FahmiFadzil.jpg)
Malaysia peroleh komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion semasa Minggu Teknologi London
Pelaburan ini dijangka mencipta tidak kurang daripada 1,800 pekerjaan bernilai tinggi.
![Minggu Teknologi London platform pupuk kerjasama digital antarabangsa - Fahmi Minggu Teknologi London platform pupuk kerjasama digital antarabangsa - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686584655_FahmiFadzil.jpg)
Minggu Teknologi London platform pupuk kerjasama digital antarabangsa - Fahmi
Penglibatan Malaysia di Minggu Teknologi London (LTW) bakal mengukuhkan lagi kedudukan negara dalam bidang teknologi digital terutamanya sebagai hub pemprosesan data dan perkhidmatan.