LONDON: Penglibatan Malaysia di Minggu Teknologi London (LTW) bakal mengukuhkan lagi kedudukan negara dalam bidang teknologi digital terutamanya sebagai hub pemprosesan data dan perkhidmatan.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata LTW yang berfungsi sebagai platform mempamerkan inisiatif terbaharu digital dapat memupuk perkongsian antarabangsa dalam memacu inovasi dan merapatkan jurang digital.
"Saya teruja menyertai LTW ini. Antara perkara yang hangat dibincangkan adalah aspek tenaga kerja.
"Di United Kingdom (UK), jumlah tenaga kerja yang tidak mencukupi dalam bidang IT mencecah 2.5 juta orang. Saya lihat kalau di UK pun hadapi masalah ini apatah lagi kita di Malaysia," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis perasmian LTW di sini hari ini.
Jelasnya lagi, Malaysia yang berada di posisi strategik ekonomi digital dengan akses kepada 600 juta populasi Asean dan KDNK sebanyak US$3.0 trilion perlu segera menangani isu ini.
Sepanjang LTW, Fahmi akan menyertai beberapa sesi meja bulat bersama tokoh serta eksekutif perniagaan selain menyampaikan ucaptama dan menjadi ahli panel forum.
LTW yang berlangsung dari 12-16 Jun menghimpunkan pemain industri digital dunia membuka tirai pagi ini di London.
Berlangsung di Queen Elizabeth II Centre, LTW dirasmikan Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak dan Datuk Bandar London, Sadiq Khan.
Lebih 30,000 pengunjung termasuk pemain industri digital disasar hadir selain pemula niaga dan pelabur.
Penglibatan Malaysia menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) diketuai Fahmi, dan ia merupakan kesinambungan daripada penyertaan pada edisi penganjuran tahun lepas.
Beberapa peluang baharu dijangka diraih menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman antara MDEC dengan UK-ASEAN Business Council dan International Data Center Authority yang bekerjasama dengan Commonwealth Enterprise and Investment Council.
Turut jadi perhatian adalah pengumuman pelaburan daripada 10 syarikat United Kingdom.
Malaysia menyasarkan sektor pelaburan ekonomi digitalnya mencapai RM130 bilion menjelang 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2023

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (tujuh, kanan) bergambar bersama delegasi Malaysia selepas menghadiri Minggu Teknologi London (LTW) yang berlangsung di Queen Elizabeth Two Centre hari ini. - Foto BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Pelabur semakin yakin, lebih banyak pelaburan bakal masuk ke Malaysia - Fahmi
Keyakinan pelabur terhadap Malaysia kini semakin baik, dan ia akan mendorong lebih banyak pelaburan masuk ke negara ini tidak lama lagi, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Misi pelaburan ke Minggu Teknologi London berjaya, KKD kekalkan momentum - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menutup tirai misi pelaburannya ke Minggu Teknologi London (LTW) 2023 dengan pengumuman penganjuran Malaysia Digital Expo 2023 (MDX2023).

Malaysia peroleh komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion semasa Minggu Teknologi London
Pelaburan ini dijangka mencipta tidak kurang daripada 1,800 pekerjaan bernilai tinggi.

Minggu Teknologi London platform pupuk kerjasama digital antarabangsa - Fahmi
Penglibatan Malaysia di Minggu Teknologi London (LTW) bakal mengukuhkan lagi kedudukan negara dalam bidang teknologi digital terutamanya sebagai hub pemprosesan data dan perkhidmatan.