PUCHONG: Minggu yang sedih dan memenatkan.
Kadangkala mereka seakan putus harapan tatkala berdepan cabaran tidak diduga yang melelahkan mental dan fizikal.
Berbekalkan kudrat dan semangat yang masih berbaki, mangsa banjir di Kampung Tengah, Puchong terus tabah menempuhi liku-liku kehidupan pascabanjir.
Satu demi satu rumah dilewati krew Astro AWANI, realiti terungkai, kebanyakan penduduk masih sibuk mengemas kesan-kesan banjir di kediaman mereka.
Hari ini, bermakna sudah 11 hari, mangsa-mangsa banjir berdepan musibah banjir tidak diduga yang melanda lapan negeri di Semenanjung. Namun, kerja-kerja membersihkan rumah masih seperti tiada penghujung.
Dari mata dan wajah mereka, terserlah keletihan, kesedihan, kepedihan yang mungkin sukar diungkapkan.
Di sebalik ujian Allah S.W.T. yang menimpa, sinar harapan sebenarnya masih ada dan kerana itulah, mereka masih mampu melemparkan senyuman meskipun beban ditanggung tidak terperi beratnya.
Dua beradik ini misalnya, Hasnah dan Haliza Muhammad Abdu, masing-masing berusia dalam lingkungan 50-an mengakui sudah penat namun mereka reda, mengatur langkah untuk masa hadapan pula.
"Tunggulah, sikit-sikit kita buat, perlahan-lahan buat sikit. Ini pun suami dah simbah air, bersihkan rumah.
"Alhamdulillah, kawan-kawan, anak-anak tolong, kelmarin tu siap dah, cuma nak kemas pinggan-mangkuk dan baju. Banyak baju kena basuh," kata Hasnah yang usianya sudah masuk 57 tahun.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Ketika ditanya agaknya lama lagikah nak berkemas dan membina kehidupan baharu: "Rasa lama lagi nak kemas, makan bulan, sampai rayalah kot tak siap ni," jawab Hasnah.
"Reda sajalah apa jadi. Sedih juga tengok keadaan, banyak yang rosak, banyak yang tak boleh pakai.
"Sehelai sepinggang sajalah. Sedihlah," kata Haliza pula.
Hakikatnya, menjadi mangsa banjir, dugaannya berganda-ganda kerana ia bermula sebelum, semasa dan juga selepas banjir.
Mohd Ridzuan Otsman, 38, terperangkap di rumah ketika banjir, selamatkan diri menggunakan kolam mandi kanak-kanak namun itu hanya permulaan kepada ujian demi ujian buatnya dan keluarga.
Menceritakan semula kejadian itu, tidak pernah dia membayangkan keluarganya menerima ujian sebegitu dan baginya, penutup tahun 2021 buatnya tidaklah seindah digambarkan.
Namun dia pasrah, terima qada dan qadar dan sehabis baik cuba berfikiran positif.
"Kalau nak cerita penat, memang penatlah seminggu ini. Pertama sekali, kita penat masa banjir.
"Lepas itu penat bila lihat rumah rosak teruk,harta benda musnah, perabot musnah, kenderaan musnah. Itu dah penat. ketiga, penat nak bersihkan.
"Yang keempat, sekarang ini, penat untuk membina baru. Memang agak besar juga dugaan untuk tahun 2021 ini tapi itulah, nak buat macam mana, hidup mesti diteruskan," ujarnya.
Kekal positif, itu pegangan bapa kepada tiga anak itu untuk kekal tabah harungi kehidupan mendatang.
"Kita tak boleh putus asa, fikir positif, melangkah setapak demi setapak," katanya.
Tidak berada di tempat mereka, tidak rasai kesukaran, kesedihan dan keletihan mangsa banjir, mana mungkin boleh benar-benar memahami sedalam-dalamnya perasaan mereka.
Namun, doa dari rakyat Malaysia sentiasa dipanjatkan untuk semua mangsa banjir tak kiralah di mana anda berada, mendoakan anda terus kuat dan dipermudahkan segala urusan.
Ridauddin Daud
Wed Dec 29 2021
Kata Hasnah, kerja pembersihan rumah mungkin akan mengambil masa yang lama. Tambahnya, ada kebarangkalian selesai tatkala hari raya kelak. - Foto Astro AWANI
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah
Jojo, atau nama sebenarnya Nur Hasan Baias, rebah ketika menghadiri sebuah program dakwah di sebuah masjid di Seri Petaling.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
KPKT gesa PBT kekalkan dasar sedia ada demi menjaga harmoni
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Banjir: Polis cadang tempatkan lima bot bagi setiap IPD
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang menempatkan lima bot bagi setiap 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara sebagai tindak balas segera sekiranya berlaku bencana banjir.
UMNO cadang sidang khas Parlimen mengenai banjir
Sidang khas Dewan Rakyat mengenai banjir perlu diadakan bagi membolehkan wakil rakyat mengutarakan pandangan dan melontarkan cadangan untuk membantu kerajaan mencari jalan terbaik menghadapi bencana.
Banjir: Ibu bapa buntu kelengkapan sekolah anak musnah
Perasaan lega ibu bapa di Kota Marudu yang membuat persiapan awal dalam menyediakan kelengkapan anak bagi sesi baharu persekolahan yang bermula 10 Jan depan bertukar buntu setelah semuanya rosak.
"Belum tiba masa bincang rombakan Kabinet" - PM
Perdana Menteri berkata, fokus pada ketika ini seharusnya tertumpu kepada bencana banjir dan pandemik COVID-19.
Tarikh PAU 2021 diputuskan pada 12 Januari
Tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 12 Januari ini, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir seluruh negara perlu disegerakan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir seluruh negara disegerakan.
Belum hilang penat, penduduk Raub diuji banjir gelombang kedua
Belum pun hilang penat membersihkan rumah daripada kesan banjir, penduduk Kampung Ulu Sungai di Raub, diuji sekali lagi dengan gelombang kedua banjir pada hari pertama tahun baharu.
Jumlah mangsa banjir di empat negeri terus berkurangan, Melaka kekal
Jumlah mangsa banjir di Pahang, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan terus mencatatkan penurunan dengan beberapa lagi pusat pemindahan sementara ditutup, dan di Melaka kekal dengan jumlah sama.
"Hanya ingat mati ... empat jam saya junjung bayi dalam kotak" - Mangsa banjir
Terperangkap dalam rumah bersama bayi berusia enam bulan, ibu ini terpaksa apungkan bayinya dalam kotak selama empat jam.
Minggu yang sedih ... letih buat mangsa banjir
Berbekalkan kudrat dan semangat yang masih berbaki, mangsa banjir di Kampung Tengah, Puchong terus tabah menempuhi liku-liku kehidupan pascabanjir.