ALOR GAJAH: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan belum tiba masanya untuk membincangkan soal rombakan kabinet.
Sebaliknya tegas beliau, fokus utama kerajaan ketika ini adalah untuk mempercepatkan bantuan kepada mangsa yang terjejas dengan bencana banjir di samping tindakan lanjut untuk membendung penularan pandemik COVID-19.
"Saya tak nak cakap pun soal ada atau tidak (rombakan Kabinet) .. selagi saya tak umumkan, tiadalah. Belum sampai masanya, kita fokus kepada banjir," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau dan mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Gangsa, di sini hari ini.
"Topik utama yang kita akan bincangkan dalam mesyuarat (Kabinet) esok ada dua.
"Yang pertama adalah banjir, yang kedua adalah masalah COVID-19 yang agak membimbangkan walaupun kes kita masih di bawah 3,000 (sehari)," ujarnya.
Beliau mengulas mengenai spekulasi yang bertiup kencang baru-baru ini berhubung dakwaan mendakwa tiga Menteri akan digugurkan daripada barisan Kabinet selepas gagal menunjukkan prestasi baik dalam pengurusan bencana banjir khususnya, baru-baru ini.
Ismail Sabri menambah, kerajaan sebelum ini menjangkakan COVID-19 berupaya menjadi endemik dalam masa terdekat.
Walaubagaimanapun dengan kemunculan varian Omicron, beliau berkata, tindakan yang bersesuaian akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok.
Mesyuarat Khas yang akan berlangsung esok itu turut membabitkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang dijangka akan membentangkan proses penangguhan umrah.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Jan 04 2022

Perdana Menteri berkata, fokus pada ketika ini seharusnya tertumpu kepada bencana banjir dan pandemik COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] Beras bersubsidi RM26 untuk keluarga miskin mula 1 Mac
Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi berharga RM26 bagi pek 10 kilogram akan mula dipasarkan di seluruh Semenanjung Malaysia bermula 1 Mac ini.
Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd, menjelaskan bahawa bantuan ini disasarkan kepada 400,000 keluarga miskin, termasuk 77,000 keluarga miskin tegar.
Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd, menjelaskan bahawa bantuan ini disasarkan kepada 400,000 keluarga miskin, termasuk 77,000 keluarga miskin tegar.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Wanita rugi lebih RM100,000 ditipu "scammer"
Seorang wanita kerugian RM116,039 selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang disertainya sejak Disember lepas.
AWANI Ringkas: Purata 4,000 kenderaan lalu depan HKL setiap jam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senjata api: 'Saya minta maaf atas apa yang berlaku' - Hafizul Hawari
Hafizul Hawari dihukum penjara 14 tahun enam bulan dan enam sebatan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api secara haram.

3 maut, 5 cedera jambatan runtuh di Korea Selatan
Sebuah jambatan runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Cheonan, Korea Selatan mengakibatkan tiga pekerja maut dan lima yang lain cedera.

Konflik Laut China Selatan, salah guna AI antara usul Malaysia dalam Pemukiman ADMM - Khaled
Malaysia menegaskan keperluan untuk memastikan keselamatan maritim di rantau ini khususnya di Laut China Selatan bagi mengelakkan konflik.

Bekas pegawai bank mengaku tidak bersalah minta rasuah lebih RM150,000
Seorang bekas pegawai bank didakwa atas 26 pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM153,622.47 daripada sebuah firma guaman dari 2018 hingga 2023.

Kerajaan jimat RM1.7 bilion, segerakan PLSB Sungai Golok - PM Anwar
Kerajaan telah menjimatkan RM1.7 bilion apabila pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok disegerakan.
[TERKINI] Tiga bekas pegawai Ismail Sabri akan dibebas dengan jaminan petang ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.

Presiden Nigeria Tinubu rombak Kabinet
Presiden Nigeria Bola Tinubu merombak barisan Kabinetnya pada Rabu dengan memecat lima menteri dan melantik menteri baharu, lapor Xinhua.

Vietnam rombak kabinet lagi
Vietnam menyaksikan perubahan berulang kali pucuk kepimpinan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Rombak Kabinet: Itu prerogatif Perdana Menteri - Fadillah
Keputusan untuk membuat sebarang rombakan dalam Kabinet adalah hak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sepenuhnya.

"Belum tiba masa bincang rombakan Kabinet" - PM
Perdana Menteri berkata, fokus pada ketika ini seharusnya tertumpu kepada bencana banjir dan pandemik COVID-19.

PM perlu nilai semula prestasi anggota Kabinet, gugur yang tidak tunjuk prestasi baik
Sudah tiba masanya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menilai kembali prestasi menteri dan menggugurkan mana-mana anggota Kabinet yang tidak menunjukkan prestasi baik.

Pas serah urusan rombakan Kabinet pada penilaian Perdana Menteri
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Dr Mahathir lebih arif tentang tahap prestasi setiap anggota Kabinetnya sejak Pakatan Harapan mentadbir negara.