PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memulakan tindakan undang-undang dengan menuntut Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dan portal Harakah Daily menarik balik artikel kononnya takbir serta bacaan doa Qunut Nazilah tidak dibenarkan semasa penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah baru-baru ini.
Menerusi surat tuntutan (LOD) yang bertarikh 21 November 2023, Zulkifli dan Harakah Daily diarahkan untuk mengambil tindakan itu dalam tempoh 48 jam daripada penerimaan surat berkenaan selain membuat memohon maaf tanpa syarat.
Zulkifli dan Harakah Daily juga dituntut agar memberi jaminan secara bertulis agar tidak akan menyiarkan kenyataan memfitnah Fadhlina di mana-mana platform milik mereka.
Turut dituntut bayaran RM500,000 sebagai ganti rugi terhadap reputasi dan nama baik Fadhlina.
Menerusi LOD yang dihantar oleh Firma Ibrahim & Fuaadah, Fadhlina mendakwa artikel yang disiarkan membawa maksud beliau tidak membenarkan takbir dan bacaan doa Qunut Nazilah di sekolah sempena program tersebut.
Dakwanya, kenyataan berkenaan menggambarkan Fadhlina selaku anak guam firma itu mempunyai akidah yang terpesong kerana terlibat di dalam ritual agama lain.
Ia lebih-lebih lagi kenyataan tersebut merujuk kepada Fadhlina sebagai seorang munafik dan berpura-pura menunjukkan keimanan.
"Anak guam kami menegaskan bahawa fitnah amat berat kepada pihak berkenaan telah mempersoalkan pegangan agama yang menjadi asas kemanusiaan dalam kehidupan seseorang," kata firma tersebut.
Menurut LOD itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ataupun Fadhlina tidak pernah sebarang bentuk larangan tersebut.
"Seperti ditegaskan semasa sidang Dewan Rakyat pada 2 November lalu, program tersebut bertujuan untuk mendidik murid dengan nilai kemanusiaan dan pendidikan kedamaian berdasarkan latar belakang sekolah," katanya.
Sebelum ini, Fadhlina menggesa agar mana-mana pihak termasuk pemimpin di blok pembangkang mahupun kerajaan tidak mengganggu ekosistem sekolah.
Ujarnya, sekolah bersifat dinamik yang mempunyai pelbagai kepercayaan dan latar belakang.
"Sebab itu jangan bising, jangan susah hati kalau sekolah tidak ada takbir, tak ada qunut nazilah.
"Ada sebab kenapa ia berlangsung dalam suasana dan aktiviti yang dibenarkan dengan bersesuaian dengan sekolah tersebut," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 22 2023
Fadhlina sebelum ini menggesa agar mana-mana pihak termasuk pemimpin di blok pembangkang mahupun kerajaan tidak mengganggu ekosistem sekolah. - Gambar fail
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
KPM larang unsur ekstremisme, keganasan dalam program Minggu Solidariti Palestin
Penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi tidak dibenarkan sama sekali.