PUTRAJAYA: Kementerian Pertahanan (Mindef) akan membina lebih 7,300 kediaman di bawah program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Kem Wardieburn dan Kem Genting Klang dengan harga bermula RM150,000.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini merupakan perancangan kedua setelah projek pertama di Sungai Besi yang sedang dalam pembinaan.
Beliau berkata rumah yang berkeluasan bermula 1,000 kaki persegi itu akan dijual kepada anggota tentera dengan harga subsidi di tanah Kementerian Pertahanan berkenaan dan ia tidak dijual kepada pihak awam.
"Mengikut kuota, 80 peratus kepada anggota tentera, 15 peratus kepada veteran tentera dan selebihnya kepada penjawat awam yang bekerja dengan Mindef," katanya menambah majlis pecah tanah dijangka dilaksanakan pada awal bulan depan.
Mohamad berkata demikian selepas menghadiri majlis pemeteraian perjanjian perpindahan dan pembangunan semula Kem Pusat Latihan Polis Tentera (Pulapot), markas Unit Army Red Warrior (ARW) dan Kem 12 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (12KPTD) serta pembangunan SASaR di sini yang disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pembinaan kediaman itu merupakan kerjasama pintar Mindef dan Platinum Victory dengan syarikat tersebut juga akan membina kem ARW dan Pulapot di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Mohamad berkata menjadi hasrat Mindef untuk memastikan anggota tentera memiliki kediaman sendiri selain menjaga kebajikan dan kesejahteraan anggota tentera.
Sementara itu, Mindef dalam kenyataan menyebut perumahan SASaR Wardieburn menawarkan 974 unit rumah berkeluasan 1,400 kaki persegi dan 1,500 kaki persegi serta menyediakan kemudahan seperti gimnasium, kolam renang dan dua lot parkir bagi setiap rumah.
SASaR Genting Klang pula menawarkan 6,400 unit rumah berkeluasan 1,000 kaki persegi dan 1,200 kaki persegi serta mempunyai kemudahan asas yang setara dalam Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM) seperti pembangunan perumahan mampu milik lain.
Dalam pada itu, pemeteraian penjanjian hari ini melibatkan perpindahan dan pembangunan semula aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Pulapot, Markas Tim Akrobatik ARW dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) serta kemudahan-kemudahan berkaitan yang pada asalnya berada di Kem Genting Klang, Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan itu, kompleks baharu yang lengkap, moden dan selesa bakal dibina di tapak Mukim Si Rusa, Port Dickson antara lain melibatkan pembinaan pejabat markas, Wisma Perwira, dewan serbaguna, kemudahan bilik latihan dan penginapan, padang kawad, lapang sasar dan lain-lain kemudahan.
"Bagi anggota ATM yang bakal berpindah, sebanyak 213 unit RKAT pelbagai kelas bakal disediakan dengan kemudahan yang lengkap seperti kompleks komuniti, surau, sekolah rendah agama, tadika, taska dan gelanggang sukan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2023
![Mindef akan bina lebih 7,000 kediaman di bawah program SASaR Mindef akan bina lebih 7,000 kediaman di bawah program SASaR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698398351_MohamadHasan.jpg)
Mohamad Hasan bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani Perjanjian Perpindahan dan Pembangunan Semula Kem PULAPOT, Unit Army Red Warrior, Kem 12 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja dan SASaR hari ini. - Foto Bernama
![Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723720861_TBmerdeka.jpg)
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah.
![Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie' Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723720409_TBmaut.jpg)
Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.
![PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723451938_TBMohdAzizi.jpg)
PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan
Mohd Azizi menarik balik rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan injunksi sementara bagi menghentikan PRK Nenggiri.
![Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723720349_Kebumi.jpg)
Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Puncak Alam jam 6.30 petang tadi.
![Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi
Proses libat urus Kementerian Kewangan dengan pihak pemegang taruh bagi tujuan penyiapan dokumen Belanjawan 2025 berjalan lancar.
![Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717543_tbAhmadRamli.jpg)
Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri
Mahkamah Sesyen mengarahkan bekas Pengarah Urusan BNS Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, dirujuk ke bahagian psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723717873_BadrAbdelatty.jpg)
Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza
Pendekatan itu adalah satu-satunya cara menghentikan peningkatan ketegangan serantau dan membendung percubaan untuk meluaskan konflik.
![Mindef siasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China di perairan Beting Patinggi Ali Mindef siasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China di perairan Beting Patinggi Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721486339_KhaledNordin.jpg)
Mindef siasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China di perairan Beting Patinggi Ali
Mindef akan menyiasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG) di Laut China Selatan khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali, Sarawak.
![Pembangunan rumah keluarga sasar tampung 60 peratus anggota tentera - Adly Pembangunan rumah keluarga sasar tampung 60 peratus anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718623565_AnggotaTenteraDara.jpg)
Pembangunan rumah keluarga sasar tampung 60 peratus anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan menyasarkan pembangunan rumah keluarga angkatan tentera dapat menampung hingga 60 peratus daripada keseluruhan lebih 100,000 anggota.
![Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707808659_TBKhaledNordin.jpg)
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
![Agong berkenan lawat Kementerian Pertahanan Agong berkenan lawat Kementerian Pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711429913_TBLAWATANYDPA.jpg)
Agong berkenan lawat Kementerian Pertahanan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kementerian Pertahanan, di ibu negara hari ini.
![Mindef tidak lengahkan pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif LTAT Mindef tidak lengahkan pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif LTAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710733989_TBMindefjpg.jpg)
Mindef tidak lengahkan pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif LTAT
Mindef masih mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas dikosongkan baru-baru ini.
![Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702103442_KhaledNordin.jpg)
Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled
Menteri Pertahanan berkata pihaknya akan memberi penjelasan kepada PAC berhubung rizab negatif LTAT sekiranya dipanggil.
![PAC bimbang pembinaan LCS lewat 86 hari PAC bimbang pembinaan LCS lewat 86 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709184450_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC bimbang pembinaan LCS lewat 86 hari
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyatakan kebimbangan terhadap pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang terus mengalami kelewatan.
!['Kartel perolehan': Mindef akan beri kerjasama sepenuhnya 'Kartel perolehan': Mindef akan beri kerjasama sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705734708_KhaledNordin.jpg)
'Kartel perolehan': Mindef akan beri kerjasama sepenuhnya
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga selesai siasatan kes "kartel perolehan".
![Mindef pertingkat keupayaan aset ATM, peroleh 12 helikopter, tiga LMS - Mohamed Khaled Mindef pertingkat keupayaan aset ATM, peroleh 12 helikopter, tiga LMS - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704795913_KhaledNordin.jpg)
Mindef pertingkat keupayaan aset ATM, peroleh 12 helikopter, tiga LMS - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertingkatkan lagi keupayaan aset ATM menerusi perolehan 12 unit helikopter baharu, tiga kapal misi pesisir dan 136 unit kenderaan perisai mobiliti tinggi.
![LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700131902_AdlyZahari.jpg)
LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly
Mindef akur dengan syor penambahbaikan PAC untuk membentangkan laporan kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) setiap tiga bulan.